Permohonan kemasukan Pengajian STAM di Sekolah Menengah Agama Negeri Johor (SMAN Johor) bagi Tahun 2027 akan dibuka bermula 12 Ogos 2026 yang boleh dibuat menerusi pautan https://forms.gle/8fN7kHNHEFC16TJX6.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai kemasukan ini.

Mengenai Pengajian STAM
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) ialah kelayakan yang diiktiraf yang melahirkan pelajar cemerlang dalam bidang pengajian Islam dan bahasa Arab, serta membuka laluan ke universiti tempatan dan antarabangsa.
Pengajian ini menggunakan kurikulum bersepadu berasaskan sistem Al-Azhar Mesir untuk melayakkan pelajar menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Al-Azhar atau universiti awam tempatan.
Ia juga diiktiraf setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) untuk kemasukan ke universiti.
Terdapat 10 subjek bagi pengajian ini iaitu:
- Hifz al-Qur’an dan Tajwid
- Fiqh
- Tauhid dan Mantiq (atau Tauhid, Mantiq dan Firaq)
- Tafsir dan Ulumuhu
- Hadith dan Mustolah
- Nahu dan Sarf
- Insya’ dan Mutalaah
- Adab dan Nusus
- ‘Arudh dan Qafiyah
- Balaghah
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan boleh dibuat 12 Ogos 2026 sehingga 9 September 2026.
Sekolah Yang Ditawarkan
Sekolah yang ditawarkan adalah seperti berikut:
- Maahad Johor, Johor Bahru
- Maahad Pontian, Pontian
- SMA Parit Raja, Batu Pahat
- SMA Bugisiah, Tampok, Pontian
Syarat Permohonan
Syarat permohonan yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia. Keutamaan kepada rakyat negeri Johor.
- Berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2027.
- Lulus Sijil Menengah Agama (SMA) @ setaraf dengannya.
- Calon Sijil Pelajaran Malavsia (SPM) tahun semasa @ lepasan SPM.
Syarat Kelayakan
Selain itu, pemohon mesti memenuhi syarat kelayakan iaitu:
- Telah mengikuti satu daripada pakej Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) pada peringkat menengah atas; atau
- Telah mengikuti Kurikulum Maahad al-Bu’uth al-Islamiah al-Azhar al-Syarif sekurang-kurangnya dua tahun di sekolah/institusi yang berdaftar dengan KPM atau PBAN. Calon perlu mengemukakan dokumen / penvataan kepada pihak BPI JAINJ yang membuktikan telah mengikuti dua tahun pengajian.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://forms.gle/8fN7kHNHEFC16TJX6.
Selain itu, pemohon juga perlu memuat naik dokuman yang diperlukan dan disahkan iaitu:
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan slip keputusan Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) atau setaraf
Soalan Lazim
Permohonan kemasukan Tingkatan 6 di SMAN Johor untuk tahun 2027 adalah pada 12 Ogos 2026 sehingga 9 September 2026.
– Maahad Johor, Johor Bahru
– Maahad Pontian, Pontian
– SMA Parit Raja, Batu Pahat
– SMA Bugisiah, Tampok, Pontian
Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2027.
– Telah mengikuti satu daripada pakej Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) pada peringkat menengah atas; atau
– Telah mengikuti Kurikulum Maahad al-Bu’uth al-Islamiah al-Azhar al-Syarif sekurang-kurangnya dua tahun di sekolah/institusi yang berdaftar dengan KPM atau PBAN. Calon perlu mengemukakan dokumen / penvataan kepada pihak BPI JAINJ yang membuktikan telah mengikuti dua tahun pengajian.
Permohonan perlu dibuat menerusi pautan https://forms.gle/8fN7kHNHEFC16TJX6.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pendidikan Islam (Unit Pengurusan Sekolah Menengah) melalui email
[email protected].




