SYUKUR Sabah adalah program bantuan yang diperkenalkan untuk membantu golongan memerlukan di Sabah, khususnya dalam memenuhi keperluan asas seperti makanan. Inisiatif ini bertujuan meringankan beban kewangan penerima, memastikan mereka menikmati kehidupan lebih selesa, serta mengurangkan kadar kemiskinan tegar di negeri ini.
Sebagai usaha prihatin kerajaan, artikel ini akan menerangkan proses permohonan, syarat kelayakan, dan cara menyemak status pembayaran bagi mereka yang layak menerima bantuan.
Baca juga: PADANS – Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah
Pengenalan SYUKUR Sabah
SYUKUR Sabah merupakan satu inisiatif kebajikan yang diperkenalkan sebagai tanda keprihatinan dan kasih kerajaan kepada rakyat, khususnya bagi membantu golongan yang memerlukan di negeri ini.
Program ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan penerima dalam memenuhi keperluan asas, terutamanya makanan, agar mereka tidak terbeban dalam menjalani kehidupan seharian.
Selain itu, SYUKUR Sabah juga berperanan dalam menyokong golongan kurang berkemampuan supaya mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih wajar dan selesa.
Usaha ini bukan sahaja membantu individu yang berada dalam kesusahan, malah turut menyumbang kepada pengurangan kadar kemiskinan tegar di Sabah dengan menyediakan bantuan yang bersasar dan berkesan. Dengan pelaksanaan program ini, kerajaan berharap dapat meningkatkan kesejahteraan rakyat serta memastikan tiada golongan yang tercicir dalam arus pembangunan negara.
Syarat Kelayakan Penerima Bantuan
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan bagi mereka yang layak untuk menerima bantuan SYUKUR Sabah ini:
- Individu yang berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024
- Warganegara Malaysia
- Pemegang kad pengenalan (Status H)
- Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah lebih dari 1 tahun
- Ketua Isi Rumah (KIR) miskin atau miskin tegar dallam data eKasih setakat 31 Disember 2024
Fasa Pembayaran Bantuan
Bantuan SYUKUR Sabah 2025 akan diagihkan secara berpetingkat bermula 19 Februari 2025. Berikut adalah jadual lengkap fasa pembayaran bantuan sepanjang tahun ini:
Fasa | Pengagihan |
---|---|
Fasa 1 (Januari – Mac 2025) | Diagihkan bermula Februari 2025 |
Fasa 2 (April – Jun 2025) | Diagihkan bermula April 2025 |
Fasa 3 (Julai – September 2025) | Diagihkan bermula September 2025 |
Fasa 4 (Oktober – Disember 2025) | Diagihkan pada Oktober 2025 |
Kaedah Pembayaran Bantuan
Bantuan akan disalurkan melalui kaedah seperti berikut:
- Bantuan akan disalurkan terus ke akaun bank penerima; atau
- Bayaran akan diberikan secara tunai; atau
- Bayaran akan dikreditkan dalam e-Wallet YONO
Baca juga: SUKUR Sabah – Semakan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025
Cara Membuat Permohonan SYUKUR 2025
Permohonan melalui Pejabat Daerah/ UPPM telah ditutup pada 31 Januari 2025.
Bagi permohonan yang telah dibuat melalui Pejabat Daerah/UPPM, pemohon boleh mengemas kini maklumat di dalam Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) melalui pautan https://padans.sabah.gov.my/.
- Log masuk ke dalam akaun PADANS melalui pautan berikut : https://padans.sabah.gov.my/
- Untuk membuat pendaftaran Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025, anda boleh klik pada line tiga bar di atas bahagian kanan dan pilih “Borang Permohonan”.
- Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap terutamanya yang bertanda (*). Empat bahagian yang perlu diisi lengkap adalah seperti berikut:
- Ketua Isi Rumah
- Ahli Isi Rumah
- Indikator
- Pengesahan
- Anda akan menerima notifikasi dan pengesahan maklumat peribadi yang telah selesai dihantar.
NOTA: Bagi penerima dari senarai tercicir (bukan eKasih) dan disahkan lulus, pembayaran akan bermula pada Fasa 2 (Mei 2025). Penerima akan menerima bayaran pada Fasa 2 sebanyak RM900 diikuti dengan bayaran RM900 bagi Fasa 3 dan RM900 bagi Fasa 4. Ini bermaksud tiada tunggakan agihan dibuat untuk Fasa 1.
Cara Semak Kelayakan SYUKUR 2025
- Layari portal rasmi PADANS, di pautan berikut : https://padans.sabah.gov.my/
- Klik pada button “Semak” di Semakan Permohonan.
- Masukkan No. Kad Pengenalan diri dan klik “Semak”.
- Paparan layar anda akan menunjukkan sama ada Status “Layak” atau “Tidak Layak”.
Semakan juga boleh dibuat melalui YONO Superapp, iaitu merupakan aplikasi kewangan yang dibangunkan oleh Perbadanan Pinjaman Sabah untuk memudahkan urusan kewangan.
Muat turun aplikasi YONO :
- Android : https://play.google.com/store/apps/details?id=my.yono.app
- Iphone : https://apps.apple.com/…/yono-financial…/id6469605201
FAQ SYUKUR Sabah
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang SYUKUR Sabah 2025 ini, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) yang dikeluarkan oleh Sekretariat Sabah Maju Jaya (SSMJ) melalui laman web rasmi PADANS.
Maklumat Lanjut
Jika terdapat sebarang soalan atau anda ingin mendapatkan info terkini berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 ini anda boleh rujuk pada :
- Hotline Program Sentuhan Kasih Rakyat Negeri Sabah: [ Talian Telefon: 088 338 338 atau Talian Whatsapp : 010 – 5828207 ];
- Laman web rasmi Program Sentuhan Kasih Rakyat Negeri Sabah: https://padans.sabah.gov.my/