Bilakah simptom atau tanda HIV akan muncul?
HIV atau Human Immunodeficiency Virus adalah jangkitan yang menyerang sistem ketahanan tubuh dan memusnahkannya dalam tempoh tertentu.
Sekiranya tidak dibendung, ia akan berganda dan memusnahkan sel darah putih dan tubuh akan mengalami kesukaran untuk melawan penyakit.
HIV menyerang sistem imun badan dan jika tanpa rawatan, boleh berkembang menjadi AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit).
Orang yang dijangkiti HIV pada awalnya akan mendapat penyakit kurang serius.
Namun seterusnya ia boleh melarat kepada penyakit yang serius seperti kanser dan pneumonia.
Ramai individu tidak menyedari mereka dijangkiti kerana HIV mungkin tidak menunjukkan simptom pada peringkat awal.
Namun, terdapat beberapa tanda amaran yang penting untuk dikenal pasti.
Kami akan terangkan mengenai tanda tanda HIV lelaki dan perempuan yang perlu diberi perhatian.
Jom baca!
Bagaimana Jangkitan HIV Berlaku?
Sebelum menerangkan lebih terperinci mengenai tanda tanda HIV lelaki dan perempuan, eloklah jika kita tahu bagaimana jangkitan virus HIV ini boleh berlaku.
HIV boleh dijangkiti melalui cara-cara seperti berikut :
- Hubungan seks tanpa menggunakan kondom (seks melalui faraj, dubur atau mulut)
- Berkongsi jarum dan alat suntikan yang dicemari dengan darah daripada seorang HIV positif
- Daripada ibu yang dijangkiti HIV kepada bayinya semasa kehamilan atau bersalin, atau melalui penyusuan ibu
- Pemindahan darah atau produk darah yang dicemari HIV
- Pemindahan organ yang dicemari HIV
Baca juga:
- Onani : 6 Fakta Melancap Bagi Lelaki & Wanita
- Kote Keras Tapi Tak Tegang? 10 Cara Jadi “Power” Tanpa Ubat
Tanda Tanda HIV Yang Perlu Anda Tahu
Terdapat 18 gejala atau tanda tanda HIV positif wanita dan lelaki yang boleh dikenalpasti iaitu :
1. Demam
Demam ringan yang berpanjangan (sekitar 37.8°C – 38.3°C) sering menjadi tanda awal HIV, biasanya disertai dengan rasa letih dan pembengkakan kelenjar.
Tanda HIV #2. Kepenatan melampau
Keletihan yang luar biasa walaupun selepas berehat mencukupi boleh menjadi petanda sistem imun sedang terjejas.
3. Kelenjar bengkak
Kelenjar di leher, ketiak atau pangkal paha boleh membengkak kerana tubuh cuba melawan jangkitan.
4. Sakit tekak dan ulser mulut
Sakit tekak, sariawan, atau luka di lidah atau mulut dan bibir adalah antara tanda hiv, ia boleh muncul pada peringkat awal jangkitan.
5. Ruam, tanda-tanda HIV pada kulit
Ruam yang ganjil tanpa sebab jelas, terutama jika tidak gatal, boleh menjadi simptom HIV.
Baca juga:
6. Sakit otot dan sendi
Rasa sakit seakan-akan influenza mungkin juga disebabkan oleh jangkitan HIV.
7. Sakit kepala
Sakit kepala berterusan atau kronik boleh berlaku semasa jangkitan peringkat awal.
Tanda HIV #8. Loya, muntah dan cirit-birit
Simptom gangguan pencernaan yang tidak sembuh-sembuh seperti cirit-birit boleh berlaku akibat HIV atau jangkitan berkaitan.
9. Penurunan berat badan mendadak
Jangan suka sangat jika berat badan turun tiba-tiba!
Kehilangan berat badan secara drastik tanpa sebab adalah tanda HIV yang telah melemahkan sistem imun.
10. Berpeluh waktu malam
Peluh malam yang berlebihan walaupun dalam suhu normal boleh menjadi tanda-tanda HIV.
11. Batuk kering yang berpanjangan
Batuk tanpa kahak yang tidak sembuh-sembuh perlu diberi perhatian, terutamanya jika berlangsung lebih dari sebulan.
Baca juga:
Tanda HIV pada kemaluan #12. Jangkitan kulat berulang
Jangkitan kulat di mulut (seperti kandidiasis) atau jangkitan pada alat sulit yang kerap berulang menunjukkan imun lemah.
Ini antara tanda HIV yang lelaki dan wanita perlu perhatikan!
Tanda-tanda HIV positif wanita #13. Kitaran haid tidak teratur
Wanita yang dijangkiti HIV mungkin mengalami gangguan hormon yang menyebabkan haid tidak stabil.
14. Luka atau herpes tanda HIV
Luka yang berulang atau herpes genital boleh menjadi tanda sistem imun terjejas akibat HIV.
15. Hilang selera makan
Kehilangan selera yang berterusan boleh menjadi kesan langsung HIV atau jangkitan lain.
16. Masalah saraf dan pemikiran
Pesakit HIV boleh mengalami masalah tumpuan, ingatan lemah atau keliru, terutamanya dalam peringkat terakhir jangkitan.
17. Rasa kebas atau berdenyut-denyut
HIV boleh menjejaskan saraf menyebabkan kesemutan atau kebas di tangan dan kaki.
18. Jangkitan Opportunistic antara tanda tanda HIV
Individu HIV mudah mendapat jangkitan peluang atau Opportunistic infections seperti pneumonia, TB, atau toksoplasmosis – penyakit yang jarang menyerang orang sihat.
Selain 18 gejala di atas, tanda HIV peringkat terakhir juga adalah kulit mudah menjadi lebam atau mengalami pendarahan yang tidak jelas sebabnya.
Sesetengah pesakit juga boleh mengalami demam selesema selama 2 hingga 6 minggu selepas diserang HIV.
Ujian HIV
Jangan tunggu sehingga munculnya gejala atau tanda HIV.
Tambahan pula, sesetengah individu adalah asimptomatik iaitu tidak menunjukkan sebarang tanda selama bertahun-tahun.
Ini menyebabkan mereka sendiri tidak sedar bahawa mereka menghidap HIV positif.
Pengesanan awal jangkitan HIV dapat membantu pesakit menjaga kesihatan mereka dan mencegah daripada penyebaran virus HIV kepada orang lain tanpa sedar.
Anda boleh pergi ke klinik kesihatan kerajaan berdekatan untuk menguji darah bagi mengesan kehadiran antibodi kepada HIV.
Sekiranya keputusan didapati positif, bermakna terdapat antibodi HIV dalam darah anda.
Dapatkan nasihat serta rawatan daripada doktor dengan segera.
Jika keputusan negatif, ini tidak bermakna anda bebas daripada jangkitan HIV.
Anda mungkin berada dalam waktu jendela (window period) iaitu 3 minggu hingga 3 bulan dari tarikh virus HIV masuk ke dalam tubuh.
Pada tempoh ini, antibodi HIV seseorang belum dihasilkan walaupun telah dijangkiti HIV.
Ujian ini juga akan diiringi dengan kaunseling sebelum dan selepas ujian.
Kaedah Rawatan HIV
Sehingga ke hari ini, tiada vaksin atau penawar yang boleh merawat jangkitan HIV.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa rawatan yang boleh menghalang penularan HIV serta perkembangan AIDS.
Ini bagi membantu pesakit menjalani hidup yang lebih baik dalam tempoh yang lebih lama.
Antara rawatan yang boleh diberikan adalah :
Ubat ART
Ubat yang digelar antiretroviral therapy atau ART. Ia berfungsi untuk mengawal pembiakan virus serta mencegah penularan HIV kepada pasangan yang berstatus negatif melalui seks.
Dapatkan susulan ujian dan nasihat daripada doktor untuk kenalpasti tahap kesihatan anda.
Pada masa yang sama, ia juga membantu untuk merendahkan kadar virus agar ia mencapai tahap yang rendah sekiranya ujian darah dijalankan.
Ubat Pencegah HIV
Sekiranya anda negatif atau bebas daripada virus HIV, anda boleh gunakan ubat pencegah seperti pre-exposure prophylaxis (PrEP) bagi mencegah penularan HIV melalui suntikan atau seks.
Terdapat juga ubat ubat post-exposure prophylaxis (PEP), iaitu ubat yang diambil 72 jam selepas pendedahan kepada virus HIV.
Rawatan Untuk Ibu dan Anak
Sekiranya anda hamil, anda perlu lakukan ujian supaya rawatan boleh diberikan secepat mungkin.
Rawatan kepada ibu mengandung yang positif HIV akan dijalankan ketika ibu hamil sehingga selepas bersalin.
Pemberian ubat pencegahan HIV kepada bayi sehingga usianya mencecah 4 hingga 6 minggu boleh mengurangkan risiko penularan sehingga 99%.
Pada masa yang sama, ubat pencegah HIV juga akan melindungi kesihatan ibu.
Lakukan ujian saringan daripada klinik kesihatan berdekatan bagi mengenalpasti status HIV anda.
Jangan malu untuk dapatkan ujian kerana semua keputusan adalah sulit dan akan dirahsiakan.
Pencegahan awal adalah sangat penting bagi mengelakkan komplikasi serta penyakit kronik yang sukar untuk dirawat.
Jadi kenal pasti tanda tanda HIV, lakukan ujian saringan dan jika keputusan positif, segera dapatkan rawatan!
Sumber : hiv.gov, Manual Islam & HIV/AIDS, JKN Selangor