Tahap Sijil Kemahiran Malaysia: Senarai Tahap 1 Hingga Tahap 5

tahap sijil kemahiran malaysia
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Tahap Sijil Kemahiran Malaysia menjadi rujukan penting bagi individu yang ingin mengikuti laluan pendidikan dan latihan kemahiran di Malaysia.

Berikut ialah senarai Tahap Sijil Kemahiran Malaysia dari Tahap 1 hingga Tahap 5 untuk rujukan anda.

Baca lagi: Permohonan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Melalui PPT

Apa itu Tahap Sijil Kemahiran Malaysia?

Umumnya, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) adalah satu dokumen yang diiktiraf dan dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Malaysia.

Sijil ini telah menjadi persijilan rasmi nasional yang dianugerahkan oleh Kerajaan Malaysia dan diterima di dalam dan luar negara.

Berkenaan tahap Sijil Kemahiran Malaysia pula merupakan satu garis panduan untuk mengukur sejauh mana penguasaan dan perkembangan kompetensi, tanggungjawab dan profesionalisme seseorang dalam bidang kemahiran.

Tahap Sijil Kemahiran Malaysia

Tahap Sijil Kemahiran Malaysia mempunyai 5 tahap kesemuanya iaitu:

Tahap 1 — Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Terampil melaksanakan pelbagai tugas kerja rutin dan boleh dijangka.

Tahap 2 — Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Terampil melaksanakan pelbagai tugas dalam pelbagai situasi serta mempunyai tanggungjawab dan autonomi diri.

Tahap 3 — Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Terampil melaksanakan tugas kompleks, mempunyai autonomi tinggi serta membimbing orang lain.

Tahap 4 — Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)
Terampil dalam kerja teknikal dan profesional dengan tanggungjawab tinggi terhadap kerja dan sumber.

Tahap 5 — Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)
Terampil mengendalikan tugas kompleks, analisis, perancangan dan penilaian dengan tanggungjawab yang sangat tinggi.

tahap sijil kemahiran malaysia

Syarat Kelayakan Persijilan Kemahiran Malaysia

Syarat minimum menyertai latihan Persijilan Kemahiran Malaysia Kaedah Pertauliahan melalui Institusi Latihan yang diiktiraf, calon-calon mestilah :

  • Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
  • Mempunyai SKM tahap yang lebih rendah untuk menyertai SKM tahap yang lebih tinggi dalam bidang kursus yang sama.

Kursus/Program Yang Ditawarkan

Semakan dan carian kursus atau program yang ditawarkan oleh Pusat Bertauliah SLaPB dan ADI Perantisana boleh didapati dari pautan ini:

Kaedah Persijilan Kemahiran Malaysia

Persijilan Kemahiran Malaysia boleh didapati melalui tiga (3) kaedah iaitu:

1. Melalui Sistem Latihan Pusat Bertauliah (SLaPB)

Kaedah latihan kemahiran di pusat-pusat bertauliah JPK bagi bidang & tahap kemahiran yang tertentu dan telah ditauliahkan.

2. Melalui Akademi Dalam Industri (ADI)

Kaedah latihan berorientasikan industri yang menggabungkan latihan di tempat kerja dan institusi kemahiran.

3. Melalui Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT)

Kaedah mendapatkan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui pengalaman lalu (kerja atau latihan). Calon dikehendaki mengemukakan bukti-bukti ketrampilan yang telah dimiliki untuk dinilai oleh Pegawai Penilai dan disahkan oleh Pengawai Pengesah Luaran yang dilantik JPK.

    Faedah Persijilan Kemahiran Malaysia

    • Persijilan Kemahiran diiktiraf oleh industri di Malaysia
    • Persijilan Kemahiran Malaysia menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.
    • Persijilan Kemahiran Malaysia berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.

    Tahap SKM dan Peluang Kerjaya

    Berikut ialah contoh peluang kerjaya, jawatan berkaitan dan laluan peningkatan kemahiran bagi setiap Tahap Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

    JAWATAN KERAJAAN

      TahapKelayakanContoh Jawatan Swasta
      SKM Tahap 1Kemahiran asasPembantu Operasi, Pembantu Pengeluaran, Operator Kilang
      SKM Tahap 2Kemahiran dalam pelbagai situasi kerjaJuruteknik Junior, Operator Mesin, Pembantu Teknikal
      SKM Tahap 3Kemahiran kompleks dan penyeliaan asasJuruteknik, Penyelia Tapak, Penyelia Pengeluaran
      DKM Tahap 4Kemahiran teknikal dan profesionalEksekutif Teknikal, Penyelia Kanan, Penolong Pengurus Teknikal
      DLKM Tahap 5Pengurusan, analisis dan perancanganPengurus Operasi, Pengurus Teknikal, Pengurus Latihan

      Semak Senarai Bidang SKM Yang Diiktiraf Untuk Pelantikan Perkhidmatan Awam

      KERJA SWASTA

      TahapKategori PekerjaanSkop PekerjaanContoh SektorContoh Jawatan Swasta
      SKM Tahap 1Peringkat Operasi & PengeluaranJunior TECH hingga ke Senior TechManufacturing / Transport & Logistics / EngineeringMechanic / Handyman
      SKM Tahap 2Peringkat Operasi & PengeluaranJunior TECH hingga ke Senior TechAutomatif / MekanikalTechnician / Service Advisor
      SKM Tahap 3Peringkat PenyeliaanJunior TECH hingga ke Senior TechAutomatif / Mekanikal / Industrial Chemistry / Paint Technology / Laboratory TechnologyTechnician / Service Advisor
      DKM Tahap 4Peringkat PenyeliaanAssist Eng hingga ke EngineerElektrikal / PendidikanElectrical / Welding / Maintenance Specialist / Pegawai Penilai TVET / Chargeman
      DLKM Tahap 5Peringkat PengurusanEngineer hingga ke Sr.Engineer @ Eng Manager/Management SiteElektrikal Chargeman

      Anda boleh semak senarai pekerjaan terkini yang menggunakan Sijil Kemahiran Malaysia melalui Portal Job Street

      Soalan Lazim Tahap Sijil Kemahiran Malaysia

      Apakah yang dimaksudkan dengan Tahap Sijil Kemahiran Malaysia?

      Tahap Sijil Kemahiran Malaysia ialah sistem pengkelasan yang digunakan untuk mengukur tahap kompetensi, kemahiran, tanggungjawab dan profesionalisme seseorang dalam bidang kemahiran tertentu. Ia merangkumi Tahap 1 hingga Tahap 5.

      Siapakah yang mengeluarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)?

      Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), sebuah agensi di bawah Kerajaan Malaysia.

      Berapakah jumlah Tahap Sijil Kemahiran Malaysia?

      Terdapat lima tahap keseluruhan iaitu SKM Tahap 1, SKM Tahap 2, SKM Tahap 3, Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5.

      Apakah perbezaan antara SKM Tahap 1 hingga Tahap 5?

      Perbezaannya terletak pada tahap kemahiran, autonomi dan tanggungjawab yang dimiliki. Semakin tinggi tahap, semakin kompleks tugasan yang boleh dilaksanakan serta semakin besar tanggungjawab yang dipikul.

      Adakah SKM diiktiraf di Malaysia?

      Ya. SKM merupakan persijilan rasmi kebangsaan yang diiktiraf oleh kerajaan dan industri di Malaysia.

      Apakah faedah memiliki Sijil Kemahiran Malaysia?

      SKM diiktiraf oleh industri, membuka peluang kerjaya yang lebih luas, meningkatkan kebolehpasaran graduan serta menyediakan laluan pembangunan kerjaya yang setanding dengan kelayakan akademik.

      Di manakah saya boleh menyemak kursus atau program SKM yang ditawarkan?

      Semakan kursus dan program boleh dibuat melalui senarai kursus yang ditawarkan oleh Pusat Bertauliah di bawah Sistem Latihan Pusat Bertauliah (SLaPB) atau Akademi Dalam Industri (ADI) yang diiktiraf oleh JPK.

      Baca lagi: Semakan Keputusan SVM (Sijil Vokasional Malaysia)

      Follow eCentral di WhatsApp Channel
      Ikut