Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah mengeluarkan jadual rasmi tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi penjawat awam untuk tahun 2027 melalui Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM).
Boleh rancang siap-siap perbelanjaan dan simpanan kelak terutamanya pada fasa peralihan bulan panjang yang melibatkan tempoh melebihi sebulan antara tarikh penerimaan gaji.
Jom rujuk jadual rasmi tarikh gaji 2027 di bawah.
Jadual Rasmi Tarikh Bayaran Gaji Penjawat Awam 2027
Berikut adalah senarai tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2027 berdasarkan jadual yang dilampirkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM):
| Bulan | Tarikh Gaji | Hari |
|---|---|---|
| Januari | 25 Januari 2027 | Isnin |
| Februari | 25 Februari 2027 | Khamis |
| Mac | 25 Mac 2027 | Khamis |
| April | 22 April 2027 | Khamis |
| Mei | 12 Mei 2027 | Rabu |
| Jun | 17 Jun 2027 | Khamis |
| Julai | 21 Julai 2027 | Rabu |
| Ogos | 25 Ogos 2027 | Rabu |
| September | 23 September 2027 | Khamis |
| Oktober | 21 Oktober 2027 | Khamis |
| November | 25 November 2027 | Khamis |
| Disember | 20 Disember 2027 | Isnin |

Untuk maklumat lebih terperinci, rujuk PDF surat pekeliling akauntan negara Malaysia di bawah:
Kenapa Ada Tarikh Bayaran Gaji Diawalkan?
Antara sebab bayaran gaji diawalkan ialah:
1. Perayaan Utama (Faktor Kebajikan)
Kerajaan mengawalkan tarikh gaji bagi membantu penjawat awam membuat persiapan awal menyambut perayaan utama tanpa bebanan kewangan. Ini memberikan ruang kepada mereka untuk membeli barang keperluan dapur, pakaian baharu, dan menyediakan tambang pulang ke kampung.
Antara perayaan yang sentiasa diambil kira di Malaysia termasuklah:
- Hari Raya Aidilfitri & Hari Raya Aidiladha
- Tahun Baharu Cina
- Hari Deepavali
- Hari Krismas
- Pesta Kaamatan & Hari Gawai (khusus bagi negeri berkenaan)
2. Pertembungan Hujung Minggu atau Hari Kelepasan Am
Sistem perbankan dan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) memerlukan hari bekerja untuk memproses transaksi pindahan wang ke akaun bank pekerja.
Sekiranya tarikh asas (25 hari bulan) jatuh pada hari Sabtu, Ahad, atau Hari Kelepasan Am, sistem tidak dapat memprosesnya pada hari tersebut. Oleh itu, tarikh bayaran wajib diawalkan ke hari bekerja sebelumnya bagi memastikan wang sudah sedia ada di dalam akaun sebelum bermulanya cuti umum.
Pembayaran Gaji Bagi Pekerja Bergaji Hari
- Bayaran hendaklah diproses bermula pada 1 hari bulan atau hari bekerja pertama bulan berikutnya.
- Tarikh pembayaran emolumen adalah selewat-lewatnya pada hari ketujuh bekerja bulan berikutnya.
- Selaras dengan AP105, emolumen bagi pekerja bergaji hari juga boleh dibayar lebih awal iaitu tidak lebih dari tujuh hari sebelum tarikh hari perayaan yang berkenaan. Walau bagaimanapun, jumlah emolumen yang dibayar hendaklah berdasarkan tempoh hari bekerja sebenar sehingga tarikh pembayaran dibuat.
Kaedah pembayaran upah kepada Personel MySTEP yang dilantik di bawah Inisiatif Malaysia Short Term Employment Programme (MySTEP) adalah berdasarkan Garis Panduan Perolehan Perkhidmatan Personel MySTEP yang berkuat kuasa.
Maklumat Lanjut
Pertanyaan lanjut mengenai Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM), boleh dirujuk kepada pihak berikut:
Pengarah,
Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP),
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM),
Aras 4, Kompleks Kementerian Kewangan,
No. 1, Persiaran Perdana, Presint 2,
62594 Putrajaya.
U.p. : Unit Pengurusan Prestasi
E-mel : [email protected]
No. Tel. : 03 – 8882 1624/1612/1622/1611
- Laman web rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Soalan Lazim Tarikh Gaji 2027
Secara amnya, tarikh pembayaran emolumen bulanan adalah pada 25 hari bulan pada bulan tersebut. Bagaimanapun, sekiranya tarikh tersebut jatuh pada hari kelepasan am atau hujung minggu, ia akan diawalkan ke hari bekerja sebelumnya.
Bulan Mei 2027 mencatatkan tarikh bayaran paling awal iaitu pada 12 Mei 2027 (Rabu). Ini disebabkan oleh sambutan Hari Raya Aidiladha yang dijangka jatuh pada 17 & 18 Mei 2027.
Penyata gaji bulanan boleh disemak secara dalam talian melalui portal rasmi e-Penyata Gaji dan Laporan yang diuruskan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).
Sekiranya tarikh 25 hari bulan jatuh pada hari minggu, pembayaran gaji akan diawalkan ke hari bekerja sebelumnya.
Semua elaun tetap seperti Imbuhan Tetap Perumahan (ITP), Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA), dan Bantuan Sara Hidup (COLA) akan dimasukkan sekali ke dalam satu akaun bank yang didaftarkan bersama-sama dengan gaji pokok pada tarikh pembayaran yang sama setiap bulan.



