Cara Daftar Netflix Malaysia, Harga Pelan Langganan & Pembatalan Akaun

Cara Daftar Netflix, Harga Pelan Langganan Bulanan & Pembatalan Akaun

Netflix sememangnya salah satu streaming platform yang paling popular di Malaysia buat peminat drama atau filem terutamanya Hollywood dan Korea.

Dari K-drama, filem dokumentari, siri TV di US, Bollywood sehinggalah ke anime, anda pasti tidak akan jemu dengan pelbagai rancangan menarik yang ada di Netflix.

Sesetengah drama bersiri ekslusif dari Netflix juga berjaya mengumpul peminatnya sendiri seperti “Stranger Things”, “Money Heist” dan “The Umbrella Academy”.

Netflix juga sentiasa komited dalam menyajikan filem dan drama bersiri terbaru buat tontonan pelanggan.

Bermula dari harga RM 17 sahaja, anda boleh mendapat akses kepada beribu-ribu filem dan drama melalui telefon bimbit, tablet, PC dan TV.

Jom tengok bagaimana cara nak daftar akaun Netflix dan jenis pelan langganan yang boleh dipilih.

Apakah Netflix?

Netflix merupakan perkhidmatan penstriman yang membolehkan ahli kami untuk menonton rancangan TV dan filem tanpa iklan pada peranti yang disambungkan ke Internet.

Anda juga boleh memuat turun rancangan TV dan filem pada peranti iOS, Android atau Windows anda dan menonton tanpa sambungan Internet.

Anda boleh menonton Netflix melalui peranti disambungkan ke Internet yang menawarkan apl Netflix, termasuk TV pintar, konsol permainan, pemain media penstriman (PS4, X-box), set-top box, telefon pintar tablet dan komputer.

Checklist Sebelum Daftar NetFlix

Sebelum anda mendaftar Netflix, pastikan anda menyediakan beberapa perkara di bawah ini :

  • Akaun e-mel yang aktif dan boleh diakses
  • Kad kredit / kad debit, ATAU pelan pascabayar seperti Digi, Maxis atau Celcom yang aktif untuk tujuan pembayaran di ruangan ‘payment method’ nanti.
  • Capaian internet yang laju sekurang-kurangnya 0.5 Mbps atau sebaiknya 3Mbps ke atas .

Jenis Pelan Langganan Netflix

Terdapat 4 pelan yang disediakan buat pelanggan mengikut keperluan atau kesesuaian bajet dengan harga RM 17 hingga RM 55. 4 pelan tersebut ialah Mobile, Basic, Standard dan Premium.

Walaupun pelan Premium nampak mahal, namun ia lebih berbaloi untuk dikongsi dengan rakan atau keluarga.

Jika dibahagi 4, harga langganan sebulan hanyalah sekitar RM 14 sebulan untuk seorang kan?

Cara Daftar Netflix Malaysia

Ikut langkah mudah ini untuk memulakan tontonan di Netflix hari ini:

  1. Lawati netflix.com/signup.
  2. Pilih pelan yang sesuai untuk anda.
  3. Cipta akaun dengan memasukkan alamat e-mel anda dan mencipta kata laluan.
  4. Masukkan kaedah pembayaran. Sebagai ahli Netflix, anda akan dikenakan caj sekali sebulan pada hari yang sama dengan hari pendaftaran anda.

Selesai! Kini anda sudah boleh mula menonton Netflix untuk tempoh 30 hari sebelum langganan bulan seterusnya.

Mudah kan?

Adakah Netflix Sesuai Untuk Keluarga / Kanak-kanak?

Disebabkan kebanyakan konten Netflix berasal dari luar negara, terdapat beberapa filem dan drama yang tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak.

Namun, anda tidak perlu risau kerana Netflix juga menyediakan profil khas iaitu Netflix Kids bagi menyajikan hiburan animasi yang cukup menarik untuk anak-anak anda secara percuma!

Profil khas ini membenarkan ibu bapa mengawal konten yang dibenarkan dengan nombor PIN tertentu, di mana ibu bapa juga boleh menghalang konten tertentu untuk anak-anak anda.

Tambahan pula pada tempoh PKP ini, anda bolehlah mengisi masa terluang dengan menyaksikan rancangan menarik pilihan anda di Netflix buat seisi keluarga.

Filem animasi tempatan seperti Upin & Ipin dan Ejen Ali pun
ada tau!

Baca juga: SSPN Online: Cara Buka Akaun SSPN-i & SSPN-i Plus Untuk Anak

Cara Cancel Netflix / Tamatkan Langganan

Jangan risau dengan komitmen apabila anda menjadi pelanggan Netflix kerana anda boleh tamatkan langganan bila-bila masa sahaja.

Anda tidak akan terikat dalam tempoh kontrak tertentu seperti Astro.

Jika anda nak cancel atau ingin menamatkan langganan Netflix, anda hanya perlu:

  1. Login ke akaun Netflix
  2. Tekan menu Account
  3. Pilih butang ‘Cancel Membership’
  4. Untuk melihat maklumat penuh dan hari terakhir akaun anda aktif, sila klik pada bahagian ‘Billing Details’

Jika anda membuat pembatalan akaun dalam masa yang lebih awal daripada tempoh caj bulanan, anda boleh terus menonton Netflix hingga akaun anda ditutup secara automatik mengikut tempoh langganan bil.

Anda tidak akan dicaj sehinggalah anda mengaktifkan akaun anda semula.

Maklumat Lanjut

 Untuk maklumat lanjut tentang Netflix Malaysia, sila layari https://www.netflix.com/my/ atau hubungi 1-800-819-742

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!