7 Tanda Kencing Manis (Diabetes) Yang Kita Perlu Tahu – KKM

Tahukah anda terdapat beberapa tanda kencing manis atau diabetes yang boleh dikenalpasi? Sekiranya anda boleh kenalpasti gejalanya pada diri atau keluarga, maka lebih mudah untuk dapatkan rawatan awal.

Ingin tahu tanda kencing manis yang biasa dialami pesakit? Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.

Pengenalan

Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah adalah tinggi dari normal.

Ia adalah masalah kronik yang boleh mengakibatkan kerosakan banyak organ penting tubuh bergantung kepada tahap kawalan gula dalam darah.

Tanpa pengurusan yang betul ianya boleh mendatangkan berbagai komplikasi seperti penyakit kardiovaskular, kegagalan buah pinggang, buta dan kerosakan saraf seperti dikongsikan.

Apa Itu Pra-Diabetes?

Jika kita pergi membuat pemeriksaan kesihatan, tentu kita pernah mendengar istilah pra-diabetes.

Diabetes atau Kencing Manis berlaku apabila badan tidak mampu menghasilkan insulin secukupnya atau badan tidak bertindak balas sebaiknya pada insulin.

Ini menyebabkan gula dalam darah tidak dapat masuk ke dalam sel untuk ditukarkan kepada tenaga dan mengakibatkan peningkatan paras gula darah.

Pra-diabetes merupakan situasi apabila paras gula dalam darah melebihi paras normal tetapi belum mencapai paras yang dikategorikan sebagai menghidapi Diabetes. Keadaan ini ditentukan melalui ujian makmal yang akan disahkan oleh pegawai perubatan.

Kebiasaanya, pra-diabetes ini tidak mempunyai gejala.

Namun terdapat beberapa faktor risiko pra-diabetes, antaranya:

  1. Berat badan yang berlebihan / obesiti
  2. Obesiti abdomen
  3. Tidak aktif secara fizikal
  4. Peningkatan usia
  5. Sejarah diabetes semasa hamil
  6. Sejarah keluarga yang mempunyai diabetes

7 Tanda Kencing Manis Yang Perlu Anda Perhatikan

Berikut adalah tanda kencing manis peringkat awal yang anda boleh perhatikan pada diri dan ahli keluarga agar pencegahan awal dapat diambil.

tanda kencing manis diabetes
Sumber : Nutritionist KKM

1. Kerap Buang Air Kecil dan Selalu Dahaga

Seseorang dengan paras gula yang tinggi dalam darah akan mudah rasa ingin terkencing.

Perkara ini berlaku kerana air akan ditarik masuk ke dalam aliran darah dan kemudiannya akan disalurkan ke pundi kencing.

Apabila seseorang kerap membuang air kecil daripada biasa, ini seterusnya akan membuat badan kehilangan badan air. Oleh sebab itulah seseorang dengan kencing manis akan rasa cepat dahaga.

tanda kencing manis

2. Badan Cepat Letih

Dari sudut saintifik, insulin diperlukan bagi menukarkan gula dalam darah kepada tenaga.

Namun, akibat kegagalan pankreas untuk hasilkan insulin, gula tidak dapat ditukarkan kepada tenaga.

Inilah yang menyebabkan badan rasa kurang bertenaga dan cepat rasa letih untuk melakukan aktiviti harian.

3. Tompok Gelap Pada Kulit

Tanda kencing manis lain yang mungkin dialami pesakit adalah muncul tompok gelap pada kulit.

Ia lebih kerap berlaku di kawasan ketiak, leher dan celah paha. Pada masa yang sama, kulit juga akan menjadi lebih tebal daripada biasa.

4. Penglihatan Semakin Kabur

Disebabkan paras gula yang tinggi dalam darah, ia juga boleh menyebabkan saluran-saluran darah kecil dan mendorong kepada kerosakan buah, pinggang dan saraf termasuk di mata.

Jika kencing manis tidak dikawal dengan baik, ada kemungkinan seseorang boleh jadi buta.

5. Mudah Rasa Lapar

Disebabkan pankreas tidak dapat hasilkan insulin pada kadar optimum, badan tidak dapat sumber tenaga yang diperlukan.

Kesannya, tubuh badan akan mencari sumber tenaga lain. Inilah yang mendorong pesakit diabetes untuk mudah berasa lapar.

6. Luka Lambat Sembuh

Kandungan gula yang tinggi dalam darah juga boleh menjejaskan sistem imuniti dan keupayaan untuk sembuh. Ini boleh menyebabkan seseorang pesakit diabetes sukar untuk pulih daripada luka yang dialami.

Pada masa yang sama, paras gula yang tinggi dalam darah juga boleh menyebabkan salur darah menyempit dan sekaligus boleh melambatkan aliran darah.

Ini seterusnya boleh menghalang oksigen dan nutrien untuk sampai pada bahagian luka.

Lebih teruk lagi, luka yang dialami juga mudah terkena jangkitan kuman.

Jika kencing manis tidak dikawal, ia boleh menyebabkan luka merebak dengan lebih teruk.

7. Sering Rasa Kebas di Tangan dan Kaki

Antara tanda kencing manis pada peringkat awal yang lain adalah sering rasa kebas pada tangan dan kaki. Ini juga boleh diselangi dengan bengkak dan kesemutan.

Perkara ini boleh terjadi kerana sistem saraf atau pembuluh darah telah mengalami kerosakan sehingga menyebabkan darah tidak lagi sampai pada hujung saraf anggota badan.

Gula pengganti kencing manis DIABETASOL SWEETENER 50 SACHET hanya RM10 di Shopee – Dapatkan promosi di SINI.

Faktor Risiko Diabetes

Seseorang juga lebih mudah untuk menghidap diabetes disebabkan oleh beberapa faktor iaitu :

  • Berat badan berlebihan atau kegemukan
  • Jarang bersenam
  • Kerap mengambil makanan tidak sihat, tinggi lemak dan kurang serat
  • Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kencing manis
  • Peningkatan umur
tanda kencing manis

Untuk kenalpasti masalah kencing manis, anda perlulah pantau perubahan pada tahap kesihatan dari semasa ke semasa.

Anda disarankan untuk lakukan pemeriksaan gula menggunakan glucometer pada waktu pagi sebelum makan atau sekurang-kurangnya 2 jam selepas makan.

Jika anda mengalami beberapa tanda kencing manis seperti di atas, segeralah dapatkan khidmat nasihat daripada doktor agar paras gula dalam badan anda dapat dikawal dengan baik.

Semakin cepat ia dirawat, semakin terjamin tahap kesihatan anda pada masa akan datang.

Sumber : myhealth.gov.my, hellodoktor.com

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!