Tangan Kebas : Punca dan Cara Mengatasinya

Adakah anda sering berasa tangan kebas? Ia sebenarnya merupakan perkara yang normal bagi kebanyakan orang.

Namun, ia mungkin boleh menjadi tanda kepada beberapa masalah kesihatan yang lebih serius.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.

Punca Tangan Kebas

1. Sindrom Carpal Tunnel

Sindrom carpal tunnel berlaku akibat pemampatan saraf pada bahagian Carpal Tunnel. Bagi yang belum tahu, Carpal Tunnel merupakan satu laluan sempit yang berada pada bahagian hadapan pergelangan tangan.

Orang yang mengalami masalah ini akan cenderung untuk rasa kebas atau kesemutan pada tangan.

Ia juga merupakan penyakit yang tidak asing bagi individu yang banyak bekerja menggunakan tangan seperti pemandu, tukang jahit, pekerjaan yang banyak melibatkan penggunaan komputer seperti penulis atau kerani, pemuzik serta ahli sukan yang banyak menggunakan pergerakan pergelangan tangan.

2. Spondylosis Serviks Pada Leher

Seiring peningkatan usia, spondolysis serviks boleh berlaku akibat kehausan yang terjadi pada cakera tulang belakang.

Sekiranya ia berlaku, seseorang boleh merasa kekebasan atau kesemutan pada tangan dan lengan anda. Selain itu, ia juga boleh melibatkan rasa kebas pada bahagian kaki serta betis.

3. Kencing Manis

Tubuh seseorang yang menghidap kencing manis tidak dapat memberikan respons yang berkesan kepada insulin atau tidak dapat menghasilkan insulin semulajadi yang mencukupi.

Ini seterusnya boleh mendorong kepada kerosakan saraf. Selain rasa lemah dan sakit, ia juga boleh mengakibatkan seseorang mudah rasa kebas tangan.

tangan kebas

4. Sindrom Outlet Toraks (TOS)

Aikbat keradangan, kecederaan atau kemampatan, seseorang boleh terdedah kepada masalah sindrom outlet toraks atau TOS.

Ia merupakan gangguan sejenis gangguan pada saraf atau salur darah pada bahagian leher bawah dan atas dada.

Individu dengan masalah TOS juga cenderung untuk alami tangan, lengan serta jari kebas.

5. Kerosakan Saraf atau Neuropati Periferal

Sekiranya otak dan saraf tunjang manusia membentuk sistem saraf pusat, maka sistem saraf periferal pula adalah saraf yang berpecah daripada struktur pusa bagi membekalkan isyarat kepada otot serta organ lain.

Salah satu simptom kepada kerosakan saraf periferal adalah rasa kesemutan serta kebas tangan dan lengan.

Cara Hilangkan Kekebasan Pada Tangan

Rawatan bagi tangan kebas adalah bergantung kepada puncanya. Namun, bagi mengelakkan rasa kekebasan yang jarang berlaku seperti postur tidur yang salah atau kurang regangan, ia boleh diatasi tanpa rawatan khas.

Bagi masalah tangan kebas lain, anda mungkin boleh mencuba beberapa kaedah seperti berikut :

1. Senaman Untuk Tangan Kebas

Bagi yang mengalami masalah Carpal Tunnel, anda digalakkan untuk terus amalkan senaman khusus untuk mengurangkan kebas pada tangan.

Aktiviti regangan dan senaman postur tertentu juga boleh mengurangkan simptom bagi spondylosis serviks.

2. Pengambilan Ubat-Ubatan

Bagi mengurangkan kesakitan ringan pada leher, tangan serta bahagian tubuh yang lain, anda boleh ambil ubat antiradang bukan steroid (NSAIDs) seperti aspirin atau ibuprofen.

3. Gunakan Wrist Guard atau Splints

Bagi membantu pergelangan tangan anda menjadi lurus, anda disarankan untuk gunakan wrist guard terutamanya ketika melakukan tugasan berulang seperti menggunakan komputer.

Kaedah ini secara tidak langsung dapat mengurangkan tekanan pada saraf median tangan.

4. Ubat Topikal

Bagi melegakan kesakitan rigan atau kesakitan akibat kerosakan saraf periferal, anda boleh gunakan krim capsaicin atau tampalan lidocaine pada kulit.

Bagi yang mengalami sindrom Carpal Tunnel, anda juga boleh gunakan ubat topikal seperti Biofreeze.

5. Amalkan Pengambilan Vitamin B-12

Kebas tangan juga boleh terjadi disebabkan kekurangan pengambilan vitamin B-12. Selain mengamalkan pengambilan supplemen, anda juga digalakkan untuk mengambil sumber makanan yang padat dengan vitamin B-12 seperti telur dan ikan salmon.

6. Pembedahan

Bagi individu dengan masalah kekebasan tangan yang teruk, doktor mungkin akan sarankan prosedur pembedahan. Ini bagi mengatasi masalah saraf termampat akibat beberapa masalah seperti Carpal Tunnel, TOS atau sista ganglion.

tangan kebas

Pada kebanyakan masa, tangan kebas boleh diatasi dengan cara mudah seperti regangan dan pengambilan vitamin B-12.

Namun, jika masalah tersebut berlaku dalam jangka masa panjang, anda perlulah dapatkan rawatan khusus daripada doktor.

Anda juga digalakkan untuk dapatkan pemeriksaan doktor sekiranya turut mengalami kebas pada bahagian tubuh lain.

Ini bagi memastikan anda tidak mengalami sebarang komplikasi kesihatan lain.

Sumber : HelloDoktor

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!