Semakan tawaran bagi kemasukan ke Sekolah Menengah Agama MAIWP Kuala Lumpur (SMA-MAIWP-KL), Sekolah Menengah Agama MAIWP Labuan (SMA-MAIWP-Labuan) dan Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) bagi Tingkatan 1 2026 boleh dibuat mulai 2 Januari 2026 (Jumaat) menerusi pautan https://smam.maiwp.gov.my/maiwp/.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai kemasukan ke sekolah ini.

Mengenai SMA MAIWP & SMISTA
SMA MAIWP merupakan sekolah yang ditubuhkan hasil daripada Mesyuarat MAIWP Kali Ke-96 yang bersidang pada 28 Julai 2006 yang bersetuju agar MAIWP menubuhkan sekolah di Wilayah Persekutuan.
Selepas penubuhan sekolah tersebut, MAIWP menubuhkan SMISTA yang mula beroperasi pada 3 Januari 2011.
Jika dilihat kepada objektif penubuhan sekolah ini pula, SMA MAIWP diwujudkan bagi membuka peluang kepada para pelajar lulusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) melanjutkan pelajaran di peringkat menengah sebagai kesinambungan pendidikan agama di sekolah-sekolah rendah agama di Wilayah Persekutuan selain menampung permintaan masyarakat yang tinggi terhadap sekolah menengah agama.
SMISTA pula diwujudkan bagi memenuhi permintaan dan kehendak masyarakat yang telah sekian lama ingin melihat agar wujudnya sebuah sekolah agama integrasi Sains & Tahfiz di peringkat Wilayah Persekutuan, terutamanya di Kuala Lumpur.
Bagi SMA MAIWP, kurikulum yang digunakan adalah Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) manakala kurikulum di SMISTA adalah Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT).

Kemudahan SMA MAIWP & SMISTA
Antara kemudahan yang ditawarkan di sekolah ini adalah seperti berikut:
- Blok Akademik
- Blok Asrama
- Dewan Serbaguna
- Auditorium
- Perpustakaan
- Makmal Komputer & Makmal Sains
- Surau
- Taman Riadah
- Padang Bola Sepak, Gelanggang Futsal & Takraw

Syarat Kemasukan
Syarat kemasukan untuk ke sekolah ini adalah seperti berikut:
- Murid mestilah warganegara Malaysia.
- Keutamaan kepada murid bersekolah di Wilayah Persekutuan.
- Memperolehi keputusan yang cemerlang dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) terkini.
- Memperolehi keputusan yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) atau yang setaraf.
- Berkebolehan menulis dan membaca jawi serta membaca al-Quran dengan baik.
- Aktif dalam bidang kokurikulum.
- Lulus cemerlang temuduga kemasukan.
Cara Memohon
Permohonan kemasukan boleh dibuat secara atas talian di pautan https://smam.maiwp.gov.my/maiwp/standalone/stureg/stureg_status.php?sysapp=maiwp.
Permohonan mestilah dibuat dalam tarikh permohonan yang telah ditetapkan.
Cara Membuat Semakan Tawaran
Semakan tawaran boleh dibuat mulai 2 Januari 2026 (Jumaat), jam 3.00 petang.
Semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan 1 boleh dibuat menerusi pautan https://smam.maiwp.gov.my/maiwp/.
Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak surat tawaran dan membuat pengesahan penerimaan dalam tempoh lima (5) hari.
Tiada sebarang rayan selepas pengumuman keputusan kelayakan.
Soalan Lazim
Ya. Murid yang memohon mestilah warganegara Malaysia.
Tidak. Permohonan kemasukan mestilah dibuat menerusi laman web MAIWP.
Kurikulum yang digunakan adalah Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT).
Semakan boleh dibuat mulai 2 Januari 2026 (Jumaat) pada jam 3.00 petang.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai kemasukan ke sekolah ini, sila layari laman web https://www.maiwp.gov.my/.
Baca juga: SMAN Kedah: Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 2026




