Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Keadaan jerebu yang semakin teruk kebelakangan ini pastinya membimbangkan, terutama apabila melibatkan kualiti udara dan kesihatan. Jika anda ternampak pembakaran terbuka, jangan biarkan begitu sahaja.

Ketahui cara buat aduan pembakaran terbuka supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.

Baca lanjut: Kesan Jerebu, Punca, dan Langkah Pencegahan

Apa itu Pembakaran Terbuka

Menurut Seksyen 29A (3), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pembakaran terbuka ialah apa-apa pembakaran yang berlaku di udara bebas tanpa kawalan (seperti cerobong asap).

Aktiviti HARAM ini adalah DILARANG sama sekali kerana boleh mencemarkan udara dan menjejaskan kesihatan awam serta alam sekitar.

Undang-undang dan Kadar Denda

Pembakaran Terbuka adalah di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

1. Di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, terdapat peruntukan bagi pembakaran terbuka iaitu di bawah Seksyen berkenaan : 

  • Seksyen 29A -Larangan atas pembakaran terbuka
  • Seksyen 29AA – Tidak termasuk sebagai “pembakaran terbuka”
  • Seksyen 29B – Pemunya atau penduduk premis bertanggungjawab bagi pembakaran terbuka
  • Seksyen 29C – Pembelaan.

2. Pembakaran terbuka sepertimana ditakrifkan di bawah Seksyen 29A (3), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ialah apa-apa kebakaran, pembakaran atau pembaraan yang berlaku di udara bebas dan yang tidak dihalakan ke udara bebas itu melalui serombong atau cerobong, tetapi tidak termasuk apa-apa kebakaran, pembakaran atau pembaraan yang berlaku bagi aktiviti-aktiviti yang ditetapkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.

3. Di bawah peruntukan Seksyen 29A (1) dan 29A (2) pula memperuntukkan larangan pembakaran terbuka iaitu tiada seorang pun boleh membenarkan atau menyebabkan pembakaran terbuka di mana-mana premis (termasuklah mana-mana tanah). Mana-mana orang yang didapati melakukan pembakaran terbuka, pelaku tersebut boleh didenda tidak melebihi RM 500,000 atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya.

Perintah-Perintah Berkaitan Pembakaran Terbuka Di Bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 

1. Di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ini terdapat 3 perintah berkaitan pembakaran terbuka: 

2. Terdapat beberapa agensi yang telah diwakilkuasa bagi menjalankan penyiasatan pembakaran terbuka seperti di bawah :

AGENSIKAWASAN OPERASI
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)Hutan, belukar dan ladang
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)Kawasan perumahan/ pembinaan
Pihak Berkuasa TempatanKawasan pelupusan sampah/ perumahan/ pembinaan/ perbandaran/ rizab jalan dan rizab sungai
Polis Diraja MalaysiaPremis barang lusuh
Perbadanan PutrajayaWilayah Persekutuan Putrajaya
Perbadanan LabuanWilayah Persekutuan Labuan
Dewan Bandaraya Kuala LumpurWilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Nota : Kawasan siasatan bagi setiap agensi adalah TIDAK terhad kepada kawasan operasi yang dinyatakan sahaja

Cara Buat Aduan Pembakaran Terbuka

Anda boleh buat aduan pembakaran terbuka melalui  laman portal JAS di https://eaduan.doe.gov.my/ dan melalui aplikasi telefon pintar ‘MyIPU’. Talian bebas tol JAS di talian 1800 88 2727.

Cara Buat Aduan Pembakaran Terbuka Melalui Portal JAS

  1. Layari portal JAS di https://eaduan.doe.gov.my/.
  2. Klik pautan “Daftar” untuk daftar akaun.
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang “Daftar”.
  4. Notifikasi emel pengesahan akaun akan diterima melalui emel yang didaftarkan. Klik butang “Pengesahan Akaun”.
  5. Log masuk semula ke https://eaduan.doe.gov.my/ dengan isi emel yang didaftarkan dan kata laluan.
  6. Klik butang “Borang Aduan” pada laman utama untuk membuat aduan baru.
  7. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang “Hantar”.
  8. Klik butang “Pasti” bagi mengesahkan penghantaran aduan.
  9. Aduan yang berjaya dihantar akan dipaparkan pada laman utama sistem.
  10. Notifikasi emel pengesahan penerimaan aduan akan diterima.
  11. Klik butang “Semak Status Aduan” untuk menyemak status aduan yang telah dihantar.

Panduan Manual Pengguna boleh rujuk di sini:

Cara Mencegah Pembakaran Terbuka

Pembakaran terbuka boleh dielakkan jika kita sama-sama mengamalkan beberapa langkah mudah dalam kehidupan seharian. Antaranya:

  1. Tanam dan reputkan sampah organik seperti sisa makanan untuk dijadikan baja.
  2. Pastikan api dipadamkan sepenuhnya sebelum membuang puntung rokok.
  3. Reputkan sisa pertanian seperti cantasan pokok dan ranting di ladang atau kebun sebagai baja.
  4. Jual atau guna semula reja-reja kayu di tapak pembinaan.
  5. Amalkan kitar semula.Laporkan kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku pembakaran terbuka.

Soalan Lazim (FAQ) Aduan Pembakaran Terbuka

Apa yang dimaksudkan dengan pembakaran terbuka?

Pembakaran terbuka ialah apa-apa kebakaran, pembakaran atau pembaraan yang berlaku di udara bebas tanpa kawalan seperti melalui serombong atau cerobong.

Adakah pembakaran terbuka dibenarkan di Malaysia?

Tidak. Pembakaran terbuka adalah dilarang di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana boleh mencemarkan udara serta menjejaskan kesihatan dan alam sekitar.

Berapakah denda jika melakukan pembakaran terbuka?

Pelaku boleh didenda sehingga RM500,000 atau dipenjarakan sehingga 5 tahun, atau kedua-duanya sekali.

Di mana saya boleh membuat aduan pembakaran terbuka?

Aduan boleh dibuat melalui Portal e-Aduan JAS, aplikasi MyIPU atau talian bebas tol JAS di 1800 88 2727.

Bagaimana cara membuat aduan melalui Portal JAS?

Daftar akaun di portal e-Aduan JAS, log masuk, klik “Borang Aduan”, lengkapkan maklumat yang diperlukan dan hantar aduan.

Bolehkah saya semak status aduan yang telah dibuat?

Ya. Log masuk ke portal e-Aduan JAS dan klik “Semak Status Aduan” untuk melihat perkembangan aduan.

Agensi mana yang menyiasat kes pembakaran terbuka?

Antara agensi yang terlibat ialah JAS, JBPM, KKM, Pihak Berkuasa Tempatan, PDRM, DBKL, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan, bergantung pada lokasi dan jenis premis.

Apa yang boleh dilakukan untuk mencegah pembakaran terbuka?

Antaranya dengan mengamalkan kitar semula, mereputkan sisa organik dan pertanian untuk dijadikan baja, serta menggunakan semula sisa yang masih boleh dimanfaatkan.

Baca lanjut: Jerebu: Sekolah, Tadika & Taska Ditutup Jika IPU Melebihi 200

Penulis
Seorang Digital Nomad yang sukakan muzik dan buku