Pelajar yang memenuhi syarat berpeluang menerima Bantuan Laptop Siswa Johor bagi menyokong keperluan pembelajaran dan pengajian di institusi masing-masing yang boleh dipohon menerusi Portal MyEypj iaitu https://eypj.ypj.gov.my/login.
Berikut adalah maklumat dan info terbaharu mengenai bantuan ini.

Mengenai Bantuan Laptop Siswa Johor
Bantuan Laptop Siswa Johor merupakan usaha Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) bagi membantu pelajar daripada golongan B40, khususnya dalam kalangan pelajar Asasi, Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda untuk memiliki laptop.
Ini bertujuan memastikan pelajar memiliki akses kepada peranti pembelajaran yang diperlukan dalam mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi.
Selain itu, pemberian bantuan laptop ini adalah sebagai sokongan kepada siswa Negeri Johor bagi menghadapi sesi pengajian yang bakal bermula.
Bantuan ini mensasarkan pelajar anak Johor, sama ada dilahirkan di negeri tersebut atau telah menetap di Johor, serta sedang mengikuti pengajian di institusi yang diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA).
Bantuan Diberikan
Pelajar yang layak akan menerima satu (1) unit komputer riba kepada pelajar IPT anak Johor yang memerlukan peralatan digital untuk menyokong pembelajaran di universiti.
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan dibuka adalah pada 28 Ogos hingga 18 September 2026.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan untuk memohon bantuan laptop ini adalah seperti berikut:
- Lahir dan (Mykad) beralamat di negeri Johor atau lahir luar Johor tetapi (Mykad) beralamat di negeri Johor.
- IPTA: Universiti / Politeknik / Kolej / Institusi (Rujuk Senarai MQA).
- IPTS: Universiti / Politeknik / Kolej / Institusi (Rujuk Senarai MQA).
- Asasi, Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
- Minimum berbaki 1 Tahun Pengajian.
- Pengajian Sepenuh Masa.
- Pendapatan keluarga tidak melebihi RM 10,000 / sebulan (berdasarkan pendapatan perkapita terendah).
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi Portal MyEypj iaitu https://eypj.ypj.gov.my/login dan pemohon perlu log masuk sebagai pemohon.
Kriteria Pemilihan
Pemilihan adalah berdasarkan kriteria kelayakan yang ditetapkan dan pelajar yang terpilih akan dihubungi untuk pengambilan bantuan di lokasi yang akan dimaklumkan kelak.
Soalan Lazim
Bantuan Laptop Siswa Johor ialah bantuan daripada Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) bagi membantu pelajar daripada golongan B40, khususnya dalam kalangan pelajar Asasi, Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda untuk memiliki laptop.
Permohonan bantuan ini dibuka mulai 28 Ogos hingga 18 September 2026.
– Asasi
– Sijil
– Diploma
– Ijazah Sarjana Muda.
Tidak. Pemohon mestilah pelajari pengajian sepenuh masa.
Pelajar yang terpilih akan dihubungi untuk pengambilan bantuan di lokasi yang akan dimaklumkan kelak.
Permohonan boleh dibuat menerusi Portal MyEypj iaitu https://eypj.ypj.gov.my/login.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Bantuan Laptop Siswa Johor, sila layari laman web YPJ iaitu https://ypj.gov.my/.
Baca juga: Biasiswa Alumni UiTM: Peluang Mahasiswa Cemerlang Dapatkan Tajaan & Bimbingan Alumni




