Demam campak (Measles) adalah ancaman yang biasa menyerang golongan kanak-kanak. Ia amat mudah berjangkit dan merbahaya jika tidak dikesan dan diberikan rawatan segera.
Walaupun penyakit ini telah menunjukkan pengurangan kes berikutan program imunisasi global, ia masih menjadi ancaman di kawasan yang mempunyai kadar vaksinasi rendah.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan demam campak dan rawatannya yang perlu anda tahu.
Baca juga:
Apa itu demam campak?

Demam campak juga dikenali sebagai cacar air atau chicken pox yang biasa kita sebut.
Demam ini adalah jangkitan yang berlaku disebabkan oleh virus Varicella Zoster (famili herpesvirus) dan kerap menyerang golongan kanak-kanak.
Ia boleh merebak dalam beberapa cara seperti udara dan sentuhan. Melalui udara adalah apabila seseorang yang menghidap cacar air apabila mengalami batuk atau bersin.
Manakala melalui sentuhan adalah kerana partikel virus yang terdapat pada cecair yag keluar daripada ruam lepuh atau vesikel.

Punca demam campak

Kebiasaannya, golongan pada peringkat usia kanak-kanak, remaja dan awal dewasa lebih mudah mendapat cacar air daripada jangkitan tersebut.
Demam campak disebabkan oleh virus Rubeola, yang termasuk dalam keluarga Paramyxoviridae. Virus ini sangat mudah berjangkit dan merebak melalui titisan pernafasan apabila individu yang dijangkiti batuk, bersin, atau bercakap.
Demam campak berpunca daripada:
- Demam campak disebabkan virus campak
- Melalui cecair pernafasan (batuk atauk bersin)
- Sentuh permukaan dicemari cecair pernafasan seperti alat permainan
Virus ini menyerang sel-sel di saluran pernafasan dan kemudiannya merebak ke seluruh badan, termasuk kulit.
Tempoh inkubasi, iaitu masa antara pendedahan kepada virus dan permulaan simptom, biasanya sekitar 10 hingga 12 hari, tetapi boleh berbeza dari 7 hingga 21 hari.
Simptom demam campak

Kebanyakkan orang yang menghidap cacar air mempunyai simptom ringan tetapi cepat sembuh.
Antara 10 hingga 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula akan menunjukkan tanda dan gejala seperti:
- Demam tinggi
- Batuk, selesema dan sakit kepala
- Mata berair dan sensitif kepada cahaya
- Sakit otot
- Ruam merah kecil
Dua atau tiga hari kemudian akan mula timbul ruam-ruam, bermula pada bahagian muka dan kepala kemudian merebak ke bahagian badan, tangan dan kaki.
Ruam ini akan kekal selama 4 hingga 7 hari. Ketika ruam timbul suhu badan biasanya sangat tinggi.
Beza kayap dan cacar air

| Kayap (Shingles) | Cacar Air (Chicken Pox) |
|---|---|
| Jangkitan kedua apabila VZV aktif semula dalam pesakit demam campak | Jangkitan pertama oleh Varicella zoster virus (VZV) |
| Orang dewasa yang berumur lebih dari 50 tahun jika jangkitan pertama (demam campak) telah berlaku. | Lebih 90% jangkitan berlaku sebelum mencecah umur remaja |
| Mengakiti orang tua lebih dari umur 50 tahun | Menjangkiti kanak-kanak dan dewasa |
| Rasa “semut-semut”, kebas pada tempat ruam, demam ringan, rasa letih, kemudian terbentuk lepuh sakit saraf | Bermula dengan demam ringan, hilang selera makan, sakit kepala, rasa letih, diikuti ruam yang gatal dan kemudian terbentuk lepuh |
| Ruam adalah setempat, berdekatan dengan saraf (belakang badan, dada, muka) | Ruam kebiasaannya luas merangkumi dada, abdomen, muka, tangan dan kaki |
| Virus boleh berjangkit melalui sentuhan rembesan, lepuh yang boleh mengakibatkan cacar air | Virus boleh berjangkit melalui sentuhan rembesan, lepuh seseorang yang sudah dijangkiti |

Cacar air boleh menyebabkan komplikasi?

Kebanyakkan individu yang dijangkiti cacar air akan sembuh dengan sempurna.
Walau bagaimanapun, kadang kala boleh juga terjadi kompikasi yang serius terutamanya golongan yang menghidapi masalah kekurangan zat makanan dan imun yang rendah.
Antara komplikasinya adalah seperti:
- Jangkitan pada telinga
- Jangkitan pada paru-paru (pneumonia)
- Jangkitan pada otak (encephalitis)
- Cirit-birit
- Kematian
- Radang otak
Pencegahan yang boleh diambil

Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun.
Ibu bapa perlulah memainkan peranannya untuk memastikan anak mendapat imunisasi.
Liputan vaksin yang tinggi dalam komuniti turut membantu mewujudkan “kekebalan kelompok”, di mana penyebaran virus dapat dikawal dengan lebih baik.
Oleh itu, penting untuk ibu bapa memastikan anak-anak mereka menerima suntikan imunisasi mengikut jadual yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Jika anak anda terdedah kepada individu dijangkiti campak dan belum lagi menerima imunisasi, bawa anak anda segera untuk berjumpa doktor.
Cara merawat demam campak

Umumnya, tiada rawatan khas bagi merawat demam campak. Namun anda boleh mengambil langkah awal dengan mengenal pasti demam ini melalui simptom dan gejala sebelum ia menjadi komplikasi yang teruk.
Bawa anak anda ke klinik kesihatan atau hospital yang berdekatan dengan segera jika disyaki dijangkiti.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan penyakit ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
- Demam Campak: Simptom, Punca Dan Cara Mengelakkannya. My Sihat
- Chickenpox (varicella) – Symptoms, Treatment, Vaccine. Healthdirect
- Cacar Air (Chicken Pox): Punca, Tanda, Simptom & Rawatan. Harian Post
Soalan Lazim (FAQ) berkaitan Demam Campak (Maesles)
Apakah itu demam campak?
- Demam campak adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus measles (paramyxovirus). Ia menyebabkan demam, batuk, ruam merah dan mata merah, dan boleh menjangkiti orang lain dengan sangat mudah melalui udara.
Bagaimanakah demam campak merebak?
- Demam campak merebak melalui titisan pernafasan apabila individu yang dijangkiti batuk, bersin, atau bercakap. Titisan ini boleh kekal di udara atau di permukaan selama beberapa jam. Seseorang boleh dijangkiti hanya dengan bernafas dalam udara yang mengandungi virus atau menyentuh permukaan yang tercemar kemudian menyentuh muka mereka.
Apakah simptom-simptom awal demam campak?
- Simptom awal demam campak menyerupai selsema biasa, termasuk demam panas tinggi (sering melebihi 38.5∘C), batuk kering, hidung berair, mata merah dan berair (konjunktivitis), serta sensitif kepada cahaya. Bintik Koplik (bintik putih kebiruan kecil di dalam mulut) juga boleh muncul sebelum ruam.
Bilakah ruam campak biasanya muncul dan bagaimana rupa bentuknya?
- Ruam campak biasanya muncul 2-4 hari selepas simptom awal bermula. Ia bermula sebagai bintik merah rata yang kemudian timbul sedikit (makulopapular). Ruam ini biasanya bermula di muka (terutamanya di belakang telinga dan garis rambut) sebelum merebak ke leher, batang tubuh, lengan, dan kaki dalam tempoh beberapa hari.
Adakah demam campak boleh menyebabkan komplikasi serius?
- Ya. Komplikasi termasuk pneumonia, jangkitan telinga, cirit-birit teruk, radang otak (ensefalitis), dan dalam kes yang jarang, kematian.
Bagaimanakah rawatan untuk demam campak dilakukan?
- Tiada rawatan khusus untuk membunuh virus measles. Rawatan bertujuan melegakan simptom seperti demam, batuk, dan dehidrasi. Paracetamol, rehat yang cukup, dan pengambilan air adalah penting.
Adakah demam campak boleh dicegah?
- Ya. Demam campak boleh dicegah melalui vaksinasi MMR (Measles, Mumps, Rubella) yang sangat berkesan dan selamat.




