Ubat Sakit Mata Elak Mata Kering, Cuba 10 Pilihan Terbaik!

ubat sakit mata
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Salah satu cara untuk mengatasi masalah mata kering adalah dengan menggunakan ubat sakit mata jenis titisan yang diberikan doktor atau dibeli di farmasi.

Ubat titis mata adalah sediaan steril (bebas daripda kuman) yang digunakan untuk merawat masalah di bahagian mata.

Justeru artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan ubat sakit mata yang boleh anda guna untuk merawat masalah mata gatal.

Baca juga:

Masalah mata kering

Mata kering adalah perkara biasa yang berlaku kepada setiap orang. Masalah ini berlaku bila mana mata anda tidak mengeluarkan air mata yang cukup untuk kekal basah atau apabila air mata anda tidak berfungsi dengan betul.

Mata anda biasanya akan jadi kurang selesa dan penglihatan mula kabur dan tidak jelas.

Antara simptom mata kering adalah seperi berikut:

  • Rasa gatal seperti ada sesuatu dalam mata
  • Rasa pedih atau terbakar dalam mata
  • Mata merah
  • Sensitif terhadap cahaya
  • Penglihatan kabur

Rawatan untuk mata kering biasanya anda boleh gunakan ubat titis mata yang banyak dijual di farmasi atau kedai ubat.

Senarai ubat sakit mata

Berikut adalah beberapa ubat sakit mata yang boleh anda dapatkan di pasaran untuk kelegaan sementara:

Ubat sakit mata

1. Optrex Rereshing Eyes Drops

ubat sakit mata

Optrex Rereshing Eyes Drops adalah ubat sakit mata yang mampu menghidratkan dan menyegarkan mata yang kering, letih dan penat.

Produk ini sangat disyorkan khususnya kepada mereka yang memakai kanta mata, menggunakan komputer, ketika memandu, duduk dalam ruangan berpenghawa dingin, dan suasana yang tercemar.

Bahan-bahan: Aqua, Aqua, Hamamelis Virginia (Witch Hazel), Alkohol, Asid Borik, Natrium Borat, Benzalkonium Klorida

2. Eye Glo Moist

ubat sakit mata

Ubat sakit mata yang seterusnya adalah Eye Glo Moist.

Ia adalah sejenis pelincir mata tidak berminyak yang melembapkan, menyelesakan dan menyegarkan mata kering, penat dan tegang kerana membaca atau bekerja terlalu lama di skrin komputer, berada dalam persekitaran kering dan sebagainya.

Bahan-bahan: Asid Borik, Borax, Benzalkonium Chlorid, EDTA, Hydroxypropylmethylcellulose

3. Systne Ultra Lubricant

ubat sakit mata

Sekiranya anda mencari perlindungan mata yang kekal dan berpanjangan, Systne Ultra Lubricant adalah solusi terbaik untuk anda pilih.

Ubat sakit mata ini mampu memberi perlindungan menyeluruh menjadikan mata anda berasa selesa lebih lama sekaligus melancarkan aktiviti harian dengan lebih efisien.

Bahan-bahan: Larutan streril yang mengandungi polietilene glikol 400, propilena glikol, hidroksipropil guar, sorbitol, aminomethylpropanol, asid borik, kalium klorida dan natrium klorida

4. Rohto Dry Aid Eye Drop

ubat sakit mata

Menarik tentang Rohto Dry Aid Eye Drop, ia diformulasikan khas dengan Teknologi Liquid Shield yang memberikan penghidaratan, membaiki filem pemedih mata semula jadi dari semasa ke semasa.

Bukan itu sahaja, produk ini juga mampu membantu melegakan kerengsaan mata sehingga 12 jam serta rasa terbakar akibat mata kering.

Bahan-bahan: Propylene Glycol, Povidone, Asid Borik, Natrium Borat, Menthol, Magnesium Sulfat, Polioksil Stearat, Minyak Kastor Polioksietilene, Poloxamer, Edetate Disodium, Minyak Bijan, Polyhexamethylene Biguanide dan Air

5. US Cinicals Strong Eye

Strong Eye Ultimate Eye Care ialah formula termaju yang direka untuk meningatkan kesihatan mata.

Ia mengandungi campuran proprietari 20 nutrien yang dikaji secara klinikal seperti Lutein, Zeaxanthin, DHA, Vitamin, Mineral dan Asid Amino yang menggalakkan penglihatan yang lebih tajam dan melindungi mata daripada masalah penglihatan yang berkaitan dengan usia. 

Bahan-bahan: Lutein dan Zeaxanthin

6. Genta Dex Eye Drop

Genta-Dex adalah sejenis ubat sakit mata yang khusus untuk haiwan seperti anjing dan kucing.

Ia membantu menggalakkan bersih dari habuk, kotoran, dan serpihan debu yang lain.

Produk ini bertindak dengan menggabungkan ciri-ciri antimikrob dengan spektrum luas gentamicin antibiotik aminoglikosida, dengan sifat anti-radang dan antialergen dexamethasone.

Bahan-bahan: Dexamethasone natrium fosfat, glukokortikosteroid dan gentamycin sulfat

7. Eye Mo Moist

Sebut sahaja tentang ubat sakit mata, pasti rata-rata mengenali Eye Mo. Eye Mo Moist ialah ubat titis mata yang mampu untuk menyegarkan mata yang kering dan letih disebabkan gaya hidup moden hari ini.

Ia mengandungi bahan aktif yang boleh melindungi mata anda daripada mata kering.

Bahan-bahan: Benzalkonium klorida, Asid Borik, dan Natrium Borat

8. Allersine Eye Drops

Allersine Eye Drops adalah antihistamin yang menghalang pembebasan bahan kimia yang dipanggil histamin. Histamin boleh menghasilkan gejala alahan seperti bersin, hidung berair, dan mata berair.

Allersine ophthalmic digunakan untuk merawat kegatalan mata yang disebabkan oleh alahan kepada habuk, debunga, haiwan, atau alergik lain.

Bahan-bahan: Tetrahydrozoline dan Benzalkonium Klorida

9. Neo Deca Eye/Ear Drops

Neo-Dexa adalah ubat titis mata, hidung dan telinga dengan bahan utama Neomycin sulfate dan Dexamethasone natrium fosfat bagi merawat masalah keradangan mata, rinitis alergi, dan mata kering.

Bahan-bahan: Neomycin Sulfat

10. Bausch + Lomb Alaway Antihistamine Eye Drops

Satu lagi ubat sakit mata yang boleh anda cuba adalah Bausch + Lomb Alaway Antihistamine Eye Drops.

Menariknya tentang ubat ini, ia telah diuji secara klinikal oleh pakar kesihatan mata untuk melegakan kegatalan mata yang dihidapi pesakit alahan dengan mampu bertahan kesannya sehingga 12 jam.

Bahan-bahan: Kototifen, Benzalkonium Klorida, Gliserin, Natrium Hidroksisa, Asid Hidroklorik dan air

Cara menggunakan ubat titis mata

  1. Cuci tangan sehingga bersih dengan menggunakakn air dan sabun.
  2. Lap bahagian mata dengan menggunakan kain atau tisu yang bersih. Pastikan semua kotoran yang melekat di bahagian mata itu dibuang sehingga bersih.
  3. Buka penutup botol ubat titis.
  4. Donggakkan sedikit kepala ke belakang.
  5. Tarik bahagian bawah kelopak mata sehingga anda jumpa ruang yang cukup untuk titiskan ubat.
  6. Dekatkan penitis ke bahagian bawah kelopak mata yang ditarik. Pastikan hujung penitis tidak menyentuh mana-mana bahagian mata.
  7. Picit botol ubat titis mata dan pastikan ubat tersebut masuk ke dalam mata.
  8. Tutup mata selama 2-3 minit. Kalau boleh elak dari pejam mata dengan kuat atau mengerlipkan mata. Ini bagi membolehkan ubat tidak mengalir keluar.
  9. Lapkan lebihan ubat dengan kain atau tisu bersih.
  10. Ulang langkah 3-9 selepas 5 minit jika perlu.

Mitos Vs Fakta Ubat Sakit Mata

Penggunaan ubat mata mungkin dipandang ringan oleh sesetengah orang kerana terdapat beberapa ubat ini yang boleh didapati tanpa preskrpsi.

Namun, anda perlulah peka tentang keselamatan serta cara penggunaannya yang betul.

Berikut dikongsikan beberapa mitos dan fakta yang perlu anda tahu tentang ubat ini.

Mitos 1 : Gunakan ubat mata orang lain, hasilnya sama sahaja.

Fakta : Jangan sesekali berkongsi ubat mata. Setiap ubat dirumus khas untuk keadaan tertentu. Berkongsi ubat boleh menyebabkan sebaran jangkitan dan alahan.

Mitos 2 : Ubat titis mata boleh digunakan bila-bila masa.

Fakta : Setiap ubat mata mempunyai tarikh luput, biasanya 30 hari selepas dibuka. Menggunakannya selepas tarikh tersebut boleh mengakibatkan risiko jangkitan.

Mitos 3: Titis mata banyak-banyak untuk sembuh lebih cepat.

Fakta: Dos yang lebih banyak tidak bermakna lebih baik. Gunakan ubat seperti diarahkan oleh doktor untuk elakkan kesan sampingan.

Mitos 4: Ubat mata dari farmasi cukup untuk merawat semua masalah mata

Fakta: Ubat titis mata tanpa preskripsi hanya sesuai untuk masalah ringan. Jika gejala berlarutan, segera berjumpa doktor untuk diagnosis dan rawatan tepat.

Mitos 5: Semua ubat mata sama saja.

Fakta: Setiap ubat mata mempunyai bahan aktif yang berbeza untuk tujuan tertentu. Jangan gunakan ubat mata tanpa mengetahui fungsi sebenar.

Diharapkan semoga perkongsian kami berkenaan dengan ubat sakit mata dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan bersama.

Jangan berlengah untuk dapatkan rujukan daripada doktor sekiranya masalah mata anda berterusan.

Sumber:

  1. Why Do My Eyes Hurt? Medical News Today
  2. What Is Dry Eye? Symptoms, Causes and Treatment. American Academy of Ophthalmology
  3. Teknik Penggunaan Ubat Titis Mata. My Health
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut