Bagi pelajar lepasan SPM yang menerima tawaran ke Tingkatan 6 dan ingin membuat penukaran sekolah ataupun aliran, anda boleh melakukannya dengan mengikuti prosedur rasmi yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Penukaran sekolah biasanya dilakukan apabila penempatan terlalu jauh dengan tempat tinggal.
Manakal, penukaran aliran pula boleh dilakukan apabila jurusan yang diberikan tidak menepati minat pelajar.
Rujuk info penuh Cara Mohon Tukar Sekolah & Jurusan Tingkatan 6 di bawah.
Pengenalan Tingkatan Enam
Pengajian Tingkatan 6 di Malaysia merupakan salah satu laluan pendidikan selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Ia merupakan persediaan bagi pelajar untuk menduduki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) iaitu kelayakan pra-universiti yang diiktiraf di dalam dan luar negara.
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM):
- Setaraf dengan A-Level
- Diiktiraf oleh Cambridge Assessment International Education, United Kingdom
- Setaraf dengan diploma
- Diterima oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk perjawatan dalam perkhidmatan awam
- Pelajar lepasan SPM yang menepati syarat am dan syarat khas kemasukan layak ditawarkan secara automatik untuk meneruskan pengajian ke Tingkatan Enam.
Syarat Am:
- Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
- Berumur antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun semasa
Bila Penukaran Sekolah & Jurusan Tingkatan 6 Boleh Dibuat?
Secara umumnya, permohonan untuk menukar sekolah atau jurusan Tingkatan 6 hanya boleh dilakukan selepas anda menerima tawaran dan melapor diri di sekolah asal bagi memastikan status pelajar anda aktif dalam sistem KPM.
Untuk mohon tukar sekolah atau jurusan Tingkatan 6, anda boleh rujuk prosedur di bawah.
Cara Mohon Tukar Sekolah (Penempatan) Tingkatan 6
Jika anda ingin berpindah ke sekolah lain kerana faktor jarak atau pengangkutan:
- Lapor Diri Dahulu: Anda wajib klik terima tawaran dan hadir mendaftar di sekolah asal yang ditawarkan pada 8 Jun 2026.
- Isi Borang P.U.(A) 275: Selepas mendaftar, minta borang ini di pejabat sekolah.
- Sediakan Dokumen: Lampirkan salinan keputusan SPM, surat tawaran Tingkatan 6, dan dokumen sokongan (seperti bil elektrik sebagai bukti alamat rumah baharu).
- Hantar ke PPD/JPN: Borang yang lengkap perlu dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk kelulusan berdasarkan kekosongan tempat.
Cara Mohon Tukar Jurusan (Aliran) Tingkatan 6
Bagi yang ingin menukar aliran (contohnya dari Sains ke Sains Sosial) pula, cara-caranya:
- Gunakan Borang T6BRTJ: Mohon Borang Permohonan Rayuan Tukar Bidang (Jurusan) di sekolah tempat anda mendaftar.
- Kelayakan Merit: Pastikan keputusan SPM anda memenuhi syarat minimum bagi jurusan baharu tersebut.
- Keputusan Pihak Sekolah: Kelulusan biasanya diuruskan oleh Pengetua atau Penolong Kanan Tingkatan 6 di sekolah tersebut bergantung kepada kekosongan kelas.


Rayuan Tingkatan 6 (Jika Tiada Tawaran)
Jika anda lepasan SPM yang layak tetapi tidak mendapat sebarang tawaran, anda boleh buat rayuan. Rujuk cara-caranya berikut:
- Sila isi permohonan rayuan secara online dibuat melalui pautan: https://sst6.moe.gov.my
*Anda perlu membuat semakan keputusan tawaran Tingkatan 6 sebelum dapat membuat rayuan melalui laman web yang sama. - Buat semakan rayuan. Keputusan rayuan adalah berdasarkan nilai mata unit dan pertimbangan markah kokurikulum.
- Keputusan rayuan boleh disemak melalui kaedah yang sama pada tarikh rasmi yang ditetapkan kelak.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, layari portal Aplikasi Dalam Talian Tingkatan Enam, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di https://sst6.moe.gov.my/
Alamat BPSH & No Telefon :
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E, Pusat Pentadbiran, Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
No. Telefon : 03-8884 9370
No. Fax : 03-8888 6671
Sila rujuk Senarai Jabatan Pendidikan Negeri & Pejabat Pendidikan Daerah dalam lampiran di bawah:
Untuk maklumat lanjut tentang kemasukan Tingkatan 6 dan semakan, sila klik artikel berikut : Tingkatan 6: Syarat Kelayakan, Senarai Kolej, Subjek & Permohonan
ATAU terus ke pautan pantas ini: https://sst6.moe.gov.my/
Soalan Lazim Tukar Sekolah & Jurusan Tingkatan 6
Tidak. Anda wajib melapor diri dan mendaftar di sekolah yang ditawarkan terlebih dahulu bagi mengelakkan tawaran dibatalkan secara automatik
Anda perlu mendapatkan Borang T6BRTJ, mengisi alasan yang kukuh dan mendapatkan pengesahan Pengetua sebelum diserahkan kepada pihak sekolah/JPN
Anda perlu mengisi Borang PU(A) 275 dan menyerahkannya kepada JPN atau PPD.
Tidak. Kelulusan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat di sekolah yang dipohon dan budi bicara pihak pengurusan (PPD/JPN)
Tidak, pelajar yang layak dan melepasi syarat kemasukan akan menerima tawaran secara automatik. Anda hanya perlu membuat semakan keputusan melalui portal rasmi KPM (sst6.moe.gov.my) dalam tempoh yang ditetapkan.
Melapor diri adalah bukti bahawa anda menerima tawaran tersebut dan mengelakkan status anda daripada dikategorikan sebagai “melepaskan tawaran”. Proses pertukaran sekolah hanya boleh diproses setelah pendaftaran rasmi dilakukan di sekolah asal.
Antara kelebihan utama adalah:
– Sijil STPM diiktiraf di peringkat antarabangsa (setaraf A-Level).
– Kos pendidikan yang sangat rendah (hampir percuma).
– Laluan yang luas ke Universiti Awam (UA) dan Institut Pendidikan Guru (IPG).
– Membentuk disiplin diri dan kemahiran berdikari yang tinggi.
Anda boleh memohon pertukaran aliran (jurusan) selepas minggu orientasi dengan mengisi borang rasmi (T6BRTJ) dan mendapatkan pengesahan pentadbir sekolah.




