Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) adalah skim bantuan yuran tadika yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu meringankan beban ibu bapa membayar yuran tadika.
Pendaftaran Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) sesi 2026 kini telah dibuka bermula 16 Mac 2026 melalui portal TUNAS di https://tunas.yawas.com.my/
Melalui skim ini, pemohon yang layak akan menerima subsidi yuran sebanyak RM50 sebulan bagi membantu meringankan beban kos yuran tadika anak-anak anda.

Bantuan yang diberikan akan disalurkan terus kepada tadika yang berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor atau agensi berkaitan, bukannya dalam bentuk tunai kepada penerima.
Rujuk info lebih terperinci mengenai Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) di bawah.
Ringkasan Skim Bantuan Tadikan Selangor TUNAS 2026
- Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) adalah skim bantuan yuran tadika.
- Subsidi RM50 sebulan (disalurkan terus ke tadika berdaftar).
- Anak yang berumur 5 dan 6 tahun sahaja pada tahun permohonan.
- Pemohon mestilah Warganegara Malaysia.
- Anak yang belajar di tadika berdaftar melalui KPM dan YAWAS sahaja.
- Pendapatan isi rumah (gaji pokok) RM5,000.00 dan ke bawah.
- Permohonan dibuka bermula 16 Mac melalui https://tunas.yawas.com.my/
Apa Itu Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS)?
Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) adalah program bantuan yuran tadika yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu meringankan beban ibu bapa membayar yuran tadika anak-anak mereka.
Jumlah bantuan yang diberikan ialah RM50 setiap bulan. Skim ini khusus untuk kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun yang layak.
Bantuan ini tidak diberikan secara tunai kepada ibu bapa tetapi terus disalurkan kepada kepada tadika yang berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNs), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Perpaduan Negara (JPN).

Tujuan utama TUNAS ialah untuk memastikan pendidikan awal dapat diakses oleh keluarga berpendapatan rendah di Selangor dengan mengurangkan kos yuran tadika secara langsung melalui bantuan ini.
Skim ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri dalam memperkukuh pendidikan awal dan kebajikan kanak-kanak. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web rasmi TUNAS.

Tarikh Permohonan TUNAS Selangor 2026
Pendaftaran Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) sesi 2026 kini telah dibuka bermula 16 Mac 2026.
Pemohon yang menepati syarat boleh memohon melalui portal Tunas di https://tunas.yawas.com.my/

Syarat Permohonan TUNAS Selangor 2026
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia
- Pemohon mestilah sama ada:
- Ibu ATAU bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor
- ATAU anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor
- ATAU ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun. Perlu mendapat pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi Taman Perumahan / Senator / ADUN / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal
- Pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah
- Suami dan isteri bekerja atau tidak bekerja
- Anak yang berumur 5 dan 6 tahun sahaja
- Untuk Anak yang belajar di TADIKA BERDAFTAR sahaja. KLIK SINI UNTUK LIHAT SENARAI TADIKA
BACA JUGA: TAWAS Selangor 2026 – Cara Tebus RM1500 untuk Kelahiran 2008
Cara Mohon Tunas Selangor 2026
Rujuk cara permohonan Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) di bawah:
- Layari portal rasmi TUNAS melalui pautan berikut: https://tunasv2.yawas.my/mohon/
- Klik ‘Teruskan Permohonan’ sekiranya anda memenuhi semua syarat yang ditetapkan.
- Isi no kad pengenalan pemohon.
- Sekiranya no kad pengenalan anda belum terdaftar, sila tambah maklumat anak terlebih dahulu, kemudian klik Mohon Sekarang untuk meneruskan pendaftaran.
- Isi semua maklumat yang diperlukan dengan tepat untuk permohonan.
- Kemudian, klik Hantar.

Lampirkan dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan. Rujuk senarai dokumen yang diperlukan di bawah.
Dokumen Yang Diperlukan
- Cetak Borang Permohonan
- Salinan Sijil Lahir / Mykid Anak
- Salinan MyKad Ibu
- Salinan MyKad Bapa
- Salinan Perakuan Anak Angkat / Sijil Kematian / Sijil Cerai (Jika Perlu)
- Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan IBU Sekiranya Ibu Tidak Bekerja *Perlu pengesahan oleh Penghulu /Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat
- Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan BAPA sekiranya Bapa Tidak Bekerja*Perlu pengesahan oleh Penghulu /Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat
- Slip Pendaftaran Tadika/Resit Yuran
- Salinan SPR Pemohon (ibu/bapa)
- Bagi Pemohon Yang Bukan Kelahiran Selangor, Berikut Adalah Dokumen Tambahan Yang Perlu Dilampirkan
- Salinan Bil Air / Bil Elektrik / TM / ASTRO / Muka Depan Buku Merah IBU
- Cop Pengesahan Bermastautin (Bagi Permohonan Baru Sahaja)
Dokumen hendaklah dihantar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran online dilakukan ke emel [email protected] atau alamat berikut:
Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas),
Aras 5, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7
Persiaran Kayangan
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
No Tel: 03-5481 8800
Sebarang kelewatan penghantaran dokumen tidak akan diproses dan dianggap tidak berjaya.

Muat Turun Borang Permohonan Tadika PDF
Semakan Permohonan
Semakan permohonan Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) boleh dilakukan di portal rasmi TUNAS, https://tunasv2.yawas.my/admin/semakan_tunas.php
Masukkan nombor kad pengenalan pemohon untuk mendapatkan keputusan semakan permohonan. Semakan ini membolehkan pemohon mengetahui status permohonan sama ada diluluskan atau tidak.

Cara Kemaskini Maklumat
- Layari portal rasmi TUNAS di pautan berikut: https://tunas.yawas.com.my/
- Klik menu Permohonan/Semakan
- Kemudian, pilih Kemaskini/Cetakan
- Masukkan nombor kad pengenalan pemohonan dan nombor Mykid
- Ikut arahan selanjutnya.
- Kemaskini maklumat yang perlu dikemaskini dengan tepat.
- Klik butang “Hantar” untuk menyimpan kemaskini maklumat.
Senarai Tadika Berdaftar Untuk TUNAS Selangor 2026
Senarai tadika berdaftar dengan Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) 2026 boleh disemak melalui laman rasmi TUNAS di pautan berikut: https://tunasv2.yawas.my/mohon/
Senarai ini mengandungi maklumat seperti kod tadika, nama tadika, alamat, kawasan Dun, dan status kelulusan. Ia merangkumi pelbagai tadika dan tabika yang diiktiraf dan layak menerima bantuan yuran TUNAS di seluruh negeri Selangor.
Maklumat Lanjut TUNAS Selangor 2026
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) melalui saluran berikut:
- Portal TUNAS www.tunas.yawas.my
- Facebook Si Manja Tawas
- Emel: [email protected]
- Talian: 603 5481 8800
Alamat
Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam, Selangor.
Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) merupakan syarikat dibawah seliaan Menteri Besar (PEMERBADANAN). YAWAS telah ditubuhkan pada 05 Februari 2009 dibawah Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).
Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) adalah skim bantuan yuran tadika berupa subsidi RM50 sebulan yang disalurkan terus ke tadika berdaftar bagi kanak-kanak berumur 5-6 tahun di Selangor.
bu bapa atau penjaga warganegara Malaysia yang menetap di Selangor sekurang-kurangnya 5 tahun.
Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.
Kanak-kanak mesti bersekolah di tadika berdaftar dengan agensi berkenaan.
Permohonan dibuat secara dalam talian di https://tunas.yawas.com.my dengan mengisi borang permohonan dan memuat naik dokumen sokongan.
Tidak, bantuan ini adalah subsidi yuran yang disalurkan terus kepada tadika.
Bantuan yang diberikan ialah sebanyak RM50 sebulan.
Ya, permohonan perlu diperbaharui setiap tahun untuk memastikan kelayakan masih dipenuhi.
Tidak, hanya kanak-kanak yang bersekolah di tadika berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, JAIS, KEMAS, atau JPN sahaja layak menerima bantuan.
Semakan boleh dibuat secara dalam talian di laman semakan TUNAS https://tunasv2.yawas.my/admin/semak_online.php menggunakan nombor MyKad.
Pendaftaran Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) 2026 dibuka bermula 16 Mac 2026 melalui portal TUNAS: https://tunas.yawas.com.my/




