Tawaran Tajaan Pelajar Cemerlang FELDA (Ijazah Sarjana Muda)

Tawaran Tajaan Pelajar Cemerlang FELDA Untuk Lepasan SPM 2021 Ke Pengajian Ijazah Sarjana Muda ~ Sukacita dimaklumkan bahawa FELDA kini menawarkan Program Global Digital Leadership (GDL) bagi melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Asia Pacific University untuk pelajar lepasan SPM 2021 yang berkelayakan.

Program GDL ini menawarkan biasiswa penuh tajaan FELDA/FGV kepada pelajar lepasan SPM 2021 terutamanya kepada Anak Peneroka, Generasi Baharu FELDA, Anak Petugas FELDA, dan kumpulan FELDA.

Program khas ini dicetuskan oleh YB Pengerusi FELDA bagi melahirkan generasi yang berkepimpinan pendigitalan global ke arah “Greater of The Future”.

Baca Juga : Permohonan Program Biasiswa Pengajian Ijazah Cagamas 2022

Tajaan Pelajar Cemerlang FELDA

Tawaran Tajaan Pelajar Cemerlang FELDA

Program global Digital Leadership (GDL) di bawah Yayasan FELDA ini menawarkan tajaan seperi berikut :

  • Tawaran Tajaan Peringkat Foundation & Ijazah Sarjana Muda di Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU)
  • Elaun sara hidup sepanjang pengajian
  • Kemudahan penginapan
  • Program tambahan pengajian Bahasa Asing (Korea) Intensice English Programme (IEP)
  • Neuro Lingu Programming (NLP)

Tak hanya itu, pelajar yang mengikuti pengajian di bawah Tajaan Pelajar Cemerlang FELDA akan diberi kemudahan pengangkutan kampus iaitu :

Perkhidmatan percuma shuttle bus antara APU universiti dan stesen LRT bagi pelajar yang menginap di Technology Park Malaysia, TPM.

Syarat Permohonan

Permohonan bagi tajaan biasiswa ini terbuka kepada calon yang menepati syarat-syarat seperti berikut :

  • Memperoleh sekurang-kurangnya 7A dan ke atas dalam keputusan peperiksaan SPM 2021.
  • Merupakan Anak Peneroka / Generasi Baharu FELDA / Anak petugas FELDA & Kumpulan FELDA
  • Lepasan SPM 2021
  • Mempunyai kualiti kepimpinan yang kuat, berkeupayaan berpasukan yang tinggi serta cemerlang dalam bidang sukan dan aktiviti kokurikulum.
  • Mempunyai kemahiran interpersonal yang sangat baik.

Senarai Program Pengajian Tajaan FELDA

Berikut merupakan senarai program pengajian yang ditawarkan di bawah tajaan penuh FELDA :

Ijazah Sarjana Muda (School of Computing & Technology)

Tempoh Pengajian : 36 bulan

  • BSc (Hons ) in Information Technology
  • BSc (Hons) in Information Technology with a specialism In Information System Security
  • BSc (Hons) in Information Technologu with a specialism in Cloud Computing
  • BSc (Hons) in Information Technology with a specialism in Network Computing
  • BSc (Hons) in Information Technology with a specialism in Mobile Technology
  • BSc (Hons) in Information Technology with a specialism in Internet of Things (IoT)
  • BSc (Hons) in Information Technology with a specialism in Digital Transformation
  • BSc (Hons) in Information Technology with a specialism in Financial Technologu (FinTech)
  • BSc (Hons) in Information Technology with a specialism in Business Information Systems
  • BSc (Hons) in Information Technology with a specialism in Software Engineering
  • Bsc (Hons) in Software Engineering
  • Bsc (Hons) in Computer Science
  • Bsc (Hons) in Computer Science
  • Bsc (Hons) in Computer Science with a specialism in Data Analytics
  • Bsc (Hons) in Computer Science with a specialism in Digital Forensics
  • Bsc (Hons) in Computer Science (Cyber Security)
  • Bachelor of Computer Science (Hons) Intelligent Systems
  • BSc (Hons) in Multimedia Technology
  • BSc (Hons) in Multimedia Technology with a specialism in VR/AR.
  • BSc (Hons) in Computer Games Development

Foundation (Laluan computing & Technology)

Tempoh Pengajian : 12 bulan

Program Tambahan

Pensijilan IR 4.0 & Program Neuro Linguistik (FELDA)

Tempoh Pengajian : 10 hari

  • APU Certified Java Developer
  • APU Certified Cybersecurity Engineer
  • APU Certified Data Engineer
  • APU Certified Data Cloud Practitioner
  • APU Certified Network Administrator
  • APU Certified Animator
  • APU Certified Digital Marketing Specialist

Intensive English Programme & Bahasa Asing (Korea)

Tempoh Pengajian : 6 bulan

Program ini akan dilaksanakan sebelum kursus pengajian Foundation bermula

Tarikh Tutup Permohonan

Untuk makluman, permohonan tawaran program ini ditutup selepas 14 hari keputusan SPM 2021 diumumkan.

Cara Memohon

Pelajar lepasan SPM 2021 yang berminat untuk ikuti program ini boleh lakukan permohonan dengan mengisi borang secara atas talian.

Borang ini mengandungi :

Bahagian A : Maklumat Pemohon (Pelajar)

Bahagian B : Maklumat Peribadi Waris

Bahagian C : Maklumat FELDA Wilayah & Rancangan

Bahagian D : Maklumat Pendidikan

Permohonan perlulah ditulis dengan huruf besar. Borang yang tidak lengkap diisi tidak akan diproses.

Klik pada pautan di bawah untuk buat permohonan secara online :

PERMOHONAN KE PROGRAM GLOBAL DIGITAL LEADERSHIP (GDL)

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :

Norhana (bahagian Latihan Yayasan FELDA)

Shahrul (Bahagian Pendidikan dan Sukan, Jabatan Pembangunan Komuniti dan Generasi FELDA)

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!