Kote Keras Tapi Tak Tegang? 10 Cara Jadi “Power” Tanpa Ubat

Kote keras tetapi tidak tegang juga merupakan salah satu dari masalah kesihatan lelaki yang paling biasa.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsikan kepada anda beberapa cara mudah untuk jadikan kote keras anda tegang dan kuat tanpa menggunakan ubat.

Baca juga:

Punca kote lelaki tak tegang

Dari segi perubatan, ereksi yang lemah dirujuk sebagai disfungsi erektil. Ereksi zakar ini bergantung kepada banyak faktor seperti umur, kesihatan, tahap hormon, saraf, aliran darah, status mental, dan emosi.

Secara lebih mendalam, seseorang mengalami kote yang tidak tegang kerana mengalami:

kote keras
Cardio Metabolic Institute
  • Diabetes jenis 2
  • Penyakit jantung
  • Obesiti
  • Pembesaran jinak prostat
  • Hiperlipidemia (paras lipid atau kolesterol tinggi)
  • Aterosklerosis (salur darah tersumbat yang mengakibatkan pengerasannya)
  • Hipertensi (darah tinggi)
  • Penyakit buah pinggang yang kronik
  • Penyakit hati
  • penyakit Parkinson
  • Gangguan tidur
  • Tahap testosteron rendah
  • Kecederaan pada zakar, prostat, atau saraf tunjang
  • Sklerosis berbilang
  • Penyakit Peyronie (pembentukan tisu parut di bawah kulit zakar)
  • Pembedahan untuk kanser pundi kencing
  • Rawatan untu kanser prostat (terapi radiasi dan pembedahan)

Ubat-ubatan tertentu juga boleh menyebabkan disfungsi erektil sebagai kesan sampingannya. Ini adalah

  • Ubat antihipertensi (ubat untuk tekanan darah)
  • Antiandrogen (ubat yang digunakan untuk terapi kanser prostat )
  • Antidepresan (ubat untuk kemurungan)
  • Sedatif (ubat yang menyebabkan seseorang mengantuk)
  • Ubat untuk ulser
  • Antihistamin (ubat untuk selsema dan alahan)
  • Penekan selera makan

Ketagihan berikut juga boleh menyebabkan disfungsi erektil:

  • Merokok
  • Minum alkohol berat
  • Menggunakan dadah rekreasi

Isu psikologi dan emosi boleh menyebabakn ereksi yang lemah. Seseorang mungkin tidak berasa berasa teruja secara seksual disebabkan oleh isu yang termasuk:

kote keras
EmblemHealth
  • Takut kegagalan seksual
  • Kebimbangan
  • Kemurungan
  • Masalah dalam perhubungan, seperti miskomunikasi, kekurangan komunikasi, atau konflik
  • Kurang keyakinan diri
  • Tekanan (tekanan profesional , tekanan kewangan, tekanan prestasi seksual)

Tips jadikan kote keras dan tegang

Di bawah, kami kongsikan 10 tips jadikan kote keras anda tegang dan bertenaga semasa berhubungan intim.

1. Kekalkan berat badan yang sihat

Berat badan berlebihan atau obesiti boleh menjejaskan keupayaan anda untuk mengembangkan dan mengekalkan ereksi yang sihat semasa hubungan seks.

Kajian menunjukkan bahawa lelaki dengan indeks jisim badan (BMI) dalam julat obes adalah tiga kali lebih berkemungkinan menghadapi disfungsi seksual berbanding lelaki dengan BMI biasa.

Manakala BMI anda dalam julat 25 hingga 30, risiko anda mengalami disfungsi erektil adalah 1.5 kali lebih tinggi daripada risiko seseorang yang mempunyai berat badan yang sihat.

Dicadangkan BMI lelaki yang terbaik adalah antara 18.5 dan 24.9 untuk memastikan tahap kesihatan sentiasa dalam keadaan baik.

2. Ambil peduli tekanan darah

Ereksi yang sihat dan konsisten semuanya bergantung kepada pengaliran darah.

Hal ini kerana, ia berkait rapat dengan organ jantung, sistem vaskular dan peredaran darah yang berpotensi untuk menghalang anda mendapatkan dan mengekalkan ereksi.

Justeru, pemeriksan tekanan darah secara kerap dan rutin adalah sangat penting untuk mengekalkan tahap kesihatan yang terbaik.

3. Pantau tahap kolesterol

Penyakit jantung adalah faktor risiko utama untuk disfungsi erektil. Malah kajian juga menunjukkan bahawa ramai lelaki yang berisiko menghidap penyakit jantung sukar untuk mendapatkan kote keras atau tegang.

Salah satu dari tanda awal bahawa anda mungkin berisiko mendapat penyakit jantung ialah tahap lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) yang tinggi atau “kolesterol jahat” dalam darah anda.

Kolesterol LDL yang tinggi bukanlah sesuatu yang boleh anda rasakan begitu sahaja, melainkan anda periksa sendiri tahap kolesterol secara berkala.

Apatah lagi jika anda mempunyai sejarah keluarga berpenyakit jantung, serangan jantung atau keaaan jantung yang lain, pemeriksaan tahap kolesterol adalah sangat penting.

Sekiranya paras kolesterol anda tinggi, doktor akan syorkan anda untuk melakukan perubahan diet dan gaya hidup, atau makan ubat-ubatan tertentu untuk membawanya kembali ke julat normal.

4. Makan makanan yang berkhasiat

Ereksi bergantung pada aliran darah yang lancar. Oleh sebab itu, anda perlu elak dari makan makanan yang tinggi lemak, tinggi gula, dan tinggi kalori seperti hamburger, piza dan ayam goreng.

Hal ini kerana ia boleh menjejaskan kesihatan kardiovaskular juga memberi kesan negatif pada ereksi dan prestasi seksual anda.

5. Ambil serius kesihatan mental

Kesihatan mental memainkan peranan utama dalam hampir setiap aspek kehidupan seks dan prestasi seksual anda, termasuk keupayaan untuk mendapatkan dan mengekalkan ereksi.

Ereksi bermula dengan rangsangan mental. Apabila sistem saraf anda berkomunikasi dengan saraf di sekeliling zakar, darah akan mengalir ke dalam tisu erektil untuk membantu ia menjadi keras dan kekal keras semasa berhubungan seks.

Sesetengah keadaan kesihatan mental, seperti kemurungan utama dan kebimbangan prestasi seksual, boleh menjejaskan proses ini dan menyukarkan anda untuk mendapatkan ereksi atau kote keras dan tegang.

6. Senaman rutin

Senaman aerobik seperti berlari, berbasikal, mendayung atau bermain kebanyakkan suka boleh meningkatkan kesihatan jantung dan mengurangkan masalah disfungsi erektil

Kajian mendapati bahawa setiap latihan kardiovaskular intensiti sederhana selama 15-60 minit seperti berjogging, berbasikal atau berjalan kaki cukup untuk meningkatkan kesihatan jantung anda dan mengurangkan risiko tekanan darah tinggi, serangan jantung dan penyakit kronik yang lain.

Selain itu senaman kegel juga sangat disarankan kerana ia terbukti membantu meningkatkan fungsi erektil semula jadi dan mencegah gejala disfungsi erektil.

7. Elak gunakan steroid anabolik

Steroid anabolik boleh mengurangkan keupayaan badan untuk menghasilkan hormon yang penting untuk fungsi seksual anda.

Sebuah kajian yang diterbitkan dalam jurnal Translatonal Andrology and Urology mendapati bahawa steroid menyebabkan penurunan libido dan disfungsi erektil selepas mereka berhenti menggunakan testosteron tiruan.

8. Periksa tahap testosteron

Umumnya, tahap testosteron boleh turun naik secara semula jadi berdasarkan beberapa faktor berbeza seperti diet dan tahap aktiviti anda kepada tabiat tidur.

Tahap testosteron yang rendah boleh menjejaskan tahap minat anda terhadap seks dan mempunyai kesan sederhana terhadap keupayaan untuk mendapatkan dan mengekalkan ereksi semasa hubungan seks.

Gejala biasa testosteron rendah termasuklah kehilangan jisim otot, peningkatan tahap lemak badan, perubahan mood, masalah ingatan dan rasa lesu serta letih.

9. Tingkatkan kualiti tidur

Kualiti tidur mempunyai kesan yang besar pada hampir setiap aspek kesihatan anda termasuk ereksi dan prestasi seksual umum.

Bahkan, kajian menunjukkan bahawa gangguan tidur biasa insomnia, gangguan kerja syif dan apnea tidur obstruktif semuanya dikaitkan dengan disfungsi erektil dan gangguan urologi lain pada lelaki.

Jika anda berasa sukar untuk mengantuk pada waktu-waktu biasa, atau menghadapi masalah tidur pada waktu malam, membuat beberapa perubahan mudah pada gaya hidup anda selalunya boleh membantu mengekalkan tabiat tidur yang baik.

10. Elak dari hisap rokok

Nikotin dan bahan kimia lain dalam rokok boleh merosakkan saluran darah dan mengurangkan keberkesanan nitrik oksida.

Nitrik oksida membuka saluran darah anda, membolehkan darah mengalir dengan lebih mudah apabila anda tegak.

Semakin awal anda berhenti, semakin rendah risiko anda untuk mengalami masalah disfungsi erektil.

Bila perlu jumpa doktor

Pesakit yang mengalami masalah mati pucuk sangat disarankan untuk segera berjumpa dengan doktor sekiranya:

  • Anda mempunyai kerisauan mengenai ereksi semasa melakuakn hubungan seksual.
  • Anda merupakan pesakit kencing manis, penyakit jantung atau penyakit-penyakit lain yang mungkin dikaitkan dengan masalah mati pucuk.
  • Anda mengalami gejala yang berkaitan dengan masalah seksual.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan masalah kote keras tapi tak tegang dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Ways to Get Harder Erections Without Medication. Healthline
  2. How to Get Stronger Erections: 16 Steps to Better Sex. Manual
  3. The Best Ways to Maintain an Erection: 14 Natural Tips. Hims
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!