Pengambilan Tingkatan 4 Pondok Moden Al-‘Abaqirah MAIWP 2026

pondok moden
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU TINGKATAN 4 PONDOK MODEN AL-‘ABAQIRAH MAIWP SESI 2026

Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dipelawa dan dialu-alukan untuk membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 Pondok Moden Al-‘Abaqirah MAIWP secara online yang dibuka mulai  30 September 2025 hingga 30 November 2025.

Di sini dikongsikan lebih lanjut tentang Sekolah Pondok Moden Al-‘Abaqirah MAIWP.

Apakah Pondok Moden Wilayah Persekutuan Al-‘Abaqirah ?

Pondok Moden Wilayah Persekutuan Al-‘Abaqirah telah dicetuskan oleh Sahibul Samahah Datuk Dr Zulkifli bin Mohamad Al- Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan hasil daripada permintaan masyarakat dan hasrat beliau untuk melahirkan cendekiawan Islam yang mahir dalam ilmu agama dan ilmu duniawi.

Cetusan idea tersebut telah membawa kepada satu Mesyuarat Penubuhan Pondok Moden Wilayah Persekutuan Al- ‘Abaqirah Bil. 1/2014 yang diadakan pada 6 November 2014 dan dipengerusikan oleh Sahibul Samahah Datuk Mufti Wilayah Persekutuan sendiri.

Mesyuarat tersebut telah bersetuju agar cadangan penubuhan pondok moden ini dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Pendidikan dan Dakwah (JKPPD), MAIWP.

Mesyuarat JKPPD Bil. 1/2014 yang bersidang pada 6 November 2014 telah membincangkan cadangan penubuhan Pondok Moden Wilayah Persekutuan Al- ‘Abaqirah ini serta bersetuju memperakukannya ke Mesyuarat MAIWP.

Dalam membina dan menubuhkan pondok moden ini, maka telah diadakan satu bengkel bagi merangka silibus dan kurikulum Pondok Moden Wilayah Persekutuan Al-‘Abaqirah dengan jayanya pada 17 hingga 18 Februari 2015 yang turut dihadiri oleh beberapa orang wakil daripada institusi pendidikan awam dan swasta terdiri daripada ulama’ dan asatizah.

Dalam kerangka untuk penubuhan pondok ini, pihak MAIWP telah mengadakan banyak siri lawatan semata-mata untuk melihat dan mengambil sejumlah maklumat agar pondok yang ditubuhkan benar-benar menepati kehendak dan objektif.

Antara lawatan tersebut ialah pada 22-25 Februari 2015 telah melawat ke Selatan Thailand. Antara tempat yang diziarahi adalah Pondok Darul Furqan, Kampung Mundok Sungai Golok Narathiwat yang diketuai oleh Al- Fadhil Ustaz Ghazali bin Harun.

Sahah Tuan Guru Ismail Sepanjang Al-Fatoni di Kampung Dusun Sepanjang daerah Penarik Pattani.Jamiah Ulama’ Fatoni Darulssalam di Yala di mana kebanyakkan mereka mempunyai pondok masing-masing.Sekolah Ma’ahad Tarbiah Fatani dipimpin oleh Dr Kamil.Pondok Lubuk Tapah Pondok Rahmaniah, Kelantan.Pusat Pengajian Pondok Moden di Kandis, Bachok Kelantan.Pada 10-12 Mac 2015 telah diadakan lawatan ke Gontor Ponorogo Jawa Timur, Indonesia. Lawatan tersebut ke Pondok Moden Darussalam Gontor yang dipimpin oleh Kyai Hassan selaku Pengasas pondok di sana.

Lawatan di teruskan ke Universiti Darussalam Gontor bersama Rektor Prof. Dr Amal Fathullah Zarkasyi dan lawatan balas dari pihak universiti ke MAIWP telah diadakan selepas itu.

Pada 16 ogos 2015 Pondok Moden Al-‘Abaqirah dengan rasminya memulakan pengambilan pelajar baru seramai 44 orang.

Alhamdulillah sehingga kini jumlah pelajar masih lagi kekal seramai itu. Pondok turut di sokong oleh tenaga pengajar seramai 9 orang termasuk Syeikh Al-Mudir.

Hasil daripada lawatan kerja tersebut, didapati sekolah-sekolah pondok yang telah beroperasi melaksanakan sistem pembelajaran yang hampir sama iaitu pembelajaran kitab turath dan ada juga yang menggabungkan ilmu kitab dan akademik.

Alhamdulillah, pada 23 Mac 2015 Mesyuarat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kali ke 131 bil 1/2015 bertempat di Masjid Wilayah Jalan Duta telah meluluskan penubuhan Pondok Moden Al-’Abaqirah.

Sistem Pengajian

Pengajian di pondok ini mempunyai 8 semester dalam tempoh pengajian 4 tahun yang mana jadual pengajian bermula seawal 5.00 pagi sehingga 11.00 malam.

Pondok ini menggunakan 4 kurikulum utama iaitu Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Turath Arabi, Turath Jawi dan Hafazan Al-Quran.

Antara kitab pengajian yang digunapakai adalah seperti berikut:

1. Turath Arabi

  • Al-Hikam Wa Al-Amthal
  • Al-Insya’ Wa Al-Imla’
  • Durus Al-Lughah Al- Arabiyyah
  • Matan Al-Ajrumiyyah
  • Matan Al-Bina’
  • Al-Ba’ith Al-Hasis
  • Mulakhos Qawa’id Al-Lughoh Al-Arabiyyah
  • Al-Warakat
  • Tafsir Al-Jalalain
  • Matan Abi Syuja’
  • Mukhtashor Ibn Abi Jamrah
  • Nuzhah Al-Nazor
  • Aqidah Al-Nawwam
  • Manzumah Baiquniah

2. Turath Jawi

  • Pelita Penuntut
  • Matan Al-Arba’in Al-Nawawiyyah
  • Hidayah Al-Salikin
  • Bidayatul Hidayah (Akhlak)
  • Ayyuhal Walad
  • Tuhfah Al-Sibyan
  • Bidayatul Hidayah (Tauhid)
  • Riyadhussolihin
  • Tanbih Al-Ghafilin
  • Muniyatul Musholli
  • Sairus Salikin
  • Bahrul Mazi
  • Furu Al-Masail
  • Penawar Bagi Hati

Syarat Kemasukan

  1. Pelajar lelaki berwarganegara Malaysia (pelajar, ibu bapa atau penjaga mestilah memiliki kewarganegaraan Malaysia),atau
  2. Keutamaan adalah bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan, dan
  3. Pemohon berumur 16 tahun pada tahun pengajian tingkatan 4, dan
  4. Pemohon hendaklah mendapat sekurang-kurangnya 7A dalam PT3 (Gred A dalam matapelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab), atau
  5. Menghafaz 15 juzuk Al-Quran dan
  6. Berminat dalam pengajian turath ‘arabi dan turath jawi
  7. Memiliki akhlak dan keperibadian yang baik
  8. Aktif dalam aktiviti ko-kurikulum
  9. Pemohon yang layak akan dipanggil temuduga
  10. Lulus ujian temuduga lisan dan bertulis

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan dibuka mulai 30 September 2025 hingga 30 November 2025.

Cara Permohonan Pondok Moden Al-‘Abaqirah MAIWP

Permohonan boleh dibuat melalui pautan berikut: https://pma.maiwp.gov.my/main/appsps/stureg/stureg_status.php?sysapp=alabaqirah&fbclid=IwY2xjawN2PUtleHRuA2FlbQIxMABicmlkETF6Rkw0YXZaVTlETlc5eG81AR5i5kVBWfG9n3Dz6bJgCENyWZg29Cl9OrCiuwwtPUk-D16re5HNzYdoG0ZZUw_aem_L_OxXFPPerQn2ErDdldvmQ

Manual permohonan pelajar baharu boleh dirujuk melalui file di bawah:

Info Lanjut

Untuk mendapatkan info lanjut berkaitan Pondok Moden Al-‘Abaqirah MAIWP, sila ikuti perkembangan di pautan berikut di Facebook Pondok Moden Al-‘Abaqirah MAIWP atau laman MAIWP iaitu https://www.maiwp.gov.my/.

Baca juga: SMA MAIWP & SMISTA: Permohonan Tingkatan 1 2026

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut