Ubat Ulser Mulut, Ini 10 Pilihan Terbaik & Berkesan!

Ubat ulser mulut sangat berguna digunakan untuk merawat masalah mata ikan pada bahagian mulut khususnya.

Justeru artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan ubat ulser mulut yang boleh anda guna untuk merawat masalah mata ikan dalam mulut.

Baca juga:

Jenis ubat ulser mulut

ubat ulser mulut

Ubat ulser mulut boleh didapatkan di pasaran dengan tiga jenis iaitu ubat gel, ubat pes, dan ubat kumur.

  • Ubat gel: mengandungi bahan anti radang, antiseptik dan analgesik (tahan sakit)
  • Ubat pes: memberi perlindungan dengan membentuk lapisan menutup ulser. Mempunyai sifat anti-radang untuk mengurangkan rasa sakit dan bengkak.
  • Ubat kumur: mengandungi sifat antiseptik untuk menghalang jangkitan dan pertumbuhan bakteria dalam mulut

Senarai ubat ulser mulut

Berikut adalah beberapa ubat ulser mulut yang boleh anda dapatkan di pasaran untuk kelegaan sementara:

Ubat ulser mulut

1. Oralon

ubat ulser mulut

Ubat ulser mulut yang pertama adalah Oralon. Ia adalah ubat kumur antibakteria yang menghalang plak gigi daripada terbentuk.

Ubat ini ditetapkan untuk membantu dalam rawatan dan pencegahan gingivitis, serta mengekalkan kebersihan mulut.

Ia juga boleh digunakan untuk meningkatkan pembaikan gingival selepas pembedahan atau rawatan periodontal.

Bahan-bahan: Chlorhexidine Gluconate

Cara penggunaan: Kumur 10ml Oralon, dua kali sehari selama 1 minit.

2. Difflam forte

ubat ulser mulut

Difflam forte memberikan kelegaan pantas kepada masalah bengkak tekak dan mulut yang menyakitkan akibat sakit tekak, tonsilitis, ulser mulut, kesan selepas pembedahan mulut atau mukositis mulut.

Penggunaan ubat ulser mulut jenis semburan sesuai untuk kawasan yang cukar dicapai seperti di bahagian belakang tekak. Muncung panjang membantu menyasarkan punca kesakitan dengan berkesan.

Bahan-bahan: Benzydamine hydrochloride 3mg/mL

Cara penggunaan: Untuk orang dewasa dan kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas, sembur 2-4 kali terus ke bahagian yang sakit dan telan berlahan-lahan. Untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun, sembur 2 kali terys ke kawasan yang sakit dan telan perlahan-lahan. Ulang setiap 1.5-3 jam jika perlu.

3. Keno

ubat ulser mulut

Keno Oral Paste bahan pes yang berfungsi dengan mengaktifkan sebatian kulit semula jadi untuk meminimumkan bengkak, kemerahan dan kerengsaan yang berkaitan dengan keradangan mulut atau ulser.

Bahan-bahan: Triamcinolone acetonide, Hydrocarbon gel, carboxymethylcellulose sodium, Pectin

Cara penggunaan: Picit sedikit Keno pada putih kapas dan sapukan perlahan-lahan pada bahagian yang sakit tanpa menggosok sehingga terbentuk lapisan nipis

4. Oradex

ubat ulser mulut

Oradex adalah ubat ulser mulut yang disyorkan oleh doktor gigi seluruh dunia. Ia terbukti berkesan terhadap mikroorganisma di dalam mulut.

Chlorhexidine ialah antiseptik oral “Gold Standard” spektrum luas yang berkesan terhadap bakteria, kulat, fungi, beberapa protozoa, alga dan virus. 

Ia mempunyai keberkesanan intrinsik yang tinggi dan tindakan ‘sisa’ yang berpanjangan.

Terbukti secara klinikal, ia adalah pilihan utama untuk pencegahan dan rawatan penyakit periodontal, gusi bengkak dan berdarah, ulser mulut dan jangkitan mulut dan tekak biasa yang lain.

Bahan-bahan: Chlorhexidine Gluconate and is alcohol, paraben and SLS free

Cara penggunaan: Kumur larutan Oradex selama 30 saat. Ulang setiap 2-3 jam jika perlu.

5. Hexidine 

ubat ulser mulut

Hexidine ialah larutan antimikrob yang membantu menghalang pembentukan plak pada gigi.

Ia gigunakan dalam rawatan dan pencegahan keradangan gusi dan untuk menjaga kebersihan mulut terutamanya dalam keadaan di mana berus gigi tidak dapat digunakan dengan secukupnya.

Bahan-bahan: Chlorhexidine Gluconate

Cara penggunaan: Kumur 10ml Hexidine dua kali sehari selama satu minit.

6. Bactidol

Bactidol ialah ubat ulser mulut antiseptik oral yang berguna untuk melegakan simptom jangkitan mulut dan tekak termasuk ulser mulut yang disebabkan oleh bakteria dan kulat yang mudah terdedah.

Ia mengandungi hexetidine yang bagus untuk persediaan anti-jangkitan dan antiseptik.

Bahan-bahan: Hexetidine dan alkohol

Cara penggunaan: Kumur 15ml Bactidol dua hingga tiga kali sehari selama 45 saat.

7. Muco-aid

Muco-aid liquid adalah ubat ulser mulut yang mempunyai kandungan dan fungsi yang sama dengan Oral Aid iaitu untuk melegakan kesakitan (kebas), mencegah jangkitan bakteria, dan membantu mengurangkan bengkak (anti-radang).

Bahan-bahan: Lignocaine, Chlorhexidine, Triamcinolone

Cara penggunaan: Titis 2-4 titik Muco-aid pada bahagian yang sakit dengan menggunakan putik kapas atau jari yang bersih. Ulang penggunaan selepas 1-2 jam sebaiknya selepas makan dan sebelum tidur.

8. Oral-aid

Oral Aid adalah ubat ulser mulut yang mempunyai kandungan dan fungsi yang sama dengan Muco-aid liquid iaitu untuk melegakan kesakitan (kebas), mencegah jangkitan bakteria, dan membantu mengurangkan bengkak (anti-radang).

Bahan-bahan: Lignocaine, Chlorhexidine, Triamcinolone

Cara penggunaan: Titis 2-4 titik Oral Aid pada bahagian yang sakit dengan menggunakan putik kapas atau jari yang bersih. Ulang penggunaan selepas 1-2 jam sebaiknya selepas makan dan sebelum tidur.

9. Bonjela

Bonjela memberikan kelegaan yang bertindak pantas dan meredakan kesakitan serta ketidakselesaan semasa tumbuh gigi, ulser mulut dan luka, dan gigi palsu. Sesuai untuk kanak-kanak 4 bulan ke atas.

Bahan-bahan: Cetalkonium chloride, ethanol, glycerol, Hypromellose, menthol, purified water, saccharin sodium, Star anise oil

Cara penggunaan: Sapukan pada bahagian yang sakit setiap 3 jam sekali. Tidak sesuai digunakan untuk bayi bawah umur 4 bulan.

10. Gingival gel

Ubat ulser mulut yang terakhir adalah Gingival gel yang membantu melegakan kesakitan dan mengurangkan keradangan gingiva.

Bahan-bahan: Hyaluronic acid, Xylitol, Water, cellulose gum, alcohol, PEG40 hydrogenated castor oil, polyvinyl alcohol, polycarbophil, 2,4 dichlorobenzyl alcohol, flavor, sodium hydroxyde, CI 42090.

Cara penggunaan: Sapu 2-3 kali sehari selepas makan, selama 3 hingga 4 minggu secara berterusan sehingga semua gejala hilang.

Cara sembuhkan ulser mulut secara semulajadi

Terdapat juga beberapa cara lain yang boleh anda lakukan di rumah untuk melegakan gejala ulser mulut:

  • Minum banyak air
  • Amalkan kebersihan mulut yang menyeluruh untuk memastikan mulut sebersih mungkin
  • Kumur mulut dengan air garam suam beberapa kali setiap hari
  • Kumur dengan campuran hidrogen peroksida dan air sebanyak dua kali sehari
  • Elakkan makanan pedas dan panas sehingga ulser sembuh

Diharapkan semoga perkongsian kami berkenaan dengan ubat ulser mulut dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan bersama.

Sumber:

  1. Mouth Ulcer. Cleveland Clinic
  2. Lepuh & Ulser Mulut. Kementerian Kesihatan Malaysia
  3. Jenis Ubat Ulser Mulut. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!