Cara Beli Tiket Bas Online Ke Seluruh Negeri Di Semenanjung Malaysia

Seperti mana kita dah boleh beli tiket kapal terbang tanpa pergi ke lapangan terbang, sekarang ni pun dah ada banyak cara beli tiket bas secara online di Malaysia.

Malah, ia adalah pilihan yang lebih efisyen kerana proses tempahan tiket dalam talian kini telah dipermudahkan untuk para penumpang bergerak antara bandar-bandar besar di seluruh Malaysia, termasuklah negara jiran seperti Singapura dan Thailand.

Antara kelebihan membeli tiket bas online adalah:

  • dapat menjimatkan masa daripada menunggu bas pada waktu yang dijadualkan
  • elak berbaris panjang, terutamanya waktu cuti
  • tak perlu bimbang tentang tempat duduk dalam bas sebab kita boleh pilih posisi ikut keselesaan masing-masing

Cara Beli Tiket Bas Online

Untuk membeli tiket bas secara atas talian, anda boleh terus beli daripada beberapa syarikat bas seperti berikut:

Selain itu, terdapat beberapa buah portal utama yang menjual semua jenis perkhidmatan bas ekspres di seluruh Malaysia.

Portal berikut boleh anda gunakan untuk membuat tempahan:

Kesemua portal di atas ini mempunyai laman web yang user-friendly dan mudah difahami oleh pengguna untuk membuat pembelian tiket bas online.

Di sini kami kongsikan cara beli tiket bas online melalui RedBus.com.my

1. PILIH LOKASI BERLEPAS / KETIBAAN

Penumpang boleh menentukan tempat ketibaan atau pelepasan di ruangan “Dari” dan “Ke”, serta memasukkan tarikh perjalanan, dan tekan butang “Carian”.

tiket bas online

2. PILIH PENGENDALI BAS DAN MASA YANG DIINGINKAN

Kesemua senarai pengendali bas yang berkhidmat di laluan tertentu akan dipaparkan pada skrin

Penumpang atau pengguna boleh menggunakan pilihan tapisan yang tersedia di sebelah kiri skrin.

3. TAPIS PILIHAN JIKA PERLU

Kalau terdapat terlalu banyak pilihan dan anda mempunyai kriteria tertentu untuk memilih bas, maka anda boleh menapis pilihan yang dipaparkan dengan menekan mana-mana butang yang terdapat di sebelah tepi butang pilihan “Susun Berpandukan”.

Pilihan bas akan dipaparkan berdasarkan kriteria yang dipilih seperti “Waktu Pelepasan,” “Operator Bas,” “Rating,” dan “Tambang” untuk memudahkan anda membuat pilihan.

4. PILIH TEMPAT DUDUK

Salah satu yang best bila beli tiket bas online ni, kita boleh pilih tempat duduk kita sendiri.

Nanti ada satu paparan tempat-tempat duduk di dalam bas akan muncul dan kita cuma perlu klik nombor tempat duduk pilihan dan tekan butang “Teruskan”

5. BUAT BAYARAN

Setelah selesai pilih bas dan tempat duduk, kita bolehlah teruskan dengan mengisi maklumat dan membuat proses pembayaran.

Bayaran yang diterima adalah dalam bentuk Kad Kredit, Kad Debit, FPX (Pindahan Perbankan Dalam Talian Malaysia), dan aplikasi e-Wallet Boost.

Mesej pengesahan akan dihantar ke ID e-mel berdaftar dan nombor telefon yang diberikan oleh pembeli.

tiket bas online

6. CETAK / SIMPAN E-TICKET

E-mel yang mengandungi e-ticket akan dihantar melalui e-mel anda.

Setiap pengendali bas akan memberitahu sama ada tiket tersebut perlu dicetak.

Sesetengah bas hanya sekadar memerlukan ‘booking reference number’ yang boleh ditunjukkan melalui telefon bimbit saja.

Mudah kan?

Apa Yang Perlu Dilakukan Semasa Hari Perjalanan

Baca dan semak e-ticket yang dihantar melalui emel.

Pastikan kita double-check tarikhnya dan tempat berlepas.

Masa hari perjalanan nanti, datang ke stesen yang dipilih dan tunjukkan e-ticket pada kaunter bas.

Dekat sana nanti, mereka akan semak dan beritahu kita tempat untuk menunggu bas beserta nombor pendaftaran bas.

Ada bas boleh tolong printkan tiket jika kita minta.

Masa nak naik bas, kita akan diminta untuk tunjukkan tiket bas sekali lagi kepada pemandu atau pengendali bas untuk pengesahan.

Tukar Tarikh & Masa Tiket Bas Yang Telah Dibeli

Bergantung kepada terma dan syarat, anda mungkin boleh menukar tarikh dan masa tiket bas yang telah dibeli atas sebab-sebab tertentu.

Untuk laman web RedBus, sila layari laman web redbus.my dan cari ikon ‘Reschedule’.

Masukkan nombor tiket dan alamat emel yang telah digunakan untuk membuat tempahan dan tekan butang “Carian”.

Sahkan nombor tiket dan tiket bas anda serta pilih tarikh baru perjalanan yang hendak dijadualkan.

Pilih bas yang hendak dinaiki dan sahkan tiket yang telah dijadualkan semula dengan membuat pembayaran harga perbezaan tiket.

Pembatalan Tiket Bas Yang Telah Dibeli Secara Online

Kalau dah beli tiket bas tapi tiba-tiba tak jadi nak travel, bolehkah minta refund?

Ini juga bergantung kepada keadaan dan alasan yang diberikan oleh pelanggan.

Bagi pelanggan RedBus, anda boleh menghubungi talian +60-330992524 untuk sebarang permohonan pembatalan.

Setelah permohonan dibuat, bahagian khidmat pelanggan akan memproses permohonan tersebut dan menghubungi pihak pelanggan secepat mungkin.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!