Permohonan Program Biasiswa Pengajian Ijazah Cagamas 2022

Berita baik buat pelajar Ijazah Sarjana yang mencari biasiswa kerana Program Biasiswa Pengajian Ijazah Cagamas 2022 telah dibuka untuk permohonan.

Program ini khusus buat pelajar yang sedang menyambung pengajian Ijazah Sarjana in Institut Pengajian TInggi (IPT) di Malaysia.

Kenali Cagamas

Cagamas Berhad (Cagamas), ialah Perbadanan Cagaran Malaysia yang telah ditubuhkan pada tahun 1986 untuk menggalakkan pemilikan rumah yang lebih luas dan pertumbuhan pasaran gadai janji sekunder di Malaysia.

Syarikat perbadanan ini menerbitkan bon korporat dan sukuk untuk membiayai pembelian pinjaman perumahan dan belum terima daripada institusi kewangan, syarikat terpilih dan sektor awam.

Penyediaan kecairan pada kos yang munasabah kepada pemberi pinjaman utama pinjaman perumahan menggalakkan lagi pembiayaan rumah pada kos yang berpatutan.

Model Cagamas dipandang baik oleh Bank Dunia sebagai kemudahan mudah tunai gadai janji sekunder yang paling berjaya.

Syarikat ini ialah pengeluar instrumen hutang terbesar dalam pasaran modal Malaysia.

Sejak diperbadankan pada 1986, Cagamas telah menerbitkan secara terkumpul RM339.5 bilion (setakat 31 Disember 2020) bon dan sukuk, yang termasuk terbitan oleh anak syarikat milik penuhnya, Cagamas Global P.L.C. dan Cagamas Global Sukuk Berhad yang juga dijamin oleh Cagamas.

Program Biasiswa Cagamas 2022

cagamas

Program biasisa ini merupakan salah satu cara Cagmas menunaikan tanggungjawab sosial korporat kepada rakyat Malaysia umumnya dan khusus buat para pelajar yang layak untuk menyambung pengajian mereka.

Biasiswa tanpa ikatan ini ditawarkan setiap tahun kepada pemohon-pemohon yang berjaya untuk mengikuti pengajian peringkat Ijazah pertama sehingga empat tahun di IPT dalam negara.

Faedah-faedah biasiswa

Berikut merupakan bantuan-bantuan dan faedah-faedah yang bakal dinikmati oleh penerima bantuan biasiswa ini:

  1. Sehinggan RM10,000 setahun bagi yuran pengajian & asrama
  2. Sehingga RM4,000 setahun bagi elaun alat bantuan pembelajaran
  3. Sehingga RM6,000 setahun bagi elaun sara hidup
  4. Program mentor
  5. Program latihan industri

Syarat kelayakan

  1. Warganegara Malaysia berusia bawah 25 tahun
  2. Mempunyai rekod akademik baik dalam SPM/STPM atau setaraf dengannya (dengan kredit dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris)
  3. Pelajar sepenuh masa dan sudah mendapat tawaran pengajian dalam bidang-bidang yang ditawarkan.
  4. Sangat memerlukan bantuan kewangan untuk menyambung pengajian
  5. Tidak ditawarkan biasiswa atau bantuan kewangan lain dari mana-mana institusi
  6. TIdak dibatalkan bantuan biasiswa dari mana-mana institusi atas apa-apa sebab.
  7. Mengikuti bidang-bidang pengajian tertentu di universiti-universiti atau kolej yang disenaraikan oleh pihak Cagamas sahaja

Senarai bidang pengajian dan IPT

Untuk melihat senarai penuh bidang-bidang pengajian dan univerisit/kolej yang layak untuk program biasiswa ini, sila rujuk halaman rasmi program biasiswa ini di alamat https://scholarship.cagamas.com.my/

Cara memohon dan tarikh tutup

Permohonan untuk program biasiswa ini boleh dilakukan secara dalam talian sahaja di laman rasmi program biasiswa ini.

Permohonan untuk program biasiswa ini bagi tahun 2022 sudah dibuka dan tarikh tutup permohonan adalah pada 22 Julai 2022.

Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan dan dihubungi.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 03-2262 1800

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!