Setiap tahun, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengumumkan tema hari guru khas bagi semua warga pendidik di negara ini dan ini termasuklah tema hari guru pada tahun ini iaitu “Guru Bitara Nadi Negara.”
Hari Guru secara amnya merupakan sebuah sambutan yang dinantikan oleh bukan sahaja para guru di sekolah, tetapi juga para pelajar.
Mengenai Tema Hari Guru 2026
Tema Hari Guru bagi tahun 2026 adalah “Guru Bitara Nadi Negara” yang telah diumumkan oleh pihak KPM.
Guru bitara melambangkan keunggulan profesionalisme, keteladanan dan integriti, manakala nadi negara menggambarkan peranan penting guru sebagai penggerak utama kemajuan dan kesejahteraan negara.
Umumnya, konsep Guru Bitara ialah konsep yang menekankan peranan guru dalam melihat murid sebagai insan yang perlu dibentuk masa depan mereka, selain mengenal pasti potensi dan bakat pelajar untuk menjadi pemimpin negara pada masa hadapan.
Guru Bitara juga bukan sekadar menyelesaikan sukatan pelajaran ditetapkan, sebaliknya berperanan membina makna dalam setiap proses pembelajaran serta berupaya mendepani cabaran serta memimpin perubahan dalam sistem pendidikan.
Keutamaan KPM pada ketika ini adalah untuk melahirkan lebih ramai Guru Bitara yang berilmu, berkemahiran tinggi, berfikiran kritis serta berakhlak mulia.


Tarikh Sambutan Hari Guru
Di Malaysia, tarikh sambutan hari guru bagi setiap tahun adalah pada 16 Mei.
Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2026
Untuk tahun 2026, sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan akan diadakan di Perak pada 15 hingga 16 Mei 2026.
Aktiviti sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-55 Tahun 2025.
- Tarikh: (AKAN DIKEMASKINI KELAK)
- Tempat: (AKAN DIKEMASKINI KELAK)
- Senarai Aktiviti (AKAN DIKEMASKINI KELAK)
Objektif Utama Sambutan Hari Guru
Hari Guru disambut setiap tahun pada tarikh 16 Mei dengan objektif yang berikut:
- Menitik beratkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
- Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
- Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.
- Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
- Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
- Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu boleh berkesan.
Sejarah Tema Hari Guru
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai Dasar Pelajaran di Malaysia.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.
Sebagai rekod, berikut merupakan senarai tema Hari Guru bagi tahun-tahun sebelum ini :
- 1972 – Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
- 1973 – Kerjasama Ibu Bapa untuk Kemajuan Pendidikan
- 1974 – Peranan Guru dalam Zaman Sains Dan TeknologiÂ
- 1975 – Guru Dengan Pembangunan Negara
- 1976 – Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan
- 1977 – Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan PendidikanÂ
- 1978 – Guru Pembentuk Generasi akan Datang
- 1979 – Murid Sejahtera Negara Jaya
- 1980 – Pendidikan Teras Perpaduan Negara
- 1981 – Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
- 1982 – Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
- 1983 – Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
- 1984 – Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan PendidikanÂ
- 1985 – Guru Dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
- 1986 – Pendidikan Teras Nasionalisme
- 1987 – Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
- 1988 – Guru Pengasas Budaya Membaca
- 1989 – Guru Pembina Budaya IlmuÂ
- 1990 – Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
- 1991 – Ke Arah Pendidikan CemerlangÂ
- 1992 – Guru Cemelang Teras Kejayaan Wawasan
- 1993 – Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan WawasanÂ
- 1994 – Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan WawasanÂ
- 1995 – Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan WawasanÂ
- 1996 – Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf DuniaÂ
- 1997 – Guru Bestari Sekolah BestariÂ
- 1998 – Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
- 1999 – Guru Berkesan Pendidikan CemerlangÂ
- 2000 – Bersatu Memartabatkan Profesion KeguruanÂ
- 2000 – Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
- 2001 – Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama
- 2002 – Guru Berkualiti Aspirasi Negara
- 2003 – Guru Berkualiti Aspirasi Negara
- 2004 – Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
- 2005 – Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
- 2006 – Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
- 2007 – Guru Penjana Modal Insan Gemilang
- 2008 – Guru Cemerlang Negara Terbilang
- 2009 – Guru Pembina Negara Bangsa
- 2010 – Guru Pembina Negara Bangsa
- 2011- Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
- 2012 – Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
- 2013 – Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda
- 2014 – Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
- 2015 – Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
- 2016 – Guru Pembina Negara Bangsa
- 2017 – Guru Pembina Negara Bangsa
- 2018 – Guru Pemacu Transformasi Pendidikan
- 2019 – Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi
- 2020 – Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu
- 2021 – Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu
- 2022 – Guru Tunjang Sekolah Sejahtera
- 2023 – Guru Insani Pemangkin Generasi Madani
- 2024 – Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani
- 2025- Guru Pemacu Reformasi Pendidikan
Soalan Lazim
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran sebagai Dasar Pelajaran iaitu Laporan Razak.
Tema sambutan Hari Guru 2026 adalah “Guru Bitara Nadi Negara.”
Guru bitara bermaksud keunggulan profesionalisme, keteladanan dan integriti, manakala nadi negara menggambarkan peranan penting guru sebagai penggerak utama kemajuan dan kesejahteraan negara.
Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan akan diadakan di Perak pada 15 hingga 16 Mei 2026.
Maklumat Lanjut
Untuk info lanjut, sila layari laman web KPM iaitu https://www.moe.gov.my.
Baca juga: PISP 2026: Program Ijazah Sarjana (Master) Perguruan di IPG




