Permohonan bagi Sijil Kemahiran Malaysia melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) kini dibuka melalui pautan https://forms.gle/DwVJezYxz6ae7W1R6.
Kementerian Belia dan Sukan menawarkan pembiayaan yuran pendaftaran persijilan PPT kepada belia yang yang mempunyai kemahiran TVET dan mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang yang dimohon.
Terdapat pelbagai kelebihan yang ditawarkan menerusi SKM yang ramai tak tahu. Teruskan membaca untuk ketahui dengan lebih lanjut.

Mengenai Sijil Kemahiran Malaysia
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) adalah sijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Malaysia.
Sijil ini merupakan persijilan rasmi nasional yang dianugerahkan oleh Kerajaan Malaysia dan diterima di dalam dan luar negara.
SKM diberikan kepada individu yang telah menunjukkan keupayaan serta kompetensi untuk melaksanakan tugasan atau aktiviti kerja dalam bidang tertentu.

Kelebihan Sijil Kemahiran Malaysia
Terdapat pelbagai manfaat yang boleh dinikmati oleh pelajar lepasan SKM iaitu :
- Persijilan Kemahiran diiktiraf oleh industri di Malaysia
- Persijilan Kemahiran Malaysia menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.
- Persijilan Kemahiran Malaysia berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.
Tahap Pengajian SKM
Sebagai pelajar TVET, anda perlu tahu yang Sijil Kemahiran Malaysia mempunyai 5 tahap.
Lebih tinggi tahap pengajian anda, lebih bertambah kemahiran dan pengetahuan anda.
Secara tak langsung, peluang pekerjaan serta gaji permulaan yang bakal ditawarkan juga akan lebih tinggi.
5 tahap Sijil Kemahiran Malaysia adalah seperti berikut :
- Tahap 1 (SKM Tahap 1) – Peringkat Operasi dan Pengeluaran
- Tahap 2 (SKM Tahap 2) – Peringkat Operasi dan Pengeluaran
- Tahap 3 (SKM Tahap 3) – Peringkat Penyeliaan
- Tahap 4 (DKM Tahap 4) – Peringkat Penyeliaan Tahap Tinggi
- Tahap 5 (DLKM Tahap 5) – Peringkat Pengurusan

Bidang Kemahiran Yang Ditawarkan
Dari bidang Automotif hingga Operasi Makanan dan Minuman, terdapat pelbagai bidang kemahiran yang ditawarkan oleh SKM.
Calon yang berminat boleh lihat senarai program yang ditawarkan serta lokasi Pusat Bertauliah di pautan berikut https://www.myspike.my/index.php?r=site%2Findex-pelajar
Cara Mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia
Sijil Kemahiran Malaysia boleh diperoleh melalui tiga kaedah seperti berikut :
1.Melalui Latihan di Institusi yang Diiktiraf
Kaedah melalui program latihan kemahiran di pusat-pusat bertauliah JPK bagi bidang & tahap kemahiran yang tertentu dan telah ditauliahkan.
2. Melalui Latihan Berorientasikan Industri (SLDN)
Kaedah latihan perantisan dalam Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang dijalankan di industri dan institut latihan kemahiran.
3. Melalui Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT)
Kaedah mendapatkan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui pengalaman lalu (kerja atau latihan).
Calon dikehendaki mengemukakan bukti-bukti keterampilan yang telah dimiliki untuk dinilai oleh Pegawai Penilai dan disahkan oleh Pengawai Pengesah Luaran yang dilantik JPK.
Syarat Permohonan Sijil Kemahiran Malaysia Melalui PPT
Syarat permohonan untuk memohon sijil ini adalah seperti berikut:
- Terbuka kepada belia (30 tahun ke bawah) yang mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang yang dimohon.
- Calon yang ingin mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi Tahap 3, Tahap 4, atau Tahap 5 perlu mengemukakan bukti keterampilan yang dimiliki secara portfolio.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://forms.gle/DwVJezYxz6ae7W1R6.
Permohonan bagi tahun 2026 ini dibuka mulai 6 Februari 2026 hingga 27 Februari 2026.
Soalan Lazim
SKM adalah sijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Malaysia dan merupakan persijilan rasmi nasional yang dianugerahkan oleh Kerajaan Malaysia serta diterima di dalam dan luar negara.
– Tahap 1 (SKM Tahap 1) – Peringkat Operasi dan Pengeluaran
– Tahap 2 (SKM Tahap 2) – Peringkat Operasi dan Pengeluaran
– Tahap 3 (SKM Tahap 3) – Peringkat Penyeliaan
– Tahap 4 (DKM Tahap 4) – Peringkat Penyeliaan Tahap Tinggi
– Tahap 5 (DLKM Tahap 5) – Peringkat Pengurusan
– Terbuka kepada belia (30 tahun ke bawah) yang mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang yang dimohon.
– Calon yang ingin mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi Tahap 3, Tahap 4, atau Tahap 5 perlu mengemukakan bukti keterampilan yang dimiliki secara portfolio.
Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://forms.gle/DwVJezYxz6ae7W1R6.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut hubungi Puan Liyana di talian 03-8871 0372 atau [email protected].
Baca juga: 7 Aspek Kemahiran Insaniah dan Kepentingannya dalam Hidup




