Cara Terminate Akaun Netflix / Tukar Pelan Pakej Langganan

Cara Terminate Akaun Netflix / Tukar Pelan Pakej Langganan

Sekiranya anda tidak lagi menonton Netflix, ada baiknya anda terminate sahaja akaun Netflix anda bagi mengelakkan akaun anda tetap di caj setiap bulan.

Netflix merupakan perkhidmatan penstriman video yang menawarkan ribuan filem dan video bersiri antarabangsa yang boleh ditonton dengan melanggan pakej-pakej yang ditawarkan.

Jika dilihat pada pakej yang ditawarkan oleh Netflix, harganya boleh dikira agak berbaloi dengan jumlah filem yang ditawarkan.

Sesetengah pakej juga membolehkan anda berkongsi akaun dan peranti dengan orang lain.

cara daftar netflix

Akaun Netflix Tak Boleh Lagi Dikongsi, Caj Tambahan Baru Setiap Ahli

Baru-baru ini, Netflix telah tambah satu lagi caj tambahan RM13 untuk tujuan perkongsian akaun Netflix.

Pada asalnya akaun Netflix boleh di kongsi dan di tonton serentak dalam satu masa sebanyak 4 profil tanpa mengira di manakah lokasi anda berada.

Namun kini, Netflix telah menetapkan peraturan baharu iaitu pengguna Netflix yang berada di luar kawasan sambungan internet atau wifi yang sama dalam satu premis hendaklah menambah harga caj tambahan RM13 untuk membolehkan pengguna mengakses kandungan Netflix di mana-mana sahaja.

Untuk melakukan proses ini, pengguna Netflix mestilah menetapkan terlebih dahulu peranti utama untuk mengakses Netflix sama ada televisyen, telefon bimbit, komputer riba, ataupun tablet.

Bagi pelanggan Netflix RM55 sebulan (difinasi gambar 4K), Netflix memberikan 2 slot kekosongan untuk anda menambah sesiapa ahli atau induvidu yang berada di luar kawasan sambungan internet atau wifi dalam satu premis.

Sekiranya anda ingin menambah maksimum 2 keahlian tersebut, maka kiraannya adalah seperti ini RM55 + RM13 + RM13 = RM81 untuk sebulan.

Jika anda mengaktifkan ciri tambahan ahli tersebut, maka caj tambahan terbut akan di kira mulai kitaran bil bulanan baharu nanti.

Anda boleh membuang fungsi tambahan ahli lain ini pada bila-bila masa jika anda tidak lagi mahu menggunakannya.

Seandainya anda tiada ahli yang duduk di luar kawasan sambungan wifi atau internet di premis anda, anda boleh terus menikmati langganan Netflix RM55 sebulan untuk kandungan gambar definasi 4K tanpa sebarang caj tambahan lain.

Sebab Pengguna Mahu Terminate Akaun Netflix

Sesetengah individu mempunyai sebab yang tersendiri mengapa mereka mahu terminate akaun Netflix mereka.

Antaranya adalah disebabkan tambahan caj yang baru dikenakan dan syarat perkongsian akaun yang lebih ketat.

Netflix juga bukanlah satu-satunya servis perkhidmatan penstriman yang menawarkan perkhidmatan sebegini sebaliknya banyak lagi syarikat yang menawarkan perkhidmatan yang sama seperti Hulu, Apple TV+, Amazon Prime Video, HBO Max, Disney+, Mubi, Paramount, Discovery+ dan lain-lain lagi.

Akibat kekangan lesen tayangan filem, tidak semua filem di dunia ini dimuatkan dalam Neflix.

Anda mungkin berminat untuk terminate akaun Netflix anda sekiranya filem-filem yang anda gemari tidak ditawarkan di Netflix sebaliknya ditawarkan di perkhidmatan penstriman yang lain. Misalnya filem-filem terbitan Marvel.

Netflix kehilangan hak menayangkan filem dari Marvel di hampir kebanyakan negara setelah Disney Plus dilancarkan.

Sebab kedua anda mungkin mahu terminate akaun Netflix anda kerana anda tidak tidak lagi memanfaatkannya dengan sebaiknya – contohnya anda hanya menonton 1 – 2 buah filem sahaja setiap bulan kerana kekangan masa.

Artikel berkaitan: Cara Daftar Netflix Malaysia, Harga Pelan Langganan & Pembatalan Akaun

Cara Tukar Pakej Langganan Netflix

Netflix menawarkan pelbagai pelan penstriman untuk memenuhi keperluan hiburan anda.

Sebagai ahli Netflix, anda akan dikenakan caj setiap bulan pada hari yang sama dengan hari pendaftaran anda. Akaun Netflix adalah untuk orang yang tinggal bersama dalam satu isi rumah.

Pelan NetflixCiri
Mudah Alih– Filem, rancangan TV dan permainan mudah alih tanpa iklan dan tanpa had
– Tonton pada 1 telefon atau tablet pada masa yang sama
Muat turun pada 1 telefon atau tablet pada masa yang sama
Asas– Filem, rancangan TV dan permainan mudah alih tanpa iklan dan tanpa had
– Tonton pada 1 peranti yang disokong pada masa yang sama
– Tonton dalam HD
Muat turun pada 1 peranti yang disokong pada masa yang sama
Standard– Filem, rancangan TV dan permainan mudah alih tanpa iklan dan tanpa had
– Tonton pada 2 peranti yang disokong pada masa yang sama
– Tonton dalam HD PenuhPilihan untuk menambah 1 ahli tambahan yang tidak serumah dengan anda
Muat turun pada 2 peranti yang disokong pada masa yang sama
Premium– Filem, rancangan TV dan permainan mudah alih tanpa iklan dan tanpa had
– Tonton pada 4 peranti yang disokong pada masa yang sama
– Tonton dalam Ultra HD
Muat turun pada 6 peranti yang disokong pada masa yang sama
-Pilihan untuk menambah sehingga 2 ahli tambahan yang tidak serumah dengan anda
Audio ruang Netflix

PERHATIAN:

Pelan Mudah Alih memerlukan peranti Android OS 5.0 (Lollipop) atau lebih baharu, peranti Fire OS 5.0 atau lebih baharu atau peranti iOS 12.0 atau lebih baharu. Pemancaran atau pencerminan melalui peranti mudah alih tidak disokong pada pelan ini.

Harga Pakej Langganan Netflix Terkini (RM)

  • Mudah Alih: RM 17/bulan
  • Asas: RM 28/bulan
  • Standard: RM 45/bulan (slot ahli tambahan* boleh ditambah dengan harga RM 13 setiap slot/bulan)
  • Premium: RM 55/bulan (slot ahli tambahan* boleh ditambah dengan harga RM 13 setiap slot/bulan)

PERHATIAN:

*Ahli tambahan mempunyai akaun dan kata laluan mereka sendiri, tetapi keahlian mereka dibayar oleh orang yang menjemput mereka untuk berkongsi akaun Netflix. Bilangan slot ahli tambahan yang boleh anda tambah bergantung pada pelan anda.

Bergantung pada tempat anda bermastautin, anda mungkin dikenakan cukai selain harga langganan anda.

CARA TUKAR PELAN / PAKEJ LANGGANAN NETFLIX

Anda boleh menukar pelan Netflix anda pada bila-bila masa dengan mengikut langkah ini:

  1. Daftar masuk ke akaun Netflix anda.
  2. Dalam Butiran Pelan, pilih Tukar Pelan. (Jika anda tidak melihat Tukar Pelan, sila hubungi kami.)PERHATIAN: Jika akaun anda ditahan, perubahan pelan tidak dibenarkan sehingga tahanan dilepaskan.
  3. Pilih pelan yang diingini, kemudian pilih Teruskan atau Kemas Kini.
  4. Pilih Sahkan Perubahan atau Sahkan.

Penukaran kepada pelan dengan harga yang lebih mahal berkuat kuasa dengan serta-merta agar anda boleh menikmati semua ciri yang ditambahkan. Oleh sebab Netflix merupakan perkhidmatan prabayar, tarikh pengebilan anda akan ditukar berdasarkan baki daripada pembayaran terakhir anda. Untuk menukar kembali kepada tarikh pengebilan yang sebelumnya, lihat cara menukar tarikh pengebilan anda.

Penukaran kepada pelan dengan harga yang lebih rendah berkuat kuasa pada tarikh pengebilan seterusnya. Anda boleh terus menggunakan ciri pelan dengan harga yang lebih mahal sehingga tarikh pengebilan seterusnya.

Cara Terminate Akaun Netflix

Log keluar daripada akaun Netflix anda tidak menghentikan langganan bulanan anda dan anda akan tetap dicaj setiap bulan.

Oleh itu, pastikan anda mengikuti prosedur yang betul untuk terminat akaun Netflix anda.

Untuk membatalkan akaun Netflix anda, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Log masuk ke akaun Netflix anda
  2. Pergi ke netflix.com/cancelplan.
  3. Pilih Lengkapkan Pembatalan. Akaun anda akan ditutup pada penghujung kitaran pengebilan semasa anda dan anda tidak akan dikenakan caj lagi.

Sekiranya anda berkongsi kata laluan dengan pengguna lain, pastikan anda menukarkan kata laluan anda bagi mengelakkan pengguna lain dengan sewenang-wenangnya mengaktifkan kembali akaun anda seterusnya menyebabkan anda terpaksa membayar caj langganan.

Tukar kata laluan anda untuk mencegah orang lain daripada memulakan semula akaun anda dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Pergi ke netflix.com/password dan tukar kata laluan anda.
  2. Pastikan anda menandakan kotak yang menyatakan Daftar keluar daripada semua peranti.

Tetapan ini akan menukar kata laluan semasa anda dan mendaftar keluar daripada mana-mana peranti yang akaun anda mungkin masih didaftar masuk.

Jika anda membuat pembatalan sementara masih terdapat baki masa dalam tempoh pengebilan anda, anda boleh menggunakan Netflix sehingga penghujung tempoh pengebilan. 

cara terminate akaun netflix
Rujuk laman web rasmi Netflix berkaitan pembatalan pelan langganan anda : https://help.netflix.com/ms/node/407

Pengaktifan Semula Selepas Pembatalan Akaun

Sekiranya selepas anda terminate akaun Netflix anda ingin mengaktifkan semula pada masa hadapan, anda tetap boleh melakukannya pada bila-bila masa.

Anda juga boleh menukar pakej langganan sedia ada kepada pakej lain yang tersedia.

Pihak Netflix menyimpan tetapan dan rekod tontonan anda selama 10 bulan selepas akaun anda ditutup, jadi sekiranya anda ingin mengaktifkan semula akaun dalam tempoh 10 bulan, kesemua maklumat dan rekod tontonan anda seperti berikut akan turut tersedia:

  • Cadangan anda
  • Rating
  • Butiran akaun
  • Sejarah main
  • Simpanan permainan 
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!