Ubat Migrain: Jenis Ubat Yang Sesuai & Cara Elak Berulang

Apakah ubat migrain yang boleh anda ambil ketika mengalami gejala migrain dan tips untuk elak masalah ini berulang?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan jenis-jenis ubat migrain yang perlu anda tahu.

Baca juga:

Apa itu migrain?

ubat migrain
Mayo Clinic

Migrain sejenis penyakit yang lebih teruk dari sakit kepala biasa. Ia boleh menyebabkan sakit kepala yang melemahkan dan berdenyut-denyut.

Bahkan dalam satu sisi anda boleh terbaring di atas katil selama beberapa hari. Fasa sakit kepala migrain bisanya berlangsung sekurang-kurangnya empat jam, tetapi ia juga boleh bertahan selama beberapa hari.

Senarai ubat migrain

Umumnya, tiada ubat migrain yang khusus. Namun anda boleh merawat penyakit ini melalui kaedah seperti berikut:

  • Mengambil ubat-ubatan
  • Mengelakkan punca migrain
  • Menggunakan ubat migrain alternatif

Ubat untuk menghentikan migrain boleh diambil pada fasa pertama migrain menyerang. Ia boleh menghentikan atau mengurangkan gejala migrain seperti loya, sensitiviti dan banyak lagi.

  • Contohnya seperti :- Triptans (5-hydroxytryptamine), Ditans (lasmiditan), Gepants (rimegepant dan ubrogepant), Dihydroergotamine (prochlorperazine), dan ubat antiematik (metoclopramide).

Ubat pencegah migrain pula adalah ubat persediaan awal sebelum migrain menyerang. Ubat ini juga boleh mengurangkan kekerapan dan keterukan migrain yang menjejaskan anda. 

  • Contohnya seperti :- Antiseizure (asid valproik, topiramate), Penyekat beta (atenolol , propranolol, nadolol), Penyekat saluran kalsium (verapamil), Antibodi monoklonal (erenumab, fremanezumab, galcanezumab), Antidepresan trisiklik (amitriptyline, nortriptyline, doxepin), Serotonin dan norepinephrine reuptake inhibitors (venlafaxine, duloxetine).

Anda juga boleh mendapatkan ubat migrain biasa yang dijual bebas di farmasi untuk merawat simptom migrain ringan hingga sederhana.

Namun pastikan ubat tersebut mempunyai bahan utama dalam ubat penahan sakit seperti ibuprofen, aspirin, acetaminophen, naproxen, dan caffeine.

Alternatif lain yang boleh anda cuba mengurangkan masalah migrain adalah seperti akupuntur, suntikan toksin botulinum jenis A (Botox®), mengambil vitamin, mineral atau herba seperti riboflavin (vitamin B2), magnesium, feverfew, butterbur atau ko-enzim Q10, dan melakukan teknik relaksasi seperti yoga.

*Sebelum menggunakan ubat migrain ini anda perlu mendapatkan nasihat daripada doktor, ahli farmasi, atau pembekal ubat dari segi dos ubat mengikut keadaan kesihatan dan umur.

Cara ubat migrain semulajadi

Rawatan ubat migrain bertujuan untuk melegakan gejala dan mencegah serangan tambahan.

Namun anda sebenarnya boleh melakukan pelbagai cara semulajadi untuk merawat migrain termasuklah seperti:

  • Tidur atau berehat dengan mata tertutup di dalam bilik yang sunyi dan gelap
  • Letakkan kain sejuk atau pek ais di dahi
  • Minum banyak air, terutamanya jika migrain disertai dengan muntah
  • Lakukan urutan pada kulit kepala kerana ia membantu melegakan ketegangan dan tekanan serta melancarkan peredaran darah
  • Malapkan lampu untuk kurangkan gejala migrain dari menyerang
  • Elak dari suasana bising dan suara yang kuat

Cara elak migrain dari berulang

1. Perhatikan apa yang dimakan atau minum

Jika anda mengalami sakit kepala selepas makan atau minum, cuba tuliskan makanan atau minuman yang anda makan dan elak untuk memakannya pada masa akan datang.

2. Makan dengan kerap

Jangan sesekali “skip” dari makan setiap hari bermula dari waktu pagi iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam.

3. Pakai penutup mata

Pakai penutup mata adalah kaedah yang terbaik boleh anda gunakan semasa ingin tidur untuk mendapatkan kualiti tidur yang terbaik dan tenang.

4. Kurangkan tekanan hidup

Setiap orang ada tekanan hidup yang tertentu. Namun begitu anda perlu bijak dalam menanganinya agar ia tidak menyebabkan anda tertekan atau depression.

Contohnya dengan bersenam, bermeditasi, berdoa, meluangkan masa dengan orang yang anda sayangi dan melakukan perkara yang anda sukai. 

5. Elak minum kafein

Pengambilan kafein secara harian boleh meningkatkan risiko migrain pada sesetengah orang. Jika anda salah seorang daripada mereka, kurangkanlah pengambilan kafein dan gantikan dengan minuman yang lebih sihat.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan ubat migrain dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Which Migraine Medications Are Most Helpful? Health Harvard
  2. Migraine Headaches. Cleveland Clinic
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!