Tarikh Penting Zulhijjah 2025/1446H – Puasa Sunat & Potong Kuku

Tarikh Penting Zulhijjah
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Menurut pengumuman terkini, pada 29 Mei 2025 (Khamis) jatuhnya 1 Zulhijjah, justeru tarikh 28 Mei 2025 (Rabu) adalah hari terakhir bagi mereka yang berniat melakukan ibadah korban untuk memotong kuku, bercukur dan seumpamanya.

Hadis daripada Ummu Salamah R.anha bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ كَانَ لَهُ ذِبْحٌ يَذْبَحُهُ فَإِذَا أُهِلَّ هِلَالُ ذِي الْحِجَّةِ، فَلَا يَأْخُذَنَّ مِنْ شَعْرِهِ، وَلَا مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئًا حَتَّى يُضَحِّيَ

Maksudnya: Barangsiapa yang mempunyai binatang korban untuk disembelih, maka apabila terlihatnya anak bulan Zulhijjah, janganlah dia mengambil satu apa pun (yakni memotong) daripada rambutnya, mahupun daripada kukunya sehingga dia selesai berkorban.

Hadis Riwayat Imam Muslim (1977)

Berikut dikongsikan mengenai tarikh-tarikh penting pada bulan Zulhijjah 2025/1446H dan keistimewaannya kepada umat Islam sepanjang tarikh penting tersebut.

Penentuan Tarikh-tarikh Penting Zulhijjah 2025

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha 1446H/2025M pada Sabtu, 7 Jun 2025

Lihat lampiran di bawah:

tarikh penting zulhijjah
tarikh penting zulhijjah

TARIKH PENTING & PUASA SUNAT ZULHIJJAH :

  • Hari Terakhir Bercukur & Potong Kuku bagi yang menunaikan ibadah Korban : Rabu, 28 Mei 2025 (30 Zulkaedah)
  • 1 Zulhijjah = Khamis, 29 Mei 2025
  • 2 Zulhijjah = Jumaat, 30 Mei 2025
  • 3 Zulhijjah = Sabtu, 31 Mei 2025
  • 4 Zulhijjah = Ahad, 1 Jun 2025
  • 5 Zulhijjah = Isnin, 2 Jun 2025
  • 6 Zulhijjah = Selasa, 3 Jun 2025
  • 7 Zulhijjah = Rabu, 4 Jun 2025
  • 8 Zulhijjah = Khamis, 5 Jun 2025 (Hari Tarwiyah)
  • 9 Zulhijjah = Jumaat, 6 Jun 2025 (Hari Arafah)
  • 10 Zulhijjah = Sabtu, 7 Jun 2025 (Hari Raya Aidiladha)
  • 11-13 Zulhijjah = 8 – 10 Jun 2025 (Hari Tasyrik – diiharamkan berpuasa)
Sumber: TV Alhijrah

Keistimewaan & Kelebihan 10 Hari Pertama Dzulhijjah

1. Pahala Yang Lebih Besar Daripada Jihad

Tahukah anda bahawa 10 hari pertama dari bulan Zulhijjah ini dapat memberikan pahala yang lebih besar dari Jihad?

KELEBIHAN BESAR 10 HARI AWAL ZULHIJJAH

Rasulullah SAW memberikan gambaran tentang keistimewaan 10 hari awal Zulhijjah. Disebutkan dalam sebuah hadis:

مَا العَمَلُ فِي أَيَّامٍ أَفْضَلَ مِنْهَا فِي هَذِهِ. قَالُوا: وَلاَ الجِهَادُ؟ قَالَ: وَلاَ الجِهَادُ، إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ، فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَيْءٍ

Rasulullah bersabda: “Tiada amalan yang dilakukan pada hari lain yang lebih baik berbanding amalan pada 10 hari ini (10 hari awal Zulhijjah).”

Para sahabat bertanya: “Jihad juga tidak?”

Jawab Baginda: “Jihad juga tidak, kecuali jika seseorang keluar dengan nyawa dan hartanya lalu dia syahid dan tidak kembali lagi.”

(Sahih al-Bukhari, no. 969)

Rebut peluang beramal soleh pada 10 hari awal bulan Zulhijjah. Sangat besar ganjarannya.

2. Hari Yang Paling Baik Dalam Setahun

10 hari pertama Zulhijjah dianggap sebagai hari yang paling baik dalam setahun.

Sabda Rasulullah:
أَفْضَلُ أَيَّامِ الدُّنْيَا أَيَّامُ الْعَشْرِ
“Sebaik-baik hari dalam dunia ini adalah 10 hari ini.”

Sehingga atas dasar itu al-Imam Ibn Taimiyyah menganggap 10 hari pertama ini lebih utama dari 10 hari terakhir dari bulan Ramadan.

Kata beliau:
أيام عشر ذي الحجة أفضل من أيام العشر من رمضان والليالي العشر الأواخر من رمضان أفضل من ليالي عشر ذي الحجة
Sepuluh hari awal Zulhijjah lebih afdal daripada sepuluh hari akhir Ramadhan, dan malam sepuluh akhir Ramadhan, lebih afdal daripada malam sepuluh awal Zulhijjah. [Majmu’ al-Fatawa, jilid 25, m/s 287]

3. Hari Yang Dicintai Allah

Sabda Rasulullah:
ما من أيام أعظم عند الله سبحانه ولا أحب إليه العمل فيهن من هذه الأيام العشر. فأكثروا فيهن من التهليل والتكبير والتحميد
“Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah dan tidak ada hari yang lebih disayangi oleh Allah supaya kita beramal di dalamnya melainkan pada 10 hari ini. Maka perbanyakkanlah bertahlil, bertakbir dan bertahmid” (HR al-Tabrani)

Semoga perkongsian mengenai hari-hari penting pada bulan Zulhijjah 2024M/1445H ini bermanfaat untuk semua umat Islam diluar sana.

Selamat memperbanyakkan amalan dan merebutkan peluang pada bulan Zulhijjah 2024M/1445H ini supaya kita tidak termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi.

Rujukan ; My Hadith Time, Dr Ahmad Sanusi Azmi

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Artikel berkaitan: