Permohonan Skim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM TEKUN 2022)

Permohonan Skim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM) TEKUN 2022 Kini Dibuka!

Berita baik untuk peniaga / PKS mikro!

Skim Pembiayaan Informal & Mikro TEKUN ini menawarkan pembiayaan sehingga RM10,000 pada kadar keuntungan kosong peratus (0%) berserta moratorium selama 12 bulan dengan keutamaan diberi kepada peniaga sektor informal dan mikro.

Ketahui lebih lanjut tentang SPIM Tekun melalui penerangan di bawah.

Apakah Skim Pembiayaan Informal TEKUN 2022? (SPIM)

Skim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM) adalah skim yang menawarkan pembiayaan sehingga RM10,000 pada kadar keuntungan kosong peratus ( 0% ) berserta moratorium selama 12 bulan dengan keutamaan diberi kepada peniaga sektor informal dan mikro.

Objektif pembiayaan adalah salah satu usaha Kerajaan memperbanyak akses pembiayaan kepada sektor perniagaan, terutamanya untuk pengusaha PMKS dan sektor informal.

Syarat Permohonan

Syarat asas pembiayaan adalah sama seperti syarat pembiayaan yang sedia ada seperti berikut:

  • Bumiputera / India dan warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun dan ke atas (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun).
  • Permit daripada PBT atau Daftar Perniagaan (SSM) ATAU pengesahan menjalankan perniagaan daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung ( JPKK ) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK ) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan ( JPKKP ) / Penghulu / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak atau kupon / permit perniagaan oleh jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu.
  • Mempunyai tempat perniagaan yang khusus atau bergerak.
  • Bebas daripada sebarang tindakan undang-undang dan kebankrapan
  • Aktiviti perniagaan yang dijalankan adalah patuh Syariah.

Baca juga:

Nilai Pembiayaan

Nilai pembiayaan yang akan disalurkan adalah dari RM1,000 sehingga RM10,000 bagi setiap usahawan mengikut kelayakan serta tertakluk kepada terma dan syarat-syarat asas TEKUN Nasional.

  • RM1,000 – RM5,000 bagi usahawan yang tidak mempunyai lesen / permit daripada PBT atau daftar perniagaan yang sah (SSM).
  • RM1,000 – RM10,000 bagi usahawan TEKUN sedia ada atau usahawan baru yang mempunyai lesen / permit / daftar perniagaan yang sah (SSM).

Kadar yang dikenakan adalah sebanyak 0 %.

Jenis Perniagaan Yang Boleh Memohon

Usahawan yang menjalankan perniagaan secara kecilan, penjaja kecil , peniaga yang menjalankan perniagaan dari rumah ( home-based business), peniaga yang menjalankan perniagaan secara bergerak (mobile business), peniaga yang menjalankan perniagaan atas talian ( online business ) dan perniaga yang menawarkan perkhidmatan penghantaran ( delivery services)

Cara Permohonan SPIM TEKUN

Calon yang berminat boleh membuat permohonan melalui 2 kaedah berikut:

  1. Pejabat cawangan berhampiran dengan premis.

Senarai pejabat cawangan TEKUN: https://www.tekun.gov.my/ms/connections/

  1. Secara dalam talian https://tekunfin.tekun.gov.my/

Maklumat Lanjut

Maklumat lengkap Pejabat Cawangan TEKUN di seluruh negara boleh dilayari melalui link berikut : https://www.tekun.gov.my/ms/hubungi-kami/connections/

Apakah Skim Pembiayaan Informal & Mikro TEKUN?

Skim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM) adalah skim yang menawarkan pembiayaan sehingga RM10,000 pada kadar keuntungan kosong peratus ( 0% ) berserta moratorium selama 12 bulan dengan keutamaan diberi kepada peniaga sektor informal dan mikro.

Apakah objektif pembiayaan ini?

Objektif pembiayaan adalah salah satu usaha Kerajaan memperbanyak akses pembiayaan kepada sektor perniagaan, terutamanya untuk pengusaha PMKS dan sektor informal.

Berapa lamakah tempoh kelulusan?

Proses kelulusan dalam masa 7 hari bekerja. (Tertakluk pada terma dan syarat)

Adakah pembiayaan ini dilindungi insurans?

Pembiayaan Skim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM) juga dilindungi oleh Insuran Takaful dengan syarat masih dalam tempoh pembiayaan.

Adakah peminjam TEKUN sedia ada layak memohon?

Ya, anda layak memohon skim ini sekiranya rekod bayaran balik anda tidak tertunggak melebihi 6 bulan

Bagaimana cara memohon?

Boleh berhubung dengan pegawai di pejabat cawangan TEKUN yang berhampiran diseluruh negara atau secara dalam talian – https://tekunfin.tekun.gov.my/

SOALAN LAZIM: https://www.tekun.gov.my/ms/usahawan-tekun/soalan-lazim-skim-pembiayaan-informal-mikro-spim/

TALIAN HOTLINE: 03-9059 8888

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!