Ujian Amali Biologi SPM 2025 akan berlangsung pada 19 November 2025, Rabu. Ujian Amali Biologi Kertas 3 akan menilai kemahiran saintifik secara langsung melalui aktiviti pemerhatian, eksperimen, dan pelaporan data dengan tepat.  Layari www.moe.gov.my untuk muat turun PDF Jadual SPM 2025 bagi mengetahui jadual penuh Sijil Peperiksaan Malaysia 2025.Â
Ujian amali ini bukan hanya menguji fakta, tetapi juga ketelitian, disiplin makmal, serta kemahiran membuat inferens dan kesimpulan berdasarkan pemerhatian.
Rujuk format, contoh soalan dan tips-tips penting ujian Amali Biologi SPM 2025 di bawah.
BACA JUGA:
- Ujian Amali Fizik SPM 2025: Tajuk-tajuk Penting & Tips
- Ujian Amali Kimia SPM 2025: Tajuk-tajuk Penting & Tips
Ujian Amali Biologi SPM
Ujian Amali Biologi SPM adalah komponen praktikal dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang menilai kemahiran pelajar dalam melaksanakan eksperimen sains secara langsung di makmal.
Ujian ini melibatkan penggunaan peralatan dan bahan makmal, pemerhatian fenomena saintifik, pengukuran data, perekodan hasil percobaan, analisis data dan membuat kesimpulan atau inferens berdasarkan konsep biologi yang dipelajari.
Ujian Amali Biologi SPM 2025 menggunakan format baharu berasaskan KSSM yang memfokuskan kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif melalui Kertas 3 (Kod: 4551/3).
Ujian Amali Biologi SPM 2025 dijalankan dalam tempoh yang ditetapkan (sekitar 45 minit) dan mengandungi satu soalan berstruktur meliputi penyediaan radas, pelaksanaan eksperimen, pengumpulan dan perekodan data serta lukisan graf jika perlu.
Markah ujian ini diambil kira dalam penilaian akhir SPM dan kehadiran ujian ini adalah wajib bagi calon yang mengambil subjek Biologi.
Ia memberi peluang kepada pelajar menunjukkan kefahaman teori melalui aplikasi praktikal di makmal sekolah masing-masing.
Jadual Sidang Ujian Amali Biologi Kertas 3 SPM 2025
- Tarikh: 19 November 2025
- Masa: Bergantung sidang
- Lokasi: Makmal sekolah yang ditetapkan
- Format sidang: Bergantung kepada jumlah calon di sekolah masing-masing

Format
- Ujian amali ini adalah Kertas 3 (Kod 4551/3) yang menilai kemahiran saintifik dan manipulatif calon.
- Ia mengandungi satu item soalan subjektif berstruktur yang mesti dijawab oleh calon.
- Tempoh ujian adalah 45 minit.
- Markah keseluruhan ialah 15 markah.
- Calon akan diberi masa permulaan 5 minit untuk menyemak senarai radas dan bahan, membaca soalan dan merancang eksperimen.
- Ujian menguji kemahiran proses sains dan manipulatif seperti mengukur, merekod, merancang eksperimen, melukis graf dengan label dan unit, serta membuat inferens berdasarkan data.
- Jawapan boleh ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
- Kalkulator saintifik dibenarkan digunakan untuk pengiraan.
- Penilaian adalah berdasarkan rubrik penskoran untuk setiap kemahiran yang ditaksir.
- Ujian ini hanya mempunyai satu bahagian (satu item utama) tetapi penilaiannya merangkumi beberapa kemahiran saintifik dan manipulatif yang diuji secara serentak dalam item tersebut.
- ​Ujian ini menguji pelajar melalui pelaksanaan eksperimen di makmal, analisis data, serta cara merekod pemerhatian dengan tepat.
Rujuk contoh kertas soalan percubaan Ujian Amali Biologi SPM 2025 (WP Kuala Lumpur) di bawah untuk mengetahui lebih terperinci format soalan ujian ini.
Contoh Soalan
Rujuk contoh soalan Biologi kertas 3 (Ujian Amali Biologi) SPM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2025 berikut:






Muat turun PDF Biologi kertas 3 (Ujian Amali Biologi) SPM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2025 di bawah:
Tajuk-tajuk Penting Ujian Amali Sains SPM 2025
Berikut adalah senarai eksperimen wajib Tingkatan 5 yang perlu anda ketahui (mengikut silibus pelajaran). Senarai ini dikongsikan oleh cikgu Thanabalan G Arumugam melalui Google Sites.
THEME / TEMA : PHYSIOLOGY OF FLOWERING PLANTS / FISIOLOGI TUMBUHAN BERBUNGA
1. Experiment / Eksperimen: 16.2.3
2. Experiment / Eksperimen: 16.3.3
3. Experiment / Eksperimen: 17.2.3
4. Experiment / Eksperimen: 17.3.3
5. Experiment / Eksperimen: 17.4.8
6. Chapter 3
Not mentioned in the syllabus as compulsory experiment that students should know, but came out during trial paper!
The effects of Nitrogen: Phosphorus: Potassium ratios on plant growth / Kesan nisbah Nitrogen: Fofforus: Kalium terhadap pertumbuhan tanaman
7. Experiment / Eksperimen: 19.4.3
8. Experiment / Eksperimen: 20.3.2
THEME / TEMA : ECOSYSTEM AND ENVIRONMENTAL SUSTAINABILITY / EKOSISTEM DAN KELESTARIAN ALAM SEKITAR
9. Chapter 9
Not mentioned in the syllabus as compulsory experiment that students should know, but came out during trial paper !
Conduct an experiment to investigate the relationship between interspesific competition and intraspecific competition between organisms / Mengeksperimen untuk mengkaji hubungan di antara persiangan intraspesies dan persaingan interspesies antara organisma.
Not mentioned in the syllabus as compulsory experiment that students should know, but came out during trial paper !
To investigate the percentage coverage of Mimosa pudica by using quadrat provided / Mengkaji peratus litupan bagi pokok semalu dengan menggunakan kuadrat yang disediakan
Estimate the population size of Javanese grasshopper (Valanga nigricornis) in two research areas P and Q by analogy / Mengganggarkan saiz populasi belalng kunyit di (Valanga nigricornis) di dua kawasan kajian P dan Q secara analogi.
10. Experiment / Eksperimen: 25.1.3
THEME / TEMA : INHERITANCE AND GENETIC TECHNOLOGY / PEWARISAN DAN TEKNOLOGI GENETIK
11. Experiment / Eksperimen: 27.2.2
Tips Menjawab Ujian Amali Biologi SPM 2025
- Baca soalan dan semak radas dengan teliti. Manfaatkan masa dengan baik.
- Untuk menjawab soalan inference (kesimpulan pemerhatian), calon perlu menerangkan sebab yang betul berdasarkan konsep biologi.
- Calon digalakkan menggunakan istilah biologi yang tepat dalam menulis inference supaya jawapan lebih lengkap dan tepat.
- Terdapat tiga jenis graf dalam subjek biologi iaitu graf garis, graf bar dan graf histogram.
- Calon perlu bijak memilih graf yang sesuai untuk data dan ujian amali yang dijalankan bagi memastikan markah maksimum diperoleh.
Rujuk juga video yang dikongsikan di bawah:
Tarikh-tarikh Penting SPM 2025 – KPM
- Ujian Bertutur Bahasa Melayu: 3 – 6 November 2025
- Ujian Amali Sains (Fizik, Kimia, Biologi): 17, 18 dan 19 November 2025
- Ujian Amali Sains Tambahan: 19 November 2025
- Ujian Bertutur Bahasa Inggeris: 10 – 13 November 2025
- Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris: 20 November 2025.
- Peperiksaan Bertulis: 25 November – 23 Disember 2025
Muat turun PDF: Jadual Waktu Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2025
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (LPKPM), Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau Laman Web Sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri.
Akhir kata, semoga berjaya dengan cemerlang!
Soalan Lazim Ujian Amali Biologi SPM 2025
Ujian praktikal yang menilai kemahiran pelajar dalam menjalankan eksperimen biologi, merekod data, melukis graf, dan membuat inferens berdasarkan konsep saintifik.
Jumlah markah adalah 15 markah.
Ujian hanya ada satu item berstruktur yang menguji beberapa kemahiran proses sains sekaligus.
Ya, kalkulator saintifik dibenarkan untuk pengiraan data eksperimen.
Baca arahan dan soalan dengan teliti, lengkapkan jadual pemerhatian dengan tepat, lukis graf yang kemas dengan label penuh, dan gunakan istilah saintifik untuk inferens.
Keselamatan makmal, ketelitian pengukuran, pencatatan data, dan kefahaman konseptual dalam inferens.
Ujian Amali Biologi SPM 2025 akan berlangsung pada 19 November 2025, Rabu.
Â



