Syafakallah, Syafakillah, Syafahullah, Syafahallah: Maksud Maksud Ucapan

Syafakallah, Syafakillah, Syafahullah, Syafahallah: Maksud & Perbezaannya

Doa adalah merupakan ‘senjata’ umat Islam. Ia merupakan perantaraan antara Tuhan dan hambaNya. Melalui doa, kita boleh memohon apa sahaja kepada Allah. 

Firman Allah SWT:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Maksudnya: “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul”.

Al-Baqarah:186

Islam merupakan agama yang penuh kasih sayang. Selain berdoa untuk diri sendiri, kita juga dianjurkan untuk sentiasa mendoakan orang lain. Contohnya seperti, mengucapkan Syafakallah kepada orang yang sakit. 

Ucapan tersebut adalah sebuah doa ringkas yang bermaksud “Semoga Allah Menyembuhkanmu”. Terdapat beberapa lagi istilah yang mempunyai maksud yang sama seperti Syafakillah, Syafahullah, Syafahallah namun berbeza cara penggunaannya. 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 

BACA JUGA: Punca Gastrik dan Cara Mencegahnya Di Peringkat Awal

Maksud Syafakallah & Syafakillah

Jika kita berdoa untuk seseorang yang sakit secara langsung di hadapan orang tersebut, apa yang kita ucapkan adalah Syafakillah / Syafakallah. 

  • Syafakillah (Arab: شفاك الله) digunakan apabila orang yang sakit adalah seorang wanita.
  • Syafakallah (Arab: شفاك الله) digunakan apabila orang yang sakit adalah seorang lelaki.

Maksud kedua-dua ucapan tersebut ialah: “Semoga Allah Menyembuhkanmu”

Maksud Syafahullah & Syafahallah

Manakala jika kita mendoakan orang yang sakit secara tidak langsung (tidak berhadapan) maka kita mengucapkan Syafahullah / Syafahallah.

  • Syafahullah (Arab: شفاه الله )  digunakan apabila orang yang sakit adalah seorang lelaki.
  • Syafahallah (Arab: شفاها الله ) digunakan apabila orang yang sakit adalah seorang wanita.

Maksud kedua-dua ucapan tersebut ialah: “Semoga Allah Menyembuhkannya” atau “Semoga Allah Menyembuhkan dia”.

Perbezaan ucapan Syafakallah dan Lain-Lain

Berikut ialah perbezaan istilah ini secara ‘grammar’ Bahasa Arab:

  • Syafakillah (شفاك الله) bermaksud: “Semoga Allah menyembuhkanmu” (lelaki).
  • Syafakallah (شفاك الله) bermaksud: “Semoga Allah menyembuhkanmu” (perempuan).
  • Syafahullah (شفاه الله) bermaksud: “Semoga Allah menyembuhkannya” (lelaki).
  • Syafahallah (شفاها الله) bermaksud: “Semoga Allah menyembuhkannya” (perempuan).
  • Syafakumullah (شفاكم الله) bermaksud: “Semoga Allah menyembuhkan kamu” (jamak lelaki).
  • Syafahumullah (شفاهم الله) bermaksud: “Semoga Allah menyembuhkan mereka” (jamak lelaki).
  • Syafahunallah (شفاهن الله) bermaksud: “Semoga Allah menyembuhkan mereka” (jamak perempuan).

Doa Untuk Orang Sakit

Selain mengucapkan kalimah Syafakallah (شفاك الله) seperti di atas, kita juga dianjurkan untuk berkata-kata yang baik (ingat, kata-kata juga adalah doa) serta membacakan doa khusus apabila menziarah orang sakit. 

Daripada Ummu Salamah R.anha, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا حَضَرْتُمُ الْمَرِيضَ، أَوِ الْمَيِّتَ، فَقُولُوا خَيْرًا، فَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ يُؤَمِّنُونَ عَلَى مَا تَقُولُونَ

Maksudnya: “Apabila kamu menghadiri (menziarahi) orang sakit, maka katakanlah perkara-perkara yang baik. Ini kerana, malaikat akan mengaminkan setiap yang kamu ucapkan.” [Riwayat Muslim (919)]

Antara doa yang boleh dibacakan ialah seperti hadis di bawah ini:

Aisyah R.Anha berkata:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَوِّذُ بَعْضَهُمْ يَمْسَحُهُ بِيَمِينِهِ أَذْهِبْ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا

Maksudnya: Adalah Rasulullah SAW apabila menziarahi pesakit lantas dia memohon perlindungan kepada sebahagian mereka dengan menyapu dengan tangan kanannya seraya berdoa:

“Hilangkanlah kesakitan wahai Tuhan manusia, sembuhkanlah kerana Engkau Maha Penyembuh, tiada kesembuhan kecuali kesembuhan engkau, sembuh yang tidak membawa kepada sebarang sakit.”

Riwayat al-Bukhari (5750) dan Muslim (2191)
Syafakallah, Syafakillah, Syafahullah, Syafahallah: Maksud & Perbezaannya

Adab Menziarahi Orang Sakit

Para ahli ulama telah menggariskan beberapa adab untuk diikuti ketika menziarahi orang yang sedang sakit. Antaranya adalah:

  1. Memilih waktu yang sesuai untuk melakukan ziarah.
  2. Tidak mengambil tempoh masa yang lama ketika ziarah.
  3. Menundukkan pandangan pada perkara-perkara yang diharamkan.
  4. Tidak banyak bertanya atau bercakap.
  5. Menzahirkan kebimbangan dan keprihatinan terhadap orang yang sakit.
  6. Sentiasa mendoakan yang baik-baik kepada pesakit.

Apabila kita diuji dengan sakit, ingatlah hadis di bawah:

Syafakallah, Syafakillah, Syafahullah, Syafahallah: Maksud & Perbezaannya

Marilah kita berdoa: “Ya Allah! Sembuhlah orang sakit di kalangan kami. Afiatkanlah orang yang diuji di kalangan kami dan rahmatilah orang yang telah mati dari kalangan kami.”

Untuk mendapatkan lebih banyak lagi perkongsian berkenaan dengan ilmu agama dan soal jawab berkenaan fiqh dari sudut pandang Mufti, anda boleh ikuti kami di e-Central (Agama) dan Taqwa.

Sumber:

  1. Maksud Syafakallah, Syafahallah, Syafakillah, Syafahullah & Penggunaannya. Taqwa.my
  2. Al-Kafi #1163: Berdoa Kepada Seseorang Dengan Meletak Tangan Di Ubun atau Dada. Mufti Wilayah Persekutuan
  3. Irsyad Al-Hadith Siri Ke-334: Malaikat Mengaminkan Doa Kepada Orang Sakit. Mufti Wilayah Persekutuan
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!