Ubat Demam Kanak-Kanak Yang Bagus, Ini 12 Pilihan Terbaik!

Apakah ubat demam kanak-kanak yang sesui dan boleh anda gunakan untuk merawat masalah anak yang demam?

Demam pada kanak-kanak adalah masalah biasa yang berlaku. Hal ini kerana, sistem imun anak masih berkembang, kanak-kanak mungkin mencipta pyrogen untuk setiap jangkitan baru yang mereka hadapi.

Sebagai alternatif, orang dewasa mungkin telah mencipta imuniti terhadap jangkitan tersebut.

Namun sudah semestinya ia memberi kebimbangan yang tersendiri kepada ibu ayah bila mana melihat anak mereka tidak sihat.

Justeru artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan ubat demam kanak-kanak yang boleh anda guna untuk merawat masalah demam anak.

Baca juga:

Senarai ubat demam kanak-kanak (1-12 tahun)

Berikut adalah beberapa ubat demam kanak-kanak yang boleh anda dapatkan di pasaran untuk kelegaan sementara:

Ubat demam kanak-kanak

1. Uphamol Syrup 250mg

ubat demam kanak-kanak

Uphamol Syrup 250mg adalah ubat demam kanak-kanak yang bertindak pantas serta dipercayai oleh seluruh profesional perubatan di seluruh dunia.

Ini adalah cara yang berkesan dan selamat untuk mengurangkan ketidakselesaan sakit dan demam khusus untuk kanak-kanak setahun ke atas.

Bahan-bahan: FD & C Yellow No.6, Methylparaben,Propylparaben, Saccharin Sodium, Sugar, Sorbitol Solution, Tragacanth Gum, Simethicone, Trisodium Citrate, Orange Essence Glyerine

Dos: 1-5 tahun ( 1/2 – 1 sudu makan setiap 3 – 4 kali sehari), 6-12 tahun (1 – 2 sudu makan setiap 3 – 4 kali sehari)

2. Panadol Chewable Tablet

ubat demam kanak-kanak

Tablet kunyah Panadol untuk kanak-kanak memberikan memberikan kelegaan yang berkesan untuk demam dan kesakitan kanak-kanak berumur 2 hingga 12 tahun.

Tablet berperisa ceri ini boleh dikunyah atau dilarutkan dalam air untuk diminum.

Bahan-bahan: 120 mg Paracetamol

Dos: 12-16kg (1.5 tablet), 16 – 21.5kg (2 tablet), 21.5-25 kg (2.5 tablet), 25-28.7 kg (3 tablet), 28.7-33kg (3.5 tablet), 33-37.5kg (4 tablet)

3. Panadol Children 250mg

ubat demam kanak-kanak

Panadol kanak-kanak (250mg/5ml) memberikan kelegaan daripada demam dan kesakitan pada kanak-kanak yang berumur 1 hingga 12 tahun.

Seperti semua produk Panadol kanak-kanak, panadol jenis ini mudah dihadam di perut. Ia didatangkan dengan perisa oren, tidak mengandungi alkohol dan bebas aspirin.

Bahan-bahan: 250 mg/5ml Paracetamol, methyl paraben

Dos: 6 tahun (5ml – 7ml), 7-9 tahun (7ml – 10ml), 10-12 tahun (10ml – 15ml)

4. Vitaherb Cold & Cough Kid Syrup

ubat demam kanak-kanak

Vitaherb Cold & Cough Kid Syrup adalah larutan berwarna coklat dengan rasa herba asli dan bau herba.

Ia bermanfaat untuk melancarkan kahak yang pekat, melegakan batuk yang merengsa, melegakan batuk yang teruk dan memudahkan pernafasan.

Bahan-bahan: Ivy leaf extract, pelargonium root extract, methyl hydroxybenzoate, propyl hydroxybenzoate

Dos: 2-5 tahun (5ml setiap tiga kali sehari), 6-12 tahun (10ml setiap tiga kali sehari)

5. Hoemal Paracetamol

ubat demam kanak-kanak

HOEMAL digunakan untuk melegakan sakit yang ringan atau serdehana, termasuk sakit gigi, simptom deman influenza, demam dan selsema.

Ia boleh didapatkan dalam plastik botl 60ml dan berperisa blackcurrent.

Bahan-bahan: 250mg paracetamol, methyl paraben, propyl paraben

Dos: 1-6 tahun (2.5ml – 5ml), 7-12 tahun (5ml – 10ml)

6. Sambucol Kid Black Elderberry

ubat demam kanak-kanak

Sambucol Kid adalah pilihan No.1 Australia untuk menguatkan imuniti secara semulajadi serta perlindungan dan pencegahan dari selsema dan demam.

Ubat ini diformulasikan oleh saintis, disyorkan oleh pakar, dan dipercayai oleh ibu bapa.

Ubat demam kanak-kanak dari Sambucol terbukti secara klinikal untuk mempercepatkan pemulihan dan mengurangkan keterukan simptom selsema dan demam.

Menariknya, ia mampu mempercepatkan pemulihan selama 3 hari, mengurangkan keterukan simptom sebanyak 32%, melawan virus influenza A&B dan H5N1, meningkatkan imuniti kepada individu yang sihat, meningkatkan imuniti terhadap patogen dan jangkitan bakteria, mencegah penyebaran virus, dan meningkatkan pengeluaran sitokin terhadap jangkitan virus.

Bahan-bahan: Sambucus Nigra (Black Elderberry) juice, ascorbic Acid (Vitamin C), zinc (as zinc oxide) 

Dos: 2-4 tahun (7.5ml sehari sekali), 5-12 tahun (15ml sehari sekali)

7. Axcel Paracetamol 250

Axcel Paracetamol 250 adalah antipiretik untuk melegakan kesakitan yang digunakan secara meluas untuk merawat selsema dan demam.

Ia boleh didapatkan di pasaran dengan satu perisa sahaja iaitu perisa oren yang segar.

Bahan-bahan: 250mg paracetamol, refined sugar, xanthan gum, propylene glycol, methyl paraben, saccharin sodium, purified water, flavour, sodium, dihydrogen, phosphate anhydrous dan sodium citrate

Dos: 1-6 tahun (2.5 – 5ml), 7-12 tahun (5ml – 10ml)

8. Kidz PCM 250 Suspension

Kidz PCM 250 Suspension boleh melegakan demam, sakit ringan hingga sederhana, simptom selsema demam, simptom HFMD, sakit tekak, tumbuh gigi, luka kecil dan sakit otot.

Ia boleh didapati sama ada dalam suspensi berperisa oren berwarna oren atau suspensi berwarna merah jambu berperisa strawberi.

Bahan-bahan: 250mg paracetamol, methyl hydroxybenzoate, sodium benzoate, dan propyl hydroxybenzoate

Dos: 1-3 bulan (0.6ml – 1.2ml setiap tiga hingga empat kali sehari), 3-12 bulan (1.2ml – 2.4ml setiap tiga hingga empat kali sehari), 1-6 tahun (2.4ml – 5ml setiap tiga hingga empat kali sehari), 6-12 tahun (5ml – 10ml setiap tiga hingga empat kali sehari)

9. Hurix’s Fever & Cold Syrup

ubat demam kanak-kanak

Hurix’s Fever & Cold Syrup digunakan secara tradisional untuk melegakan simptom demam, selsema, batuk, mengurangkan kahak, sakit tekak, sakit kepala dan sakit badan.

Bahan-bahan: Herba artemisia annua, rhizoma phragmitis communis, herba agastache rugosus, radix scutellaria baicalensis, herba lycopus lucidus, herba sehizonepeta tenuifolia, herba mentha haplocalyx, radix hlycyrrhiza uralensis, flos dolichos lablab, dan sodium benzoate

Dos: 2-3 tahun (5ml), 4 – 6 tahun (10ml), 7-12 tahun (15ml)

10. XEPA Progesic 250mg Suspension

ubat demam kanak-kanak

Progesic 250 Suspension ialah ubat berperisa raspberi-ceri untuk melegakan kesakitan dan demam.

Ia mengandungi paracetamol 250mg/5ml yang memberikan kelegaan pantas dan mudah dihadam dalam perut.

Bahan-bahan: 250mg paracetamol, methyl hydroxybenzoate, dan propyl hydroxybenzoate

Dos: 1-5 tahun (2.5ml – 5ml setiap 4 hingga 6 jam), 6-12 tahun (5ml – 10ml setuap 4 hingga 6 jam), orang dewasa (10 ml – 20 ml setiap 4 hingga 6 jam)

11. Poro Suspension 250mg

Poro Suspension digunakan untuk merawat demam dan ketidakselesaan sederhana hingga ringan.

Bahan-bahan: Paracetamol, methyl paraben, propyl paraben

Dos: 1-5 tahun (2.5ml – 5ml, 1/2 – 1 sudu makan), 6-12 tahun (5ml – 10ml (1 – 2 sudu makan)

12. Arfen 125mg Paracetamol

Suppositori Paracetamol mengandungi ubat yang dipanggil paracetamol. Ia tergolong dalam kumpulan ubat yang dipanggil ubat tahan sakit (anakgesik).

Suppositori ialah ubat kecil berbentuk torpedo yang dimasukkan ke dalam saluran belakang (rektum).

Ia digunakan untuk merawat kesakitan dan suhu tinggi (demam) pada kanak-kanak berumur 1 hingga 5 tahun.

Ubat demam kanak-kanak ini juga boleh diambil bagi kanak-kanak yang susah mengambil paracetamol dalam bentuk tablet atau sirap.

Bahan-bahan: 125mg paracetamol

Dos: 1-2 tahun (1 suppositori 125mg), 2-6 tahun (2 suppositori 125mg)

Ubat demam kanak-kanak (bayi)

Bayi yang demam terbahagi kepada dua kategori iaitu tidak terlalu panas dan boleh dikawal dengan makan ubat demam kanak-kanak atau suhu yang tinggi dan disusuli gejala seperti muntah, batuk berkahak, selsema teruk, sukar bernafas dan sebagainya.

Jika melihat bayi anda ada salah satu dari simptom ini, segera bawanya ke hospital untuk dirawat.

Tubuh bayi anda tidak seperti orang dewasa di mana dengan makan sebiji pil panadol terus sihat.

Sebaliknya bayi biasanya akan mengambil masa untuk sembuh kerana sistem imun dan antibodi mereka belum cukup kuat sepenuhnya. 

Justeru sentiasalah pantau suhu demam mereka dengan menggunakan termometer. Tempat untuk check suhu demam bayi boleh dinilai melalui mulut, ketiak, telinga atau dahi.

Ubat demam bayi akan diberikan oleh doktor seperti paracetamol dan ibuprofen. Preskripsi ubat ini ditentukan berdasarkan kepada umur bayi dan diagnosis yang diberikan oleh doktor. 

Bayi berumur kurang dua bulan tidak disarankan diberikan paracetamol atau ibuprofen. Aspirin pula tidak sesuai untuk anak-anak berumur 16 tahun dan ke bawah.

Namun begitu, pastikan anda membaca arahan dan amaran yang terdapat pada kotak ubat sebelum diberikan kepada bayi.

Dos ubat demam anak

Bayi yang umurnya kurang dari 1 bulan / berat kurang dari 4kg, perlu dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum memberikan ubat.

Cara perkiraan umur anak dan dos ubat (berat di bawah 50kg):

  • Formula: 15mg / kg paracetamol, setiap 6 jam
  • Berat anak 10kg. Jadi berapa ubat paracetamol yang perlu dibeirkan?
  • Perkiraan: 15mg X 10kg = 150mg Paracetamol

Kalau kita guna persediaan Paracetamol 120mg / 5mL, berapa banyak nak bagi (berapa mL) untuk dapatkan 150mg?

  • Perkiraan: 150 / 120 x 5ml = 6.25ml

Cara perkiraan umur anak dan dos ubat (dalam 24 jam):

  • Formula: 75mg / kg dalm 24 jam (maksimum dos ini TERMASUKLAH ubat Paracetamol dalam bentuk suppository)
  • Berat anak 10kg, jadi dos maksimum yang perlu diambil adalah sehari semalam ialah 75mg x 10kg = 750mg

Apa-apa pun jumpa doktor dahulu sekiranya anda tidak pasti dengan dos yang ingin diberikan.

Diharapkan semoga perkongsian kami berkenaan dengan ubat demam kanak-kanak dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan bersama.

Sumber:

  1. Tips on Fevers in Children. UC Davis Health
  2. Perkongsian Menarik Mengira Dos Ubat Untuk Anak Demam. Dr Zubaidi Hj Ahmad
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!