MyFutureJobs : Daftar & Login Portal Pekerjaan Negara 2022
Berita baik bagi semua majikan, graduan dan pencari kerja, kini anda boleh mendaftar MyFutureJobs untuk mencari pekerjaan dan menikmati pelbagai insentif yang ditawarkan oleh PERKESO untuk pencari kerja.
Ekoran kesan wabak COVID-19 yang memberi kesan terhadap perniagaan dan masalah pengangguran, program ini dibangunkan bagi merangsang pewujudan dan meningkatkan peluang pekerjaan.
Ayuh, daftar MyFutureJobs untuk mendapatkan manfaat ini!
Kami kongsikan lebih lanjut tentang MyFutureJobs dan cara membuat pendaftaran.
Apakah MyFutureJobs PERKESO?
Secara ringkasnya, MyFutureJobs adalah portal yang dibangunkan untuk pencari kerja, terutamanya bagi membantu mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19.
Kementerian Sumber Manusia telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program melalui National Employment Services, PERKESO.
Di bawah inisiatif ini, kerajaan telah memperuntukkan insentif kewangan untuk memberi elaun mencari pekerjaan kepada golongan penganggur, kehilangan kerja, termasuklah belia dan orang kelainan upaya (OKU).
Anda berpeluang membina kerjaya anda melalui portal MYFuture Jobs dan menikmati pelbagai kelebihan dari portal tersebut.
Terdapat banyak peluang pekerjaan yang ditawarkan sama ada secara separuh masa, sepenuh masa, dan dalam pelbagai bidang di seluruh negara!
Cara Daftar MyFutureJobs Bagi Pencari Kerja
Bagi pencari kerja, pendaftaran di portal MyFuture Jobs ini boleh meningkatkan peluang prospek kerjaya masa depan anda.
Berikut adalah cara daftar MyFutureJobs bagi pencari kerja:
- Untuk mendaftar, anda perlu melengkapkan butiran diri anda di laman web berikut: www.myfuturejobs.gov.my
- Daftarkan profil peribadi anda dengan menekan butang ‘Jobseeker Sign In’
- Klik butang ‘Register Here’ sebagai pengguna kali pertama
- Isikan e-mel dan nombor kad pengenalan serta butiran-butiran yang diperlukan
- Setelah mendaftar, anda boleh terus login dan mencari bidang kerjaya yang diinginkan mengikut lokasi yang ditawarkan
- Kemaskini maklumat selanjutnya bagi membolehkan anda membuat permohonan kerjaya dengan lebih mudah.
Untuk melihat senarai tawaran pekerjaan di portal MyFuture Jobs atau maklumat lanjut boleh hubungi atau layari:
- No. Telefon: 1-300-22-8000 / 03-80915300
- Emel: [email protected]
- Portal MyFutureJobs: www.myfuturejobs.gov.my
Sila rujuk lampiran berikut untuk manual penuh pencari kerja.
Cara Memohon Pekerjaan Melalu MyFutureJobs
Untuk mengetahui peluang pekerjaan terbaru di MyFuture Jobs, anda boleh melakukan langkah berikut:
- Ikuti media sosial MyFuture Jobs di
- Facebook : https://www.facebook.com/myfuturejobsofficial/
- Twitter : https://twitter.com/MYFJOfficial
- Laman web : www.myfuturejobs.gov.my
Anda boleh membuat carian di laman web MyFuture_Jobs dengan mudah.
Sila buat carian mengikut :
- Jenis pekerjaan
- Lokasi
- Status pekerjaan (separuh masa, sepenuh masa, kontrak, freelance, dan sebagainya)
Pekerjaan juga kadangkala diiklankan di media sosial melalui poster untuk makluman.
Insentif & Manfaat Pencari Kerja 2022
Bukan itu saja, anda juga boleh menerima Elaun Mencari Pekerjaan jika anda menghadiri temuduga!
Peluang ini terbuka kepada semua individu menganggur yang bukan pencarum PERKESO, termasuk graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal untuk mencari pekerjaan melalui SIP GIG 2022 dan JAMINKERJA 2022.
Menerusi JaminKerja Keluarga Malaysia, anda berpeluang mendapat Insentif Penggajian pekerjaan di bawah platform MYFutureJobs.
Mari ambil peluang di atas insentif yang disediakan oleh PERKESO di bawah Belanjawan 2022 ini sekarang.
Permohonan kini dibuka mulai 17 Januari 2022 sehingga 30 Jun 2022. Mohon sekarang di https://jaminkerja.perkeso.gov.my
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui:
Talian Khidmat Pelanggan: 1 300 22 8000
Emel: [email protected]
Anda boleh mengunjungi Pejabat PERKESO berhampiran seperti berikut:
PUTRAJAYA | Ibu Pejabat Level 2, Wisma Perkeso Putrajaya, No. 6 Persiaran Perdana, Presint 2, 62100 Putrajaya | 03-8091 5100 |
KUALA LUMPUR | Pengarah PERKESO Negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wisma PERKESO, No. 155, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur | 03-2687 2600 |
SELANGOR | Pengarah Pejabat PERKESO Negeri Selangor, Wisma PERKESO, Lot 141, Seksyen 6, Jalan Selangor, 46990 Petaling Jaya, Selangor | 03-7949 8888 |
Pengurus Pejabat PERKESO Klang, Wisma PERKESO, No. 2, Jalan Tiara 2, Bandar Baru Klang, 41150 Klang, Selangor | 03-3344 2501 | |
Pengurus Pejabat PERKESO Tanjung Karang, No. 38, Jalan Ria Mas, Taman Ria Mas, 45500 Tanjung Karang, Selangor | 03-3269 9001 | |
Pengurus Pejabat PERKESO Rawang, 29, Jalan Setia Rawang 1, KM 25, Jalan Ipoh, 48000 Rawang, Selangor | 03-6091 6519 / 03-6091 6937 / 03-6091 2427 | |
PERAK | Pengarah Pejabat PERKESO Negeri Perak, Wisma PERKESO No. 83, Jalan Hospital, 30450 Ipoh, Perak | 05-253 8477 / 05-254 5487 |
Pengurus Pejabat PERKESO Taiping, No. 2 & 4, Persiaran Taiping, 34000 Taiping, Perak | 05-805 7050 | |
Pengurus Pejabat PERKESO Kuala Kangsar, No. 8E/8F, Plot 3000 & 3001, 33000 Kuala Kangsar, Perak | 05-773 3000 / 05-776 5930 | |
Pengurus Pejabat PERKESO Tapah, Lot 5399, No. 6 & 7, Jalan Bidor, 35000 Tapah, Perak | 05-401 1226 | |
Pengurus Pejabat PERKESO Teluk Intan, No. 8 – 10, Medan Sri Intan, Jalan Sekolah, 36000 Teluk Intan, Perak | 05-622 1935 | |
Pengurus Pejabat PERKESO Sri Manjung, No 125 & 126 Jalan PPMP 3/3 Pusat Perniagaan Manjung Point 32040 Sri Manjung, Perak | 05-688 2600 | |
PULAU PINANG | Pengarah Pejabat PERKESO Negeri Pulau Pinang, Wisma PERKESO, No. 3012, Lebuh Tenggiri 2, 13700 Seberang Jaya, Perai, Pulau Pinang | 04-388 7666 |
Pengurus Pejabat PERKESO Georgetown, Wisma PERKESO, No. 269, Jalan Burma, 10538 GeorgeTown, Pulau Pinang | 04-238 9888 | |
KEDAH | Pengarah Pejabat PERKESO Negeri Kedah, Wisma PERKESO, Lot. 186, Jalan Teluk Wanjah, 05538 Alor Setar, Kedah | 04-774 6666 |
Pengurus Pejabat PERKESO Langkawi, No. 17, Persiaran Bunga Raya, Langkawi Mall, 07000 Langkawi, Kedah | 04-969 8701 | |
Pengurus Pejabat PERKESO Sungai Petani, No. 30 & 31, Lengkok Cempaka 1, Persiaran Cempaka, Bandar Aman Jaya, 08000 Sungai Petani, Kedah | 04-448 1200 | |
Pengurus Pejabat PERKESO Kulim, 582 & 583, Lorong Kemuning 1, Taman Kemuning, 09000 Kulim, Kedah | 04-496 2203 | |
PERLIS | Pengarah Pejabat PERKESO Negeri Perlis, No. 6A & 8A, Jalan Hospital, 01000 Kangar, Perlis | 04-976 7100 |
NEGERI SEMBILAN | Pengarah Pejabat PERKESO Negeri Sembilan, Wisma PERKESO, Lot 3757, Lot 52, Jalan Sg. Ujong, 70000 Seremban, Negeri Sembilan | 06-766 9000 |
Pengurus Pejabat PERKESO Kuala Pilah, No. 8 & 9, Jalan Melang 1, Pusat Komersial Melang, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan | 06-482 1934 / 06-482 1935 | |
MELAKA | Pengarah Pejabat PERKESO Negeri Melaka, Wisma PERKESO, Jalan Persekutuan MITC, Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Melaka | 06-251 6888 |