TUNS 2025: Bantuan RM3,000 Untuk Penjaja dan Peniaga Kecil N9

TUNS 2025
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Permohonan bagi Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) bagi tahun 2025 kini dibuka semula.

Bagi anda yang berminat untuk memohon bantuan ini, anda boleh melakukan permohonan bermula 15 Januari 2025 sehingga 31 Mac 2025 di laman rasmi Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan.

Untuk makluman, tahun 2025 adalah tahun ketujuh pelaksanaan TUNS ini, dan kali ini ia hadir dengan membawa tema ‘Bersama Membina Negeri Madani’.

Para peniaga di seluruh pelusuk Negeri Sembilan digalakkan untuk mengambil peluang ini bagi mengembangkan perniagaan sedia ada.

Melalui tabung ini, usahawan mikro sepeti anda berpeluang mendapat pembiayaan secara geran bernilai sehingga RM3,000.

Berikut adalah info lanjut yang perlu anda tahu tentang Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) beserta syarat-syarat kelayakan dan cara permohonan.

Apakah Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS)

Melalui Belanjawan Negeri Sembilan 2025 yang bertemakan ‘Bersama Membina Negeri Madani’, Kerajaan Negeri Sembilan bersetuju untuk meneruskan inisiatif TUNS untuk tahun ketujuh pada tahun ini dengan peruntukan berjumlah RM3.00juta.

TUNS merupakan bantuan pembiayaan secara geran berjumlah RM3,000.00 yang disasarkan kepada Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Sembilan.

Objektif utama penubuhan TUNS ini adalah supaya lebih ramai golongan usahawan pada skala ini berjaya diwujudkan melalui bantuan pembiayaan ini.

Disamping itu juga diharapkan agar bantuan ini dapat meningkatkan perniagaan sedia ada para usahawan agar melonjak ke satu aras yang lebih baik dari sebelumnya.

TUNS juga secara tidak langsung dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan disamping membantu merangsang pertumbuhan ekonomi.

Syarat Kelayakan TUNS 2021

Syarat-syarat yang dipenuhi oleh usahawan yang ingin membuat permohonan Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Anak Negeri Sembilan atau Pengundi Negeri Sembilan;
  3. Perniagaan berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777)/ Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012/ Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197) dan masih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan dan telah didaftarkan serta beroperasi selama tempoh tiga (3) bulan sebelum permohonan dibuat;
  4. Alamat perniagaan didaftarkan di Negeri Sembilan dan perniagaan beroperasi di Negeri Sembilan;
  5. Penjaja atau peniaga kecil yang mencatatkan jualan tahunan kurang daripada RM100,000.00;
  6. Mempunyai akaun perniagaan yang sah dan aktif dalam tempoh tiga (3) bulan;
  7. Pemohon menjalankan perniagaan secara sepenuh masa;
  8. Pemohon tidak berstatus muflis; dan
  9. Tidak pernah menerima TUNS.

Jenis Perniagaan Yang Layak

  • Minuman dan makanan;
  • Bakeri, pastri dan kuih-muih;
  • Khidmat jahitan;
  • Pertanian/penternakan/perikanan;
  • Salon kecantikan dan gunting rambut;
  • Kraf tangan dan cenderamata;
  • Peruncitan;
  • Fotografi; dan
  • Lain-lain perkhidmatan (selain insurans, institusi kewangan dan pembekalan tenaga kerja).

Jenis Perniagaan Yang Tidak Layak

  • Perkhidmatan profesional;
  • Homestay;
  • Jual beli barangan buangan (besi dan plastik lusuh);
  • Ejen jualan produk, dropship dan Multi-Level Marketing;
  • Mesin layan diri (vending machine);
  • Dobi layan diri;
  • Kontraktor;
  • Sewaan jentera dan kenderaan penumpang mahupun perkhidmatan logistik;
  • Perniagaan yang salah disisi undang-undang;
  • Perniagaan yang memudaratkan kesihatan serta tidak memenuhi/mematuhi nilai-nilai moral masyarakat seperti rokok, rokok elektronik, ejen nombor ramalan, minuman keras dan lain-lain.

Cara & Tarikh Permohonan TUNS 2025

Bagi anda yang berminat dan ingin melakukan permohonan bantuan TUNS bagi tahun 2025, permohonan telah pun di buka bermula 15 Januari sehingga 31 Mac 2025 ini. Oleh itu, pastikan anda tidak terlepas peluang dan hantarkan borang yang telah lengkap dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan.

Permohonan TUNS 2025 ini boleh dibuat melalui portal rasmi TUNS 2025. Kaedah permohonan TUNS diteruskan sepenuhnya secara atas talian (online) bertujuan bagi memudahkan proses permohonan, proses semakan dan pemantauan status permohonan oleh para pemohon tanpa perlu hadir ke pejabat Urus Setia TUNS.

Dokumen Sokongan

  • Salinan kad pengenalan adalah milik pemohon, berwarna dan jelas;
  • Gambar formal pemohon berukuran passport;
  • Salinan lesen/ permit perniagaan (keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai lesen/ permit);
    • Atas nama pemohon sendiri atau nama rakan kongsi yang didaftarkan di dalam dokumen pendaftaran SSM
    • Masih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan
  • Salinan dokumen pendaftaran SSM ;
    • Perniagaan pemilikan tunggal/ perkongsian
      • Sijil perakuan pendaftaran
      • Maklumat perniagaan
      • Maklumat pemilik perniagaan terkini
    • Syarikat Awam Berhad atau Sendirian Berhad
      • Borang 9, 24, 49 dan Borang Annual Return Terkini
      • Borang Seksyen 14, 15, 51 dan 78
    • Masih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan.
    • Milik pemohon
    • Beralamat dan beroperasi di Negeri Sembilan.
    • Perniagaan yang bukan pemilikan tunggal wajib disertakan dengan surat persetujuan semua  rakan kongsi untuk memohon pembiayaan ini.
    • Permohonan mestilah berkaitan dengan jenis perniagaan yang didaftarkan di dalam dokumen pendaftaran SSM (pemohon perlulah memilih hanya satu jenis perniagaan bagi permohonan TUNS – hanya terpakai pada pemohon yang mempunyai lebih daripada satu (1) perniagaan).
  • Salinan penyata kewangan/ penyata bank perniagaan;
    • Akaun mestilah atas nama perniagaan/ syarikat atau nama pemohon.
    • Penyata akaun perniagaan/ syarikat pemohon yang mempunyai transaksi aktif bagi membuktikan perniagaan pemohon beroperasi.
    • Penyata kewangan/penyata akaun bank yang terkini dan lengkap bagi tempoh tiga (3) bulan berturut-turut.
    • Penyata yang dibenarkan:
      • Penyata yang diperoleh melalui kaunter bank. (telah disahkan oleh pihak bank)atau
      • Penyata lengkap yang dimuat turun melalui perbankan online. 
        (Screenshot daripada transaction history adalah tidak diterima)
  • Salinan maklumat akaun simpanan;(penyata akaun melalui bank atau online banking/ muka hadapan buku bank);
    • Akaun simpanan mestilah atas nama pemohon.
    • Lengkap dengan:
      • Nama pemilik akaun
      • Nama bank
      • Nombor akaun bank
  • Gambar perniagaan (sekurang-kurangnya tiga (3) gambar);
    • Gambar yang membuktikan perniagaan beroperasi.
    • Gambar hadapan premis/ tapak perniagaan.
    • Pemohon yang beroperasi dari rumah atau secara atas talian hendaklah memberikan screenshot Laman Web, Facebook, Instagram atau mana-mana platform jualan atas talian yang boleh membuktikan perniagaan tersebut dijalankan.
  • Salinan perjanjian sewa premis/ tanah;
    • Masih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan.
    • Terpakai untuk permohonan yang memohon modal kerja (bayaran sewa premis dan bil utiliti).
    • Bagi pembiayaan melibatkan sektor pertanian dan penternakan, pemohon perlu melampirkan salinan geran tanah dan surat kebenaran menjalankan aktiviti di tanah tersebut oleh pemilik tanah (sekiranya tanah bukan milik pemohon).
  • Sebut harga terkini atau dalam tempoh sebulan dari tarikh permohonan;
    • Sebut harga asal yang dikeluarkan oleh pembekal yang layak membekal berserta cop perniagaan pembekal dan mestilah atas nama/ nama perniagaan pemohon.
    • Setiap barang yang dipohon mestilah dinyatakan dengan jelas seperti jenama, model, spesifikasi, kuantiti dan harga.
    • Maklumat pembekal mestilah lengkap seperti nama perniagaan, nombor pendaftaran SSM, alamat perniagaan, nombor telefon dan lain-lain. Keutamaan adalah kepada pembekal dari Negeri Sembilan dan jika pembekal dari luar Negeri Sembilan, pemohon perlu mengisi ruangan perakuan/ justifikasi pemilihan pembekal tersebut.
    • Barang/ peralatan yang dipohon hendaklah berkaitan dengan perniagaan dan menjadi aset kepada perniagaan dan bukan stok jualan (sertakan surat justifikasi permohonan peralatan jika perlu).
    • Stok jualan dan bahan pembungkusan adalah dikategorikan sebagai bahan mentah.
    • Kerja-kerja ubahsuai dan membina struktur adalah tidak termasuk di dalam komponen pembiayaan kecuali bagi permohonan melibatkan pertanian dan penternakan bagi membina struktur pertanian atau kandang penternakan.
    • Pembekal yang mengeluarkan sebut harga tidak boleh mempunyai sebarang kepentingan dengan pemohon. Sekiranya terdapat sebarang konflik kepentingan, permohonan akan ditolak serta merta.
    • Pembelian dari platform Shopee dan Lazada adalah dibenarkan. Bagi menggantikan sebut harga, pemohon perlu screenshot gambar yang mempunyai harga dan spesifikasi yang lengkap barangan yang ingin dibeli. 
  • Borang Aku Janji; dan
  • Borang Pengesahan Menjalankan Perniagaan

Pengesahan Dokumen

Setiap helaian dokumen sokongan mestilah disahkan oleh Pegawai yang berkelayakan. (Pegawai Kerajaan Kumpulan A/ Pengetua/ Guru Besar/ Guru Penolong Kanan/ Wakil Rakyat/ Penggawa/ Penghulu/ Ketua Kampung).

  • Tandatangan bagi pihak (b/p) tidak di benarkan.
  • Setiap pengesahan oleh pegawai yang layak di atas salinan dokumen mestilah mempunyai nama dan jawatan pegawai serta jabatan dan alamat tempat kerja pegawai tersebut. Tandatangan tanpa cop serta maklumat jawatan adalah tidak dibenarkan atau diterima.

Pemohon boleh merujuk Pusat Khidmat Rakyat DUN setempat sekiranya menghadapi kesukaran untuk melengkapkan dokumen.

Sila lihat pada dokumen yang disediakan dibawah untuk melihat senarai pegawai yang layak mengesahkan dokumen anda:

Baca juga : eRumah Johor: Cara Permohonan Rumah Mampu Milik Johor Online

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi :

Pusat Runding Cara Usahawan Negeri Sembilan (PRUNS)
PKNNS, 23-H, Jalan Zaaba,
70100 Seremban, Negeri Sembilan

Telefon : 06-761 6871
Faks : 06-762 6291
Hotline : 019-752 3251
E-mel : [email protected]
Facebook : Pusat Runding Cara Usahawan Negeri Sembilan – PRUNS

Bantuan Teknikal

Pada Waktu Pejabat (Isnin – Jumaat)
9.00 pagi hingga 5.00 petang
Sila Whatsapp ke 019-7523251

Selepas Waktu Pejabat (Setiap Hari)
Sila Whatsapp ke 012-3968657 (Nik Fariz)

Sila rujuk Soalan Lazim berkaitan TUNS di SINI.

Para usahawan yang berkelayakan adalah dijemput untuk membuat permohonan awal dan tidak menunggu saat-saat akhir bagi mengelakkan kesesakan ketika dalam proses permohonan nanti.

Sekiranya memerlukan bantuan untuk mengisi borang permohonan secara atas talian, tuan/puan boleh mendapatkan bantuan daripada Penyelaras Pusat Khidmat DUN masing-masing yang sentiasa bersedia untuk membantu.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut