9 Tanda Kolesterol Tinggi Dalam Darah & Cara Mengatasinya

Ramai yang berasakan diri sihat, namun sebenarnya terdapat tanda dan simptom kolesterol dalam darah mereka berada pada tahap yang tinggi.

Ada kalanya masalah kolesterol tinggi tidak menunjukkan gejala yang ketara. Terdapat juga beberapa gejala yang bersifat umum seperti mudah letih dan berasa kaki kebas.

Oleh sebab itulah mengapa ramai tidak sedari bahawa mereka sebenarnya mempunyai masalah kolesterol tinggi.

Sekiranya tidak ditangani, ia boleh meningkatkan risiko terjadinya pelbagai masalah kesihatan yang serius seperti strok dan sakit jantung.

Ikuti perkongsian kami untuk semak sama ada anda mengalami gejala kolesterol tinggi dalam darah atau tidak.

Pengenalan

Apa itu kolesterol?

Kolesterol adalah sejenis lemak (disebut sebagai lipid) yang diperlukan oleh tubuh untuk bekerja dengan baik. Badan anda boleh menghasilkan kolesterol dan juga mendapatkannya daripada sumber makanan. Terdapat jenis kolesterol ‘baik’ dan ‘buruk’.

Apakah kolesterol ‘buruk’?

Orang ramai sering berasa takut apabila di sogokkan dengan keburukkan kolesterol kerana mendapat maklumat yang salah. Namun kebenarannya adalah kolesterol merupakan sebahagian daripada kimia penting untuk tubuh.

Kolesterol terdapat dalam setiap sel manusia dan haiwan. Selain kolesterol yang diperolehi daripada pengambilan makanan berasaskan haiwan, tubuh kita juga mempunyai kemampuan untuk menghasilkan semua kolesterol yang diperlukan untuk pelbagai fungsi badan.

Pengekalkan tahap kolesterol dalam peringkat yang disarankan (normal) adalah penting untuk memperolehi kebaikan maksima. Kolesterol digunakan untuk membuat cecair hempedu yang dihasilkan oleh hati. Ini adalah amat penting untuk melindungi saraf, membina sel-sel badan yang baru, dan menghasilkan hormon tertentu yang diperlukan untuk perkembangan normal dan fungsi tubuh manusia.

Kolesterol secara semulajadi seperti lilin yang dibuat oleh hati. Ia merupakan kombinasi daripada lemak dan steroid. Kolesterol kurang/tidak larut dalam air dan lipoprotein tertentu diperlukan untuk mengangkut kolesterol dalam pembuluh darah.

Low density lipoproteins (Kolesterol Buruk)

Low Density Lipoproteins juga dikenali sebagai (LDL) atau kolesterol buruk kerana mereka mempunyai kecenderongan untuk melekat di dinding arteri.Ini menyebabkan pembentukan bahan tebal dan keras dipanggil plak kolesterol. Menurunkan paras kolesterol LDL akan mengurangkan risiko daripada penyakit jantung.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

9 Tanda Kolesterol Tinggi Dalam Darah

Berikut adalah simptom yang mungkin dapat dilihat pada mereka yang mengalami paras kolesterol yang membimbangkan:

  1. Mendapan di kulit mata (xanthoma)
  2. Mudah mengantuk
  3. Kurang selera makan
  4. Sering berasa tertekan
  5. Peningkatan berat badan
  6. Otot mudah kejang
  7. Sakit dada
  8. Sakit tengkuk
  9. Sakit kaki

Baca penjelasannya di bawah:

 1. Terdapat Kulit Timbul di Sekitar Mata (Xanthoma)

Xanthoma adalah salah satu gejala yang sering terjadi bagi individu yang mempunyai tahap kolesterol tinggi dalam badan.

Pesakit akan dapati gumpalan lemak berwarna kekuningan pada bahagian kelopak mata. Selain itu, xanthoma juga boleh tumbuh di organ dalaman.

Sumber : Public Health Malaysia
tanda kolesterol tinggi

2. Mudah Rasa Mengantuk

Disebabkan kadar kolesterol yang tinggi boleh menghalang aliran oksigen dalam darah, ia boleh mengakibatkan seseorang sering rasa mengantuk.

Pada masa yang sama, ia juga boleh membuatkan seseorang cepat letih apabila melakukan aktiviti fizikal.

3. Kurang Selera Makan

Sekiranya anda mendapati selera makan berkurang secara tiba-tiba, ini mungkin menandakan paras kolesterol anda tinggi.

Namun, ia mungkin menjadi gejala kepada penyakit lain seperti masalah penghadaman, kemurungan dan sebagainya.

4. Sering Berasa Tertekan

Jangan tak tahu yang stres juga boleh menjadi gejala kepada masalah kolesterol tinggi. Ini disebabkan oleh kadar kolesterol jahat dalam otak terlalu tinggi yang menyebabkan gangguan pada kemampuan otak untuk mengatur emosi.

Lebih parah lagi, ia boleh mengakibatkan kemurungan. Jadi, adalah penting untuk anda menguruskan stres dan kesihatan tubuh badan sebaiknya.

sakit kepala sebelah kanan

5. Peningkatan Berat Badan

Walaupun nafsu makan boleh menurun, namun badan dengan kadar kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan seseorang mengalami peningkatan berat badan yang drastik pada tempoh yang singkat.

6. Otot Mudah Kejang

Tanda kolesterol tinggi juga boleh dikenalpasti apabila seseorang mudah alami kekejangan otot terutamanya pada waktu malam.

Walaupun kekejangan otot adalah perkara normal ketika tidur, namun pesakit dengan kadar kolesterol tinggi biasanya akan alami kekejangan pada telapak kaki, jari-jari dan tumit.

Bagi mengatasi masalah ini, anda boleh lakukan sedikit regangan kaki untuk lancarkan semula aliran darah.

7. Sakit Dada

Kadar kolesterol yang tinggi dalam badan boleh menyebabkan bebanan pada dinding arteri (artherosklerosis).

Bebanan tersebut seterusnya dapat mengurangkan aliran darah arteri dan seterusnya mengakibatkan seseorang mengalami sakit dada.

Jika aliran darah terhalang sepenuhnya, ia boleh mengakibatkan serangan jantung.

tanda kolesterol tinggi

8. Sakit Tengkuk

Sakit tengkuk pula boleh terjadi pada pesakit dengan kolesterol tinggi kerana ia menyebabkan pengumpulan plak kolesterol di pembuluh darah di kawasan leher.

Ia seterusnya boleh menghalang aliran darah yang ada di leher untuk sampai ke otak.

9. Sakit Kaki

Selain dada dan tengkuk, individu dengan kadar kolesterol tinggi dalam darah juga boleh mengalami pengumpulan plak pada kaki sehingga menyebabkan sakit kaki.

Cara Mencegah & Mengatasi Kolesterol Tinggi

Untuk mencegah masalah kolesterol tinggi, anda perlulah mula amalkan gaya hidup sihat iaitu dengan :

i) Mengamalkan Pemakanan Yang Berkhasiat dan Kurang Lemak

Pertama sekali, anda perlulah mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi lemak trans seperti makanan segera.

Sebagai pengganti, pilihlah makanan yang rendah lemak atau yang mengandungi lemak sihat seperti ikan dan dada ayam yang direbus atau dipanggang, kekacang, sayuran hijau dan susu rendah lemak.

tanda kolesterol tinggi

ii) Tidak Merokok

Tabiat merokok boleh meningkatkan pembentukan plak kolesterol di salur darah. Jadi, anda perlulah berhenti merokok serta merta bagi mengurangkan risiko pembentukan plak serta tanda kolesterol tinggi yang lain.

iii) Amalkan Senaman

Bagi membantu menurunkan kadar kolesterol, anda disarankan untuk bersenam secara rutin iaitu sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari sebanyak 5 hari dalam seminggu.

iv) Jalani Pemeriksaan Kesihatan Berkala

Anda dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan doktor secara berkala untuk kenalpasti sebarang masalah kesihatan.

Disarankan bagi mereka yang berumur atas 30 tahun harus menjalani ujian saringan sekurang-kurangnya satu pemeriksaan perubatan pada setiap tahun.

Jika anda mempunyai kolesterol tinggi, harus diulang setiap 2 ke 6 bulan. Disarankan ujian kolesterol diulang selepas kaunseling dan perlaksanaan intervensi di lakukan.

Tanda kolesterol tinggi mungkin tidak disedari oleh pesakit sendiri. Namun, anda mungkin berisiko sekiranya tidak mengamalkan pemakan yang sihat, seorang perokok, mempunyai berat badan berlebihan serta mengalami tanda-tanda seperti di atas.

Ini juga penting bagi mengelakkan komplikasi yang tidak diingini seperti strok dan sakit jantung.

Sumber : Alodokter, siloamhospitals.com

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!