Kenaikan Tarif Air Bermula 1 Februari 2024 – Jadual Setiap Negeri

TARIF AIR NAIK PURATA 22 SEN SETIAP METER PADU BERMULA 1 FEBRUARI – DAN KESANNYA KEPADA BIL AIR ANDA

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengumumkan pelarasan kadar tarif air di bawah Mekanisme Penetapan Tarif bagi pengguna kategori domestik di seluruh Semenanjung dan Labuan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Februari ini.

Pelarasan tarif air domestik itu melibatkan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu dengan pelaksanaannya dibuat berdasarkan keperluan dan permintaan kerajaan negeri.

Kerajaan Persekutuan melalui SPAN akan memantau secara dekat bagi memastikan penambahbaikan perkhidmatan air dilaksanakan selaras dengan kenaikan tarif berkenaan malah struktur dan komponen tarif akan diseragamkan untuk negeri-negeri di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan, manakala tarif air akan dikaji semula setiap tiga tahun untuk memastikan keselarasan dalam penentuan bayaran.

Pelarasan Tarif Air Bermula 1 Februari 2024

Ini yang anda perlu tahu tentang Pelarasan Tarif Air yang bakal dilaksanakan bermula 1 Februari 2024 dan kesannya kepada bil air anda – berapa banyak ia akan naik?

APAKAH YANG DIBAYAR DALAM BIL AIR?

Bil air yang dibayar adalah untuk menampung kos merawat air sehingga diagihkan kepada pengguna mengikut standard yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ini termasuk:

  • 31% Kos kakitangan
  • 26% Kos elektrik
  • 20% Kos penyelenggaraan
  • 23% Kos pentadbiran & am

KENAPA TARIF AIR PERLU DISEMAK / DINAIKKAN?

Tarikf air yang tidak munasabah membantutkan perancangan pembangunan infrastruktur sistem bekalan air sekaligus memberi kesan terhadap tahap perkhidmatan operator dan menjejaskan kepentingan pengguna.

BAGAIMANAKAH TARIKF AIR DITETAPKAN?

Penetapan adalah berdasarkan mekanisme penetapan TSM (tariff setting mechanism):

  1. Penyeragaman struktur
  2. Penyeragaman komponen
  3. Penyeragaman kaedah penetapan caj minimum
  4. Kekerapan pelarasan disemak setiap 3 tahun
  5. Pelepasan caj elektrik

*Sila baca selanjutnya melalui infografik di bawah:

bil air naik tarif 2024

BERAPAKAH KADAR KENAIKAN BIL AIR AIR BERMULA 1 FEBRUARI 2024?

Kadar kenaikan bagi penggunaan domestik 20m³ sebulan adalah 5-27 sen sehari, bersamaan dengan RM1.60-RM8.00 sebulan.

*Caj elektrik diperkenalkan mulai 1 Februari 2024 bagi membenarkan operator untuk melepaskan perubahan kos tenaga elektrik kepada pengguna di negeri masing-masing. Kadar caj yang sama dikenakan kepada semua kategori pengguna di mana kadar tersebut adalah berbeza-beza mengikut negeri (dari 2 sen hingga 10 sen bagi setiap meter padu dan tertakluk kepada semakan tahunan).

bil air naik tarif 2024

ADAKAH KADAR TARIF INI SAMA BAGI SETIAP NEGERI?

Tidak, tarif air berbeza di setiap negeri kerana keperluan perbelanjaan infrastruktur serta perbelanjaan pengoperasian di setiap negeri adalah berbeza.

Faktor-faktor yang menyumbang kepada perbezaan keperluan perbelanjaan infrastruktur dan perbelanjaan operasi setiap operator air negeri adalah seperti berikut:

  1. Bilangan Loji Rawatan Air dan aset berkaitan pembekalan air di setiap negeri
  2. Panjang paip yang perlu diselenggara dan diganti
  3. Bilangan akaun pengguna
  4. Kepadatan penduduk
  5. Keadaan semasa aset bekalan air
  6. Bentuk muka bumi kawasan pembekalan air
  7. Kemajuan dan keperluan pembangunan setiap negeri
bil air naik tarif 2024

KEMASKINI : Kadar Tarif Setiap Negeri Bermula 1 Februari 2024

KEMASKINI: Tarif baharu bagi kategori domestik membabitkan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu akan berkuat kuasa bermula 1 Februari 2024.

BAGAIMANAKAH PELARASAN INI DAPAT MEMANFAATKAN RAKYAT?

Pelarasan tarif air ini dapat mempertingkatkan tahap perkhidmatan dan memastikan bekalan air berterusan dalam menampung peningkatan kos operasi.

Ini kerana air yang bersih dan selamat adalah penting untuk rakyat dalam menjamin kelestarian hidup untuk generasi akan datang.

bil air naik tarif 2024

Terus ‘follow’ saluran media sosial SPAN bagi memastikan anda menerima informasi dan maklumat terkini yang tepat.

Baca juga :

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!