Permohonan sukarelawan untuk perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix Bahrain 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kini dibuka.
Acara perlumbaan berprestij ini dijadualkan berlangsung dari 2 hingga 4 Oktober 2026.
Sekiranya anda berminat untuk menjadi salah satu daripada sukarelawan F1 2026, rujuk info lengkap mengenai elaun, syarat kelayakan, serta panduan langkah demi langkah cara memohon sukarelawan F1 Sepang secara dalam talian (online) di bawah.
Permohonan Sukarelawan F1 2026
Sukarelawan F1 2026 ialah program pengambilan petugas sukarela oleh PETRONAS Sepang International Circuit (SIC) untuk membantu melancarkan penganjuran perlumbaan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix yang dijadualkan berlangsung di Sepang pada 2 hingga 4 Oktober 2026.
Program ini menawarkan peluang keemasan kepada peminat sukan pemotoran tempatan untuk terlibat dan merasai pengalaman bekerja di sebalik tabir acara sukan bertaraf dunia secara dekat.

Elaun & Manfaat
Antara manfaat yang anda akan dapat apabila menjadi Sukarelawan F1 ialah:
- Elaun Harian: RM60 sehari sepanjang tempoh bertugas.
- Makanan & Minuman: Disediakan secara percuma oleh pihak SIC sepanjang hujung minggu perlumbaan.
- Akses Eksklusif Behind-The-Scenes: Peluang keemasan melihat jentera lumba dan pemandu F1 kegemaran anda dari jarak dekat.
Isu kadar elaun sukarelawan F1 sebanyak RM60 sehari ini sebenarnya hangat diperkatakan dan dipertikaikan oleh netizen di platform media sosial.
Ramai yang menganggap jumlah tersebut kurang berbaloi jika mengambil kira faktor cuaca panas, tempoh berdiri melebihi 8 jam, dan kos logistik.
Bagaimanapun, bagi komuniti peminat tegar sukan Formula 1, nilai sebenar bukanlah terletak pada wang ringgit semata-mata, melainkan pengalaman berharga mengakses litar dan paddock yang jarang-jarang dapat dirasai.
Syarat Kelayakan Memohon
Sebelum mengisi borang pendaftaran, pastikan anda memenuhi kriteria asas berikut:
- Warganegara Malaysia atau penduduk tetap berumur 18 tahun ke atas.
- Boleh bertugas sepenuhnya sepanjang minggu acara (2–4 Oktober 2026).
- Mempunyai tahap kesihatan fizikal dan mental yang baik (sanggup bekerja di bawah cuaca terbuka).
- Mempunyai minat mendalam dalam sukan motor atau pengurusan acara sukan berskala besar.
- Keutamaan MUNGKIN diberikan kepada pemohon yang mempunyai pengalaman sukarelawan terdahulu di SIC.
Cara Mohon Sukarelawan F1 Sepang 2026
Permohonan untuk menjadi sukarelawan F1 boleh dilakukan secara digital melalui portal rasmi Litar Sepang.
Ikuti panduan mudah di bawah:
- Layari laman web rasmi: Sepang International Circuit.
- Lengkapkan maklumat wajib seperti nama penuh, nombor MyKad, alamat emel aktif, nombor telefon untuk dihubungi dan alamat.
- Pilih Yes atau No jika anda pernah menjadi sukarelawan dalam mana-mana acara anjuran SIC sebelum ini.
- Semak semua maklumat sekali lagi, kemudian klik butang “Submit”.

Pihak pengurusan SIC akan melakukan proses saringan dalam tempoh terdekat dan hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi untuk taklimat lanjut.
Skop Tugas Sukarelawan Litar Sepang
Pihak pengurusan SIC belum lagi mengumumkan secara rasmi skop tugasan sukarelawan F1 yang bakal berlangsung bulan Oktober ini.
Secara umumnya, sukarelawan akan ditempatkan ke dalam pelbagai sektor operasi litar mengikut keperluan dan kesesuaian.
Antara skop kerja yang mungkin akan ada ialah:
- Sektor Khidmat Pelanggan (Guest Services): Memberikan panduan arah, menyambut ketibaan pelawat, dan membantu menyalurkan maklumat kepada penonton domestik serta antarabangsa.
- Sektor Pengurusan Orang Ramai (Crowd Control): Membantu mengawal aliran pergerakan penonton di kawasan tumpuan ramai seperti grandstand, zon komersial, dan pintu masuk utama.
- Sektor Sokongan Logistik: Membantu kelancaran di belakang tabir termasuk pengurusan teknikal ringan atau menguruskan keperluan kru operasi.
- Sektor Akreditasi: Membantu urusan pendaftaran, semakan dokumen, atau penyerahan pas keselamatan petugas.
- dan sebagainya.
Maklumat rasmi akan dikemaskini daripada masa ke semasa.
Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Sukarelawan F1
Maklumat lanjut dan info terkini mengenai Sukarelawan F1 dan Grand Prix Bahrain 2026, anda boleh rujuk:
- Portal rasmi Sepang International Circuit.
- Thread @sepangcircuit
Soalan Lazim
Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas pada hari pertama acara berlangsung (2 Oktober 2026) atas faktor keselamatan litar dan undang-undang buruh.
Pihak SIC akan melakukan proses saringan borang secara berperingkat. Hanya calon yang disenarai pendek (shortlisted) sahaja akan dihubungi melalui emel atau panggilan telefon untuk sesi taklimat bertugas.
RM60 sehari. Makanan dan minuman percuma turut disediakan.
Tidak disediakan. Semua kos tempat tinggal, duit minyak, tol, atau tambang pengangkutan awam adalah atas tanggungan sendiri.
Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan rasmi Borang Sukarelawan SIC.
Boleh. Tiada pengalaman tidak menjadi masalah, namun keutamaan MUNGKIN akan diberikan kepada mereka yang pernah menjadi sukarelawan di SIC sebelum ini.




