Sukarelawan JKM: Peranan, Syarat Pemilihan & Cara Memohon

sukarelawan jkm
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), terdapat satu entiti yang penting bagi membantu insan-insan yang memerlukan iaitu Sukarelawan JKM yang boleh disertai oleh orang awam. Permohonan untuk menjadi sukarelawan ini boleh dibuat menerusi Borang Permohonan Pendaftaran Sukarelawan di pautan https://komuniti.jkm.gov.my/public-volunteer/create.

Pihak JKM sangat menggalakkan ahli masyarakat untuk menjadi Ahli Sukarelawan JKM bertujuan untuk menggalakkan penglibatan masyarakat dalam kerja kemasyarakatan dan memupuk semangat tolong menolong dan budaya ikram sejajar dengan Dasar Kebajikan Masyarakat.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai sukarelawan ini.

Apakah Sukarelawan JKM?

Sukarelawan JKM merupakan individu yang menawarkan masa, tenaga, dan kepakaran secara sukarela untuk membantu JKM dalam program-program kebajikan, terutamanya kepada golongan sasar seperti:

  • Warga emas
  • Kanak-kanak
  • OKU
  • Bencana

Mereka akan memberi sokongan fizikal, emosi, dan sosial, serta membantu dalam pengurusan bencana dan aktiviti komuniti.

Mereka juga akan bertindak dalam pemerkasaan komuniti dan memperkukuhkan jaringan sokongan kebajikan kepada masyarakat.

Penubuhan sukarelawan ini sejajar dengan matlamat Dasar Kebajikan Negara (1990) untuk mewujudkan budaya tolong-menolong dan membentuk masyarakat penyayang seperti yang dilhamkan dalam Wawasan 2020 dan saranan Dasar Sosial Negara (2003).

Peranan Sukarelawan JKM

Peranan sukarelawan ini di dalam masyarakat adalah membantu masyarakat dalam menjadi:

  • Perantara/Perujuk
  • Pendidik
  • Pembimbing
  • Penggerak/ Pemangkin
  • Pengiring
  • Pemudahcara/Fasilitator
  • Caregiver
  • Perunding/Motivator

Aktiviti Sukarelawan JKM

Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh sukarelawan ini seperti:

1- Perkhidmatan Sokongan Sosial, Bimbingan & Kaunseling

  • Mengadakan khidmat kaunseling secara individu atau berkumpulan bagi sukarelawan yang mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam bidang berkenaan di institusi JKM dan NGO`s (kanak-kanak, warga emas dan OKU) dan klien JKM yang kurang berkemampuan;
  • Memberi bimbingan dan sokongan kepada penghuni-penghuni di institusi JKM dan NGO`s (kanak-kanak, warga emas dan OKU) dan klien JKM yang kurang berkemampuan;
  • Mengadakan aktiviti gotong-royong atau pembaikan di institusi JKM dan NGO`s (kanak-kanak, warga emas dan OKU) dan di rumah.
  • Mengadakan lawatan khidmat kaunseling dan bimbingan di rumah-rumah klien terutama warga emas dan OKU; dan klien JKM terutama warga emas dan OKU.

2- Khidmat Pemulihan dan Kesihatan, Pendidikan Moral dan Akademik

  • Mengadakan pemeriksaan kesihatan secara berkala bagi yang mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam bidang berkenaan di institusi JKM dan NGO`s (kanak-kanak, warga emas dan OKU);
  • Memberi bimbingan moral kepada penghuni-penghuni di institusi JKM dan NGO`s (kanak-kanak, warga emas dan OKU); dan
  • Mengadakan kelas pendidikan akademik kepada penghuni-penghuni di institusi JKM dan NGO`s (kanak-kanak dan OKU).

3- Program Keagamaan, Sukan, Kebudayaan & Kesenian

  • Mengadakan aktiviti keagamaan seperti ceramah, kelas tajwid, sambutan hari-hari kebesaran.
  • Mengadakan aktiviti sukaneka kepada penghuni-penghuni di institusi JKM dan NGO`s (kanak-kanak, warga emas dan OKU).
  • Mengajar dan memberi latihan kebudayaan serta kesenian seperti kelas tarian, kelas kraf dan kelas masakan.

4- Penempatan Pekerjaan

  • Membantu mencari peluang pekerjaan kepada OKU, Pelatih-Pelatih yang keluar dari institusi Kebajikan seperti Pelatih Desa Bina Diri dan Rumah Kanak-Kanak.
  • Mengajikan dan memberi pekerjaan sekiranya berkemampuan kepada OKU, Pelatih-Pelatih yang keluar dari institusi Kebajikan seperti Pelatih Desa Bina Diri dan Rumah Kanak-Kanak.
  • Mendayaupayakan aktiviti ekonomi penerima bantuan JKM dan Klien di institusi JKM dan NGO`s seperti Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dan lain-lain.

5- Program Khidmat Bantu Di Rumah (Home Help Services)

  • Menyediakan makanan dan minuman;
  • Pembersihan diri (memandikan, memotong kuku) menyikat rambut dan sebagainya);
  • Menjadi rakan berbual;
  • Menjalankan aktiviti riadah;
  • Mengemas atau membersihkan tempat tinggal, persekitaran.
  • Membasuh, menyidai dan melipat pakaian;
  • Mengeluarkan wang dari Bank;
  • Membuat pembayaran bil;
  • Memberikan perkhidmatan fisioterapi berkelayakan
  • Memberi latihan praktikal tentang teknik-teknik penjagaan kepada penjaga.
  • Memberi latihan praktikal tentang teknik-teknik penjagaan kepada penjaga;
  • Memberi galakan dan latihan praktikal ke arah gaya hidup sihat;
  • Membawa ke hospital /klinik untuk tujuan rawatan dan mengambil ubat;
  • Mengajar Warga Emas/ OKU/penjaga mengambil  ubat  dengan betul;
  • Menemani Warga Emas/OKU ke tempat beribadat

6- Pengurusan Bencana

  • embantu pihak JKM mendaftarkan mangsa bencana di pusat-pusat pemindahan;
  • Membantu Jawatankuasa Bencana memindahkan mangsa bencana ke pusat-pusat pemindahan;
  • Membantu Jawatankuasa Bencana menyediakan keperluan asas mangsa bencana;
  • Membantu Bahagian Kaunseling mengelolakan program kaunseling kepada mangsa bencana;
  • Membantu Jawatankuasa Bencana menyediakan makan dan minum kepada mangsa bencana;
  • Membantu membersihkan kawasan pemindahan (Pusat Pemindahan Bencana);
  • Membantu membersihkan rumah mangsa-mangsa bencana.
  • Membentuk Jawatankuasa Kecil di Pusat Pemindahan seperti :
    – Jawatankuasa Kebersihan
    – Jawatankuasa Keceriaan
    – Jawatankuasa Rekreasi mengikut kumpulan sasar
    – Jawatankuasa Keselamatan
    – Jawatankuasa Makanan

Syarat Pemilihan

Syarat pemilihan sukarelawan ini adalah seperti berikut:

  1. Berumur 18 tahun ke atas.
  2. Keahlian terbuka kepada semua ahli masyarakat yang berminat kepada kerja-kerja kebajikan masyarakat.
  3. Penyertaan menjadi ahli adalah secra PERCUMA tanpa yuran bulanan/Tahunan
  4. Membuat PERMOHONAN MENJADI Sukarelawan JKM di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri dan Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia atau menggunakan sistem atas talian (online system) di laman sesawang www.jkm.gov.my.
  5. Kesediaan memberi masa untuk menjalankan kerja sukarela tanpa mengira masa;
  6. Keyakinan untuk berkongsi kemahiran dan pengetahuan dengan orang lain dan bersungguh-sungguh untuk membantu dengan keupayaan yang ada;
  7. Mempunyai kesediaan mental dan fizikal untuk menghadapi cabaran bertugas; dan
  8. Sedia berkhidmat dengan penuh komited, komitmen dan rasa tanggungjawab.

Cara Memohon

Permohonan untuk menjadi sukarelawan ini boleh dibuat menerusi Borang Permohonan Pendaftaran Sukarelawan di pautan https://komuniti.jkm.gov.my/public-volunteer/create.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Sukarelawan JKM?

Mereka ialah individu yang menawarkan masa, tenaga, dan kepakaran secara sukarela untuk membantu JKM dalam program-program kebajikan, terutamanya kepada golongan sasar seperti warga emas, kanak-kanak, OKU, dan bencana.

Apakah had umur minimum untuk menyertai sukarelawan ini?

Umur minimum untuk menyertai sukarelawan ini adalah berumur 18 tahun dan ke atas.

Apakah peranan sukarelawan ini?

Peranan sukarelawan ini adalah seperti berikut:
– Perantara/Perujuk
– Pendidik
– Pembimbing
– Penggerak/ Pemangkin
– Pengiring
– Pemudahcara/Fasilitator
– Caregiver
– Perunding/Motivator

Bagaimanakah cara untuk memohon?

Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://komuniti.jkm.gov.my/public-volunteer/create.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai Sukarelawan JKM, sila layari laman web https://www.jkm.gov.my/.

Baca juga: Bantuan Am Persekutuan JKM: Syarat & Kaedah Permohonan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut