Cara Tukar Nama Pemilik Kereta & Motor Tanpa Perlu ke JPJ

cara tukar nama kererta
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Cara Tukar Nama Pemilik Kereta Tanpa Perlu ke JPJ ~ Proses tukar nama kereta dan motor kini boleh dilakukan sepenuhnya secara dalam talian melalui portal mySIKAP Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tanpa perlu hadir ke kaunter, asalkan anda mempunyai akaun ID MyJPJ (Advance) yang telah disahkan.

Dengan cara ini, anda langsung tidak perlu menghadirkan diri ke kaunter JPJ untuk menguruskan urusan pertukaran nama kereta atau motor. Sangat mudah dan menjimat masa!

Rujuk cara tukar nama kereta atau motor tanpa perlu ke kaunter JPJ di bawah.

Ringkasan Cara Tukar Nama Pemilik Kereta Tanpa Perlu ke JPJ
  1. Proses tukar nama kereta dan motor kini boleh dilakukan sepenuhnya secara dalam talian melalui portal mySIKAP.
  2. Muat turun aplikasi MyJPJ & MyDigital.
  3. Tukar status akaun MyJPJ daripada ‘Standard’ ke ‘Advance’. (Boleh upgrade secara automatik jika login menggunakan MyDigital)
  4. Buat penukaran nama melalui portal MySikap dan pemilik baharu perlu lakukan pembayaran fi penukaran nama.

Penukaran Nama Pemilik Kenderaan

Penukaran nama pemilik kenderaan (ubah hak milik kenderaan) ialah proses menukar nama pemilik berdaftar kenderaan daripada nama pemilik lama kepada nama pemilik bar.

Proses ini boleh dilakukan secara manual di kaunter JPJ atau dengan mudah secara online melalui aplikasi MyJP dan MySikap.

Perubahan hak milik kenderaan ini penting supaya geran dan rekod JPJ mendaftar nama pemilik yang baharu.

Proses ini perlu dibuat bila kenderaan dijual, dipindah milik, atau diberi kepada sesiapa secara sukarela.

tukar nama kenderaan

Cara Tukar Nama Pemilik Kereta Tanpa Perlu ke JPJ

Untuk mengetahui cara tukar nama kereta atau motor secara online, anda boleh rujuk cara yang dikongsikan oleh pengguna Facebook Nurul Hafizah di bawah:

1. Syarat & Persediaan Awal

Untuk menukar nama kenderaan secara dalam talian, anda perlu menepati syarat dan lakukan persediaan awal berikut:

  1. Kedua-dua pihak (penjual & pembeli) wajib mempunyai akaun MyJPJ dan MyDigital ID.
  2. Status akaun MyJPJ mestilah ‘Advance’. (Rujuk cara di bawah nak tukar status STANDARD ke ADVANCE)
  3. Kenderaan tiada sekatan (tiada saman tertunggak, bukan hak milik dituntut/pinjaman bank).
  4. Pemeriksaan PUSPAKOM wajib dilakukan sebelum proses tukar nama (bawa kenderaan ke PUSPAKOM).
  5. Bagi motorsikal pula, pemeriksaan dengan Puspakom adalah tidak diwajibkan.

2. Muat Turun Aplikasi MyJPJ & MyDgital ID

Muat Turun Aplikasi MyJPJ:

Muat Turun Aplikasi MyDigital ID

Cara Tukar Nama Pemilik Kereta Tanpa Perlu ke JPJ
Muat turun dan daftar kedua-dua aplikasi ini; MyJPJ & MyDigital ID.

3. Tukar Status Akaun MyJPJ (Standard > Advance)

Penukaran status akaun MyJPJ dari Standard ke Advance ini penting supaya anda boleh meneruskan proses menukar nama pemilik kenderaan melalui MySikap.

  • Status Standard: Capaian terhad kepada transaksi biasa yang tidak memerlukan pengesahan biometrik.
  • Status Advance: Capaian penuh kepada semua transaksi online JPJ.

Rujuk cara-caranya di bawah:

LANGKAH 1: Daftar dan log masuk akaun MyJPJ. Anda akan melihat status Standard.

akaun standard myjpj

LANGKAH 2: Kemudian, daftar pula akaun di aplikasi MyDigital ID atau boleh juga terus log in di MyJPJ.

logmasuk mydigital ID
Sumber: Nurul Hafizah

LANGKAH 3: Bila keluar Pop up ni. Pilih Ya.

Cara Tukar Nama Pemilik Kereta Tanpa Perlu ke JPJ
Sumber: Nurul Hafizah

LANGKAH 4: Klik pada butang OK untuk melengkapkan pertukaran akaun myJPJ anda daripada eID Standard kepada eID Advance.

tukar nama kenderaan
Sumber: Nurul Hafizah

LANGKAH 5: Penukaran status JPJeID berjaya. Semak status JPJeID sudah bertukar ke Advance. Ini bermakna anda boleh melakukan pelbagai urusan JPJ secara online termasuklah penukaran nama kenderaan.

Cara Tukar Nama Pemilik Kereta Tanpa Perlu ke JPJ
Sumber: Nurul Hafizah

4. Log Masuk MySIKAP

Dah selesai tukar status ADVANCE di aplikasi MyJPJ, seterusnya anda perlu melakukan urusan penukaran nama kenderaan di MySIKAP.

LANGKAH 1: Pergi ke website MySikap https://public.jpj.gov.my/public/login.zul. Log in menggunakan ID & password dari MyJPJ.

tukar nama kenderaan mysikap
Sumber: Nurul Hafizah

LANGKAH 2: Sebagai pemilik kenderaan, pilih Permohonan Pertukaran Hak Milik (Pemilik Berdaftar). Kemudian, isi maklumat dan butiran yang diperlukan.

pertukaran nama kenderaan
Sumber: Nurul Hafizah

LANGKAH 3: Masukkan maklumat pembeli yg diperlukan seperti No. Kad Pengenalan & Emel. Selesai. Penjual & pembeli masing-masing akan menerima emel berkenaan urusan tukar nama kenderaan ni.

pembeli tukar nama kenderaan
Sumber: Nurul Hafizah

INFO TAMBAHAN

Apa itu MySikap?

MySikap merupakan sistem dalam talian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menawarkan pelbagai servis dan perkhidmatan dalam talian kepada orang ramai.

Penggunaan sistem sebegini memberikan fleksibiliti masa kepada orang ramai untuk melakukan pelbagai urusan dengan JPJ tanpa mengira masa dan lebih penting turut menjimatkan masa mereka kerana tidak lagi perlu beratur panjang di kaunter.

Perkhidmatan Yang Disediakan Melalui Portal MySikap

Berikut merupakan antara servis dan perkhidmatan dalam talian yang disediakan oleh pihak JPJ melalui portal MySikap:

  1. Semakan saman JPJ
  2. Pembayaran saman secara online
  3. Rayuan bagi lesen memandu tamat tempoh
  4. Tukar nama pemilik kenderaan
  5. Perbaharui dan batalkan lesen kenderaan motor (LKM) dan cukai jalan
  6. Pembaharuan lesen
  7. Permohonan permit memandu antarabangsa

Perkhidmatan yang disediakan melalui portal MySikap mungkin berubah atau bertambah dari semasa ke semasa.

Pertukaran Hak Milik – JPJ

Selain panduan di atas, anda juga boleh rujuk panduan penukaran nama kenderaan yang disediakan oleh pihak JPJ melalui MySIKAP di bawah ini.

Bagi urusan penukaran nama pemilik kenderaan, kedua-dua pihak berikut perlu mengikut langkah-langkah di bawah bagi melengkapkan urusan tukar nama kenderaan mereka:

  1. Pemilik kenderaan lama
  2. Pemilik kenderaan baru
PEMILIK BERDAFTAR (Pemilik kenderaan lama)
  1. Layari laman JPJ di alamat https://www.jpj.gov.my/
  2. Kemudian, klik pada perkhidmatan MySikap
    • Bagi pengguna pertama kali, sila klik pada pautan Daftar. Bagi yang sudah mempunyai akaun di MySikap, anda boleh klik pada Log Masuk
  3. Klik pada tab Kenderaan
  4. Klik pada pilihan “Permohonan Pertukaran Hak Milik Kenderaan (Pemilik Berdaftar)
  5. Masukkan nombor plat kenderaan
  6. Klik butang Teruskan
  7. Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan emel pemilik baru
  8. Sahkan permohonan
  9. Hanya setelah langkah-langkah di atas telah dilengkapkan, pemilik baru boleh melakukan langkah-langkah di bawah untuk melengkap keseluruhan proses tukar nama kenderaan ini.

Panduan Bergambar Pertukaran Hak Milik (Pemilik berdaftar)

cara tukar nama kereta
Sumber: Laman web JPJ
  • Log Masuk akaun MySIKAP di: https://public.jpj.gov.my/public/login.zul
  • Klik tab Kenderaan
  • Pilih Permohonan Pertukaran Hak Milik (Pemilik Berdaftar) melalui Transaksi / Tindakan:-
  • Klik [OK]
  • Masukkan No. Pendaftaran Kenderaan;
  • Klik [Carian].

Skrin seperti berikut akan dipaparkan:

cara tukar nama kereta
Sumber: Laman web JPJ
  • Klik [Teruskan].

Skrin seperti berikut akan dipaparkan:-

cara tukar nama kereta
Sumber: Laman web JPJ
  • Klik [Sah & Teruskan].

Skrin seperti berikut akan dipaparkan:-

cara tukar nama kereta
Sumber: Laman web JPJ
  • Masukkan alamat E-mel di ruangan Makluman Melalui;
  • Masukkan No. ID Pemilik Baharu dan alamat E-mel di ruangan Maklumat Pemilik Baharu;
  • Klik [Seterusnya].

Skrin Notifikasi akan dipaparkan seperti berikut:-

cara tukar nama kereta
Sumber: Laman web JPJ
  • Klik [Cetak].

Contoh cetakan adalah seperti berikut:-

cara tukar nama kereta
Sumber: Laman web JPJ
PEMILIK BAHARU (Pemilik kenderaan baru)
  1. Layari laman JPJ di alamat https://www.jpj.gov.my/
  2. Kemudian, klik pada perkhidmatan MySikap
    • Bagi pengguna pertama kali, sila klik pada pautan Daftar. Bagi yang sudah mempunyai akaun di MySikap, anda boleh klik pada Log Masuk
  3. Klik pada tab Utama
  4. Masukkan no pendaftaraan kenderaan yang dibeli dan klik Seterusnya.
  5. Pilih kaedah pembayaran dan buat pembayaran untuk penukaran nama kenderaan.
  6. Selesai. Nama anda kini berdaftar sebagai pemilik kenderaan tersebut.

Panduan Bergambar Pertukaran Hak Milik (Pemilik baharu)

Skrin Maklumat Kenderaan & Pemilik akan dipaparkan seperti berikut:-

cara tukar nama kereta
Sumber: Laman web JPJ
  • Klik [Seterusnya].

Skrin seperti berikut akan dipaparkan:-

cara tukar nama kereta
Sumber: Laman web JPJ
  • Pilih Kaedah Pembayaran sama ada menggunakan Kad Kredit atau FPX;
  • Nota: Contoh pembayaran menggunakan Kad Kredit.
  • Pilih Jenis Kad melalui drop down list;
  • Masukkan No. KadNama Pemilik KadTarikh Luput dan No. CVV/CVC/4DVC;
  • Pilih Bank Pengeluar melalui drop down list;
  • Klik [Bayar].

Skrin seperti berikut akan dipaparkan:-

cara tukar nama kereta
Sumber: Laman web JPJ
  • Klik [Bayar].

Skrin seperti berikut akan dipaparkan:-

Cara Tukar Nama Pemilik Kereta Tanpa Perlu ke JPJ
Sumber: Laman web JPJ
  • Klik [Teruskan] untuk meneruskan pembayaran; atau
  • Klik [Batal] untuk membatalkan transaksi.

Selesai.

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai cara tukar nama kenderaan kepada pemilik kenderaan baru, sila rujuk halaman FAQ MySikap.

Untuk sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan pegawai bertugas di:

  • Tel: +60 3 8000 8000 (Umum)
  •  Faks: +60 3 8881 0194

Jabatan Pengangkutan Jalan
Aras 3-5, No. 26,
Jalan Tun Hussien, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62100 WP Putrajaya

Soalan Lazim Cara Tukar Nama Kereta Online

Apakah syarat utama sebelum tukar nama secara online?

– Pemeriksaan PUSPAKOM: Kereta wajib menjalani pemeriksaan dan lulus (Laporan B5) sebelum proses dimulakan.
– Status Kenderaan: Tiada tunggakan saman, blacklist, atau tuntutan hak milik (e-Hakmilik) oleh pihak bank/syarikat kewangan.
– Akaun MySIKAP: Kedua-dua penjual (pemilik lama) dan pembeli (pemilik baru) perlu mempunyai profil di portal Portal MySIKAP JPJ.

Bagaimanakah proses untuk Penjual (Pemilik Berdaftar)?

– Log masuk ke portal MySIKAP.
– Pilih menu Kenderaan dan klik pada Pertukaran Hak Milik (Pemilik Berdaftar).
– Masukkan nombor pendaftaran kenderaan dan klik Carian.
– Masukkan maklumat pembeli (Nombor IC dan alamat e-mel).
– Sahkan maklumat dan buat bayaran (sekitar RM3 untuk yuran pemprosesan).
– Satu Resit Pengesahan akan dijana. Penjual mempunyai tempoh tertentu untuk pembeli melakukan pengesahan seterusnya.

Bagaimanakah proses untuk Pembeli (Pemilik Baru)?

– Log masuk ke portal MySIKAP.
– Pilih menu Kenderaan dan klik pada Pertukaran Hak Milik (Pemilik Baru).
– Masukkan nombor pendaftaran kenderaan yang telah didaftarkan oleh penjual tadi.
– Sahkan persetujuan pertukaran hak milik tersebut.
– Lakukan pembayaran fi pertukaran hak milik (mengikut jenis kenderaan) secara dalam talian.

Perlukah saya pergi ke JPJ untuk cap jari (biometrik)?

Dengan integrasi MyDigital ID dan aplikasi MyJPJ, anda kini boleh menaik taraf ID ke profil Advance untuk melakukan pengesahan secara digital tanpa perlu ke kaunter JPJ. Jika tidak menggunakan kaedah ini, anda mungkin masih perlu hadir ke kiosk atau kaunter JPJ berdekatan dalam masa 7 hari selepas penjual membuat permohonan.

Bilakah geran (VOC) baru boleh diambil?

Setelah proses selesai, maklumat pertukaran hak milik akan dikemas kini dalam sistem secara automatik. Slip pengesahan pertukaran boleh dimuat turun sebagai rujukan. Untuk mendapatkan salinan fizikal geran (VOC) yang baru, pemilik baru boleh mencetaknya di kiosk JPJ yang terpilih atau hadir ke kaunter.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut