Maksud Jamak, Syarat Solat Jamak & Had Hari Yang Dibenarkan Solat Jamak Qasar

Dalam Islam terdapat rukhsah (keringanan) yang diberikan dalam menjalankan beberapa ibadah, termasuk solat. 

Rukhsah solat ini bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada individu yang menepati syarat tertentu agar dapat menjalankan ibadah dengan lebih mudah. Ia juga menunjukkan kepentingan solat yang wajib dilakukan walau dalam situasi apa pun. 

BACA JUGA: Niat Jamak Takhir (Dengan Qasar & Tanpa Qasar) – Panduan Menunaikannya

Maksud Jamak

Maksud jamak ialah dihimpunkan. Solat Jamak bermaksud menghimpunkan atau mengumpulkan dua solat dalam satu waktu. 

Solat boleh dijamakkan hanyalah Zohor-Asar dan juga Maghrib-Isyak dan ditunaikan sama ada dalam waktu yang pertama atau yang kedua.

Solat jamak terbahagi kepada dua iaitu jamak taqdim dan jamak takhir.

Jamak Taqdim 

Jamak Taqdim ialah solat yang dihimpunkan, ditunaikan pada waktu solat yang pertama. 

  • Solat Zuhur ditunaikan sekali dengan solat Asar, pada waktu Zohor. 
  • Solat Maghrib ditunaikan sekali dengan solat Isyak, pada waktu Maghrib.

Jamak Takhir

Jamak Taqdim ialah solat yang dihimpunkan, ditunaikan pada waktu solat yang kedua.

  • Solat Zuhur ditunaikan sekali dengan solat Asar, pada waktu Asar.
  • Solat Maghrib ditunaikan sekali dengan solat Isyak, pada waktu Isyak.

Hadis Berkaitan 

Menurut Mazhab Syafie, keringanan yang membolehkan seseorang menjamakkan (menghimpunkan) solatnya itu ada dua iaitu ketika bermusafir dan ketika hujan. 

Sebahagian ulama fiqh termasuklah sebahagian ulama Mazhab Syafie mereka berpandangan bahawa ada sebab lain lagi yang membolehkan seseorang jamak solat kerana banjir jika memang ada masyaqqah (darurat).

Antaranya adalah ketika tidak ada hujan dan tidak bermusafir, ini berdasarkan kepada hadis:

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ جَمَعَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم بَيْنَ الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ وَالْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ بِالْمَدِينَةِ فِي غَيْرِ خَوْفٍ وَلاَ مَطَرٍ ‏.‏ فِي حَدِيثِ وَكِيعٍ قَالَ قُلْتُ لاِبْنِ عَبَّاسٍ لِمَ فَعَلَ ذَلِكَ قَالَ كَىْ لاَ يُحْرِجَ أُمَّتَهُ ‏.‏

Maksudnya:

“Daripada Ibni Abbas R.anhuma katanya: Rasulullah SAW menjamakkan solat Zuhur dan Asar, Maghrib dan Isya’ di Madinah bukan kerana takut dan tidak pula kerana hujan.

Lalu ada orang bertanya kepada Abdullah bin Abbas: Apakah yang Baginda SAW inginkan dengan hal tersebut? Abdullah bin Abbas menjawab: Baginda SAW ingin supaya dia tidak membebankan seorang pun dari umatnya.”

(HR Muslim, hadis sahih)

Syarat Solat Jamak

Jamak Taqdim

  1. Kedua-dua solat dilakukan mengikut urutan.
  2. Berniat menjamakkan solat yang kedua dengan yang pertama sebelum selesai solat yang pertama
  3. Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua. (Tidak boleh diselangi oleh pekerjaan atau perbuatan lain)
  4. Masih dalam musafir sehingga memulakan solat yang kedua. 

Jamak Takhir

  1. Berniat untuk menjamakkan solat yang pertama pada waktu solat yang kedua ketika masuk waktu solat pertama. 
  2. Berkekalan musafirnya sehingga selesai kedua-dua solat.
  3. Tertib di antara kedua-dua solat tidak disyaratkan malah boleh dimulakan dengan mana-mana antara dua solat tersebut. 

Had Hari yang Dibenarkan Solat Jamak Qasar – Mufti WP

Kredit Imej: Jejak Tarbiah

Tempoh yang dibolehkan untuk menunaikan solat jamak dan qasar bagi musafir ialah 3 hari 3 malam, tidak termasuk hari pergi dan balik. 

Adapun ketika masih dalam perjalanan, tiada had yang ditetapkan dan dibolehkan jamak dan qasar sehingga sampai ke destinasi musafir. 

Jika dia berniat untuk menetap di sesuatu tempat melebihi 4 hari atau lebih, maka ia tidak boleh menunaikan solat jamak dan qasar ketika sampai di tempat itu. Hal ini kerana, dia sudah dikira bermukim. 

Syarat Solat Jamak & Had Hari Yang Dibenarkan Solat Jamak Qasar

Jarak (KM) Dibenarkan Untuk Solat Jamak & Qasar 

Jarak yang dibenarkan untuk menunaikan solat Jamak & Qasar ialah 2 marhalah. 

Merujuk kepada laman sesawang Mufti WP, maksud ukuran 2 marhalah itu ialah:

  1. Jauh perjalanan sekira-kira dua hari perjalanan atau dua malam atau sehari dan semalam perjalanan unta yang membawa barang-barang dagangan ( barat-barat dagangan yangberat di atasnya). (Rujukan Kitab Matlak Al-Badrain hlmn 92)
  1. Perjalanan selama dua hari (dua siang) atau dua malam atau sehari semalam dengan unta yang membawa barang dagangan yang berat. (Rujukan Idaman Penuntut 1/90)
  1. Perjalanan dua hari atau dua malam atau sehari semalam jika menunggang unta (Rujukan Zain ATH-Tholib 1/209)

Manakala jika dirujuk pada Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat halaman 999, marhalah bermaksud ukuran jarak yang lebih kurang 28 batu atau 45.06 km.

Adapun dua marhalah mengikut ukuran zaman sekarang adalah: antara 85 km – 90 km atau bersamaan 56 batu.

Secara amnya, Ukuran 1 marhalah = 2 barid = 24 mil hasyimi (8 farsakh). 1 mil = 1000 depa . Satu depa = empat hasta. Satu hasta = 46.656 cm. Ini bermakna satu depa = 186.624 cm (46.656 x 4). Maka 1 mil = 6000 ribu hasta bersamaan 186.624 cm (1866.24 meter atau 1.866 km) atau 24 jari melintang. 

Oleh itu, satu marhalah = 24 mil = 44789.76 meter atau bersamaan 44.790 km. 

Maka dua marhalah = 89580 meter (lebih kurang 89 atau 90 km).

Syarat Solat Jamak & Had Hari Yang Dibenarkan Solat Jamak Qasar

Balik Ke Kampung, Bolehkah Solat Jamak Qasar?

Perkiraan Hari Dalam Hukum Solat Musafir

Syarat Solat Jamak & Had Hari Yang Dibenarkan Solat Jamak Qasar

Sumber:

  1. AL-KAFI # 1181: MAKSUD DUA MARHALAH DI DALAM JAMAK DAN QASAR – MuftI WP
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!