Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Kepada ibu bapa dan penjaga di Wilayah Persekutuan yang ingin mendaftarkan anak-anak berumur 5 dan 6 tahun, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menawarkan kemasukan ke Tadika MAIWP merangkumi Permata MAIWP dan MAIWP Kids bagi Sesi 2027 yang boleh dipohon menerusi www.maiwp.gov.my.

Berikut adalah maklumat mengenai info mengenai kemasukan ke tadika ini.

Mengenai Tadika MAIWP

Tadika MAIWP merupakan pusat pendidikan di bawah MAIWP yang menyediakan pendidikan awal kepada kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun.

Di bawah tadika ini, terdapat 2 jenis aliran pendidikan iaitu Permata MAIWP dan MAIWP Kids.

Permata MAIWP yang dahulunya dikenali sebagai Tadika Islam MAIWP merupakan tadika yang melaksanakan program pendidikan prasekolah bagi kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun.

Manakala MAIWP Kids pula adalah salah satu inisiatif MAIWP dalam memperkasakan institusi pendidikan awal kanak-kanak berkonsepkan Tadika Islam Moden.

Tujuan tadika ini diwujudkan adalah untuk memperkasakan pendidikan Islam moden untuk kanak-kanak di Wilayah Persekutuan dan kawasan sekitarnya.

Perbezaan Permata MAIWP & MAIWP Kids

Permata MAIWP dan MAIWP Kids adalah berbeza daripada pelbagai sudut seperti waktu operasi bermula MAIWP Kids bermula dari 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Di sebelah petang, murid-murid akan mengikuti Kelas Pengajian Petang (KPP) yang menyediakan pelbagai program pendidikan dalam bentuk aktiviti dan modul menarik.

Dari sudut pelaksanaan pembelajaran, MAIWP Kids mengutamakan ahasa penyampaian dan komunikasi menggunakan Bahasa Inggeris sebagai persediaan melangkah ke peringkat sekolah rendah.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan dibuka mulai 1 hingga 30 September 2026.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon kemasukan ke tadika ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon (murid) adalah warganegara Malaysia.
  2. Keutamaan kepada ibu/bapa/penjaga yang bekerja atau menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
  3. Pendaftaran Tadika Permata MAIWP dan MAIWP Kids bagi 5 tahun adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada tahun 2022.
  4. Pendaftaran Tadika Permata MAIWP dan MAIWP Kids bagi 6 tahun adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 2021 (murid baru sahaja).
  5. Sihat tubuh badan dan tidak mengalami penyakit berjangkit, kronik dan kritikal. Pihak MAIWP berhak menolak permohonan jika didapati maklumat yang diberikan adalah tidak benar.
  6. Pengambilan murid terhad kepada bilangan kelas vang sedia ada sahaja.
  7. Permohonan hanya dibuka secara atas talian (online) bermula 1-30 September 2026.
  8. Ibu/bapa/penjaga DIWAJIBKAN mengisi Borang Permohonan Kemasukan dengan lengkap secara atas talian (online) di laman sesawang rasmi MAIWP (www.maiwp.gov.my).
  9. Hanya murid yang membuat pengisian secara atas talian (online) sahaja akan dipertimbangkan untuk pemilian kemasukan ke Tadika Permata MAIWP dan MAIWP Kids.
  10. Ibu/bapa/penjaga hanya boleh membuat 3 permohonan tadika sahaja untuk seorang anak.
  11. Keputusan permohonan/tawaran akan dimaklumkan di laman sesawang MAIWP (www.maiwp.gov.my) mulai 1 November 2026 dan ibu/bapa/penjaga hendaklah membuat pengesahan terimaan tawaran tersebut selewat-lewatya pada 14 November 2026.

Syarat Tambahan

Terdapat syarat tambahan dikenakan kepada Permata MAIWP dan MAIWP Kids bagi cawangan Putrajaya iaitu:

  1. Lulus Ujian Penilaian Kendiri yang akan dilaksanakan oleh MAIWP Cawangan Putrajaya (tarikh ujian akan dimaklumkan ole MAIWP Cawangan Putrajaya).

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi laman web MAIWP iaitu www.maiwp.gov.my.

Pemohon juga perlu menyediakan dokumen-dokumen berikut iaitu:

  1. Salinan Sijil Kelahiran / Pasport Murid
  2. Salinan Kad Pengenalan / Pasport ibu dan bapa/penjaga.
  3. Satu salinan Penyata Gaji / Pencen / Perkeso ibu dan bapa/penjaga terkini / Surat Akan Sumpah Pendapatan terkini (yang dicop oleh Pesuruhjaya Sumpah) sekiranya ibu/bapa/penjaga yang tiada penyata gaji / bekerja sendiri tidak bekerja.
  4. Rekod kesihatan kanak-kanak (Rekod Imunisasi) – lampiran senarai suntikan
  5. Satu salinan Cukai Pintu / Bil Utiliti kediaman semasa
  6. Salinan surat pengesahan Baitulmal (Bantuan Bulanan sahaja dari Zakat Wilayah Persekutuan dan Zakat Selangor)

Tarikh Penting

Ibu bapa perlu mengambil perhatian tarikh-tarikh penting berikut:

PerkaraTarikh
Pengisian Permohonan Secara Dalam Talian1-30 September 2026
Uiian KhasOktober 2026
Semakan Keputusan Permohonan1-14 November 2026
Permohonan Rayuan16 November 2026
Taklimat Pendaftaran28-31 Disember 2026

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Tadika MAIWP?

Tadika MAIWP merupakan pusat pendidikan di bawah MAIWP yang menyediakan pendidikan awal kepada kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun.

Bilakah tarikh permohonan kemasukan bagi tahun 2027 dibuka?

Tarikh permohonan dibuka mulai 1 hingga 30 September 2026.

Bilakah waktu operasi MAIWP Kids bermula dan berakhir?

MAIWP Kids bermula dari 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Di sebelah petang, murid-murid akan mengikuti Kelas Pengajian Petang (KPP) yang menyediakan pelbagai program pendidikan dalam bentuk aktiviti dan modul menarik.

Apakah syarat tambahan yang dikenakan bagi kemasukan ke Permata MAIWP dan MAIWP Kids bagi cawangan Putrajaya?

Murid mestilah lulus Ujian Penilaian Kendiri yang akan dilaksanakan oleh MAIWP Cawangan Putrajaya.

Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan?

Permohonan boleh dibuat menerusi laman web MAIWP iaitu www.maiwp.gov.my.

Apakah dokumen yang diperlukan untuk permohonan ini?

– Salinan Sijil Kelahiran / Pasport Murid
– Salinan Kad Pengenalan / Pasport ibu dan bapa/penjaga.
– Satu salinan Penyata Gaji / Pencen / Perkeso ibu dan bapa/penjaga terkini / Surat Akan Sumpah Pendapatan terkini (yang dicop oleh Pesuruhjaya Sumpah) sekiranya ibu/bapa/penjaga yang tiada penyata gaji / bekerja sendiri tidak bekerja.
– Rekod kesihatan kanak-kanak (Rekod Imunisasi) – lampiran senarai suntikan
– Satu salinan Cukai Pintu / Bil Utiliti kediaman semasa
– Salinan surat pengesahan Baitulmal (Bantuan Bulanan sahaja dari Zakat Wilayah Persekutuan dan Zakat Selangor)

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Tadika MAIWP, sila layari laman web www.maiwp.gov.my.

Baca juga: Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) 2026 – Semakan Subsidi Yuran RM50 Sebulan

Penulis