Saman Jika Tak Pakai Tali Pinggang Keledar Dalam Bas Mulai 1 Julai 2025

tali pinggang keledar bas
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Bermula semalam, 1 Julai 2025, penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar di tempat duduk penumpang dan pemandu bas ekspres dan persiaran telah dikuatkuasakan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).

Langkah ini telah diambil setelah beberapa kemalangan jalan raya melibatkan kenderaan awam jenis ini (bas) yang berlaku sejak kebelakangan ini dan telah menyebabkan kehilangan nyawa. Berikut kami kongsikan serba sedikit tentang penguatkuasaan ini buat maklumat bersama. 

Wajib Pakai Tali Pinggang Keledar Dalam Bas Mulai 1 Julai 2025

Pengenalan Penggunaan Tali Pinggang Keledar Dalam Bas

Tali Pinggang Keledar atau seat belt merujuk kepada tali keselamatan yang dipasang pada tempat duduk dalam kenderaan, bertujuan untuk melindungi penumpang semasa berlaku kemalangan atau perlanggaran.

Sejak tahun 2019, kerajaan Malaysia telah mewajibkan semua bas ekspres untuk memasang tali pinggang keledar di setiap tempat duduk. Namun, penguatkuasaan pemakaian oleh penumpang masih rendah kerana kurang kesedaran dan pemantauan.

Pada tahun 2025 ini, JPJ telah mewajibkan pemakaian seat belt ini ke atas semua penumpang dan pemandu bas ekspres dan persiaran. Hal ini berikutan peningkatan jumlah kemalangan yang meragut nyawa melibatkan kenderaan awam ini. 

Tarikh Penguatkuasaan Tali Pinggang Keledar Bas

Penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar bagi penumpang dan pemandu bas ekspress dan persiaran ini telah pun bermula semalam iaitu pada 1 Julai 2025 (Selasa).

Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, penguatkuasaan ini hanya terpakai bagi bas yang dibina selepas Januari 2020, manakala bas yang dibina sebelum tahun 2020 akan diberi tempoh tertentu untuk membuat pemasangan tali keledar.

tali pinggang keledar bas

Bagi anda yang ingin menggunakan perkhidmatan bas ini, anda boleh dapatkan tiket bas anda dengan mudah di Shopee

Saman & Penalti Jika Tidak Memakai Tali Pinggang Keledar Dalam Bas

Bermula 1 Julai 2025, JPJ akan menjalankan penguatkuasaan penuh di seluruh negara. Mereka yang didapati tidak memakai tali pinggang keledar sama ada di tempat duduk penumpang atau pemandu boleh dikenakan denda sebanyak RM300.

Pemandu bas yang yang gagal memberikan peringatan kepada penumpang untuk memakai tali pinggang keledar sebelum bas bergerak juga akan dikenakan saman bersama syarikat pengendali bas yang terlibat.

Namun begitu, jika pemandu sudah memberi peringatan kepada penumpang, namun penumpang masih berdegil untuk memakai tali pinggang keledar, saman hanya akan diberikan kepada penumpang.

Semakan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) akan dilakukan untuk mengesahkan sama ada peringatan sudah dibuat atau sebaliknya 

Wajib Pakai Tali Pinggang Keledar Dalam Bas Mulai 1 Julai 2025
Wajib Pakai Tali Pinggang Keledar Dalam Bas Mulai 1 Julai 2025

Baca juga: Cara Beli Tiket Bas Online Ke Seluruh Negeri Di Semenanjung Malaysia

Jadi, jangan lupa pakai seatbelt ya!

Maklumat Lanjut & Soalan Lazim

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:

Siapa perlu pakai seat belt dalam bas? Adakah penumpang bas kena pakai juga?

Pemakaian tali pinggang keledar diwajibkan ke atas pemandu dan penumpang bas persiaran dan ekspres.

Apa hukuman atau denda jika tak pakai?

Tindakan notis saman akan dikenakan kepada mereka yang ingkar. Kompaun sehingga RM300 berdasarkan kesalahan Kaedah 4 & 4A (Kaedah-kaedah Kereta Motor) Tali Pinggang Keledar 1978.

Bila peraturan ini berkuat kuasa?

JPJ Malaysia menguatkuasakan pemakaian tali pinggang keledar ini bermula 1 Julai 2025.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut