UBES 3.0: Permohonan Program Usahawan Belia Sejahtera 3.0

HEBAHAN PENCARIAN PESERTA UBES 3.0 (PROGRAM USAHAWAN BELIA SEJAHTERA)

Sukacita dimaklumkan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) menawarkan sebuah Program Usahawan Belia Sejahtera (UBES 3.0) untuk semua belia / beliawanis yang berminat.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini.

Apakah Program Usahawan Belia Sejahtera (UBES 3.0)?

UBES 3.0 merupakan salah satu inisiatif oleh Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu untuk membantu memajukan usahawan muda.

Objektif Program

Membantu belia dan beliawanis lepasan SPM dan Sijil Kemahiran yang tidak dapat menyambung pengajian ke IPTA / IPTS dan berminat untuk menceburi / mengembangkan perniagaan sedia ada.

Keistimewaan program ini termasuklah:

  • Latihan dan bimbingan
  • Geran peralatan sehingga RM5000
  • Geran pembangunan perniagaan sehingga RM2000
  • Coacing dan pemantauan perniagaan
ubes 3.0

Baca juga:

Syarat Kelayakan UBES 3.0

Syarat-syarat Kelayakan:-

  1. WARGANEGARA MALAYSIA berumur tidak kurang daripada 18 – 35 tahun.
  2. BUMIPUTERA dan beragama ISLAM.
  3. RAKYAT TERENGGANU terbuka kepada semua termasuk yang menjalankan perniagaan di luar Terengganu (Perantau).
  4. Tahap pendidikan minima SPM.
  5. Lengkap 2 dos vaksin.
  6. Berminat menjadi usahawan sepenuh masa.
  7. Sekiranya berniaga mestilah tidak melebihi 3 tahun beroperasi.

Cara Permohonan

Untuk Pendaftaran Sila klik pautan berikut:

https://bit.ly/permohonan-UBES

Tarikh Tutup Permohonan

16 Januari 2022 (Ahad, jam 12 tengah malam)

Maklumat Lanjut

Hubungi talian berikut untuk sebarang pertanyaan @ 09-6242424 (Bahagian Pembangunan Usahawan)

Latarbelakang Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU)

Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) telah diperbadankan pada 31 Mac 1994 di bawah AKTA SYARIKAT 1965 sebagai Syarikat Jaminan Terhad (‘LIMITED BY GUARANEE’).

YPU telah mula beroperasi pada 1 Julai 1994 di Wisma Darul Iman sebagai Agensi Pembangunan Keusahawanan Negeri Terengganu yang mengkhususkan kepada usaha untuk Mewujud dan Menyelaras Program Pembangunan Keusahawanan Negeri Terengganu.

“BERSAMA MEMBINA KECEMERLANGAN“

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!