Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Aquaria masuk percuma kini boleh dinikmati oleh mereka yang menyambut hari lahir pada bulan September dan Oktober 2026 menerusi promosi khas “September & October Birthdays”.

Menariknya, birthday person boleh mendapatkan kemasukan percuma ke Aquaria KLCC dengan syarat membeli sekurang-kurangnya satu tiket dewasa penuh secara walk-in di kaunter tiket.

Kalau anda atau ahli keluarga menyambut hari lahir dalam dua bulan ini, bolehlah jadikan promosi ini sebagai alasan untuk berjalan-jalan melihat hidupan laut di Aquaria

PerkaraButiran
PromosiSeptember & October Birthdays
Tempoh1 September – 31 Oktober 2026
Hari sahIsnin – Jumaat
Hujung mingguTidak termasuk
Cuti umumTidak termasuk
KelayakanBirthday person dalam bulan kelahiran
Tiket diperlukanSekurang-kurangnya 1 tiket dewasa penuh
Cara beliWalk-in di kaunter tiket
Tiket onlineTidak layak untuk promosi
TebusanSekali sahaja
DokumenDokumen pengenalan asal diperlukan
Tempahan slotTidak tersedia

Baca lanjut: 25+ Promo Hari Merdeka 2026 – Secret Recipe, CBTL, PizzaHut, Marry Brown, Krispy Kreme, IKEA dan Banyak Lagi!

Apa itu Aquaric KLCC

Aquaria KLCC ialah sebuah oceanarium moden yang terletak di bawah Kuala Lumpur Convention Centre, di tengah-tengah kawasan Golden Triangle Kuala Lumpur.

Dengan keluasan sekitar 60,000 kaki persegi, Aquaria KLCC menempatkan lebih 5,000 hidupan air dan darat yang dipamerkan dalam suasana menyerupai habitat semula jadi mereka.

Antara tarikan yang paling menarik ialah Living Ocean, yang mempunyai laluan terowong lutsinar sepanjang 90 meter.

Menerusi terowong ini, pengunjung boleh melihat pelbagai hidupan marin berenang dari jarak dekat, termasuk lebih tujuh spesies jerung, ikan pari gergasi, penyu laut dan kumpulan ikan yang lain.

Bukan sekadar melihat hidupan laut, pengunjung juga boleh belajar tentang kepelbagaian ekosistem Malaysia dan kawasan sekitarnya.

Perjalanan di Aquaria KLCC membawa pengunjung meneroka pelbagai habitat, daripada anak sungai hutan dan hutan bakau, kawasan pesisir pantai hinggalah ke lautan yang paling dalam.

Kredit: Walk4world

Aquaria Masuk Percuma: Bila Promosi Ini Berlangsung?

Promosi ini berlangsung dari 1 September hingga 31 Oktober 2026.

Namun, ia hanya sah pada hari bekerja, Isnin hingga Jumaat. Hujung minggu dan cuti umum tidak termasuk dalam promosi ini.

Selain itu, promosi hanya boleh ditebus dalam bulan kelahiran sebenar birthday person.

Contohnya:

  • Lahir pada September → boleh tebus sepanjang September 2026 sahaja.
  • Lahir pada Oktober → boleh tebus sepanjang Oktober 2026 sahaja.

Jadi, jangan tersalah bulan kalau nak claim tiket percuma ini!

Siapa Yang Layak Dapat Kemasukan Percuma?

Promosi ini terbuka kepada birthday person yang merupakan:

  1. Warganegara Malaysia dengan MyKad/MyKid.
  2. Pemastautin Tetap (PR) dengan MyPR
  3. Pemegang Visa Pasangan yang sah.
  4. Pemegang Pas Pekerjaan yang sah.

Pemegang dokumen pengenalan lain yang tidak dinyatakan dalam syarat promosi tidak layak menyertai tawaran ini.

Macam Mana Nak Dapat Tiket Aquaria Percuma?

Caranya agak mudah. Birthday person perlu membeli sekurang-kurangnya satu tiket dewasa penuh secara walk-in di kaunter tiket Aquaria.

Kemudian, birthday person akan mendapat kemasukan percuma untuk lawatan tersebut.

Penting untuk diingat, tiket percuma ini tidak boleh diperoleh jika tiket yang dibeli adalah tiket online kerana promosi ini hanya terpakai untuk pembelian tiket walk-in di kaunter.

Aquaria Masuk Percuma
Aquaria Masuk Percuma
Aquaria Masuk Percuma
Kredit: Aquaria KLCC

Syarat utama untuk claim:

  • Beli sekurang-kurangnya 1 tiket dewasa penuh.
  • Pembelian mesti dibuat secara walk-in di kaunter tiket.
  • Birthday person dan orang yang menemani perlu masuk Aquaria bersama-sama.
  • Bawa dokumen pengenalan asal untuk pengesahan.
  • Tebusan hanya boleh dibuat sekali sepanjang tempoh promosi.
  • Tiket percuma tidak boleh ditukar dengan wang tunai.

Dokumen Apa Yang Perlu Dibawa?

Jangan lupa bawa dokumen pengenalan asal ketika datang ke Aquaria.

Antara dokumen yang diterima ialah:

  • MyKad/MyKid
  • MyPR
  • Visa Pasangan
  • Pas Pekerjaan

Salinan, gambar atau screenshot dokumen tidak diterima untuk tujuan pengesahan.

Jadi, kalau merancang nak claim promosi ini, pastikan dokumen asal ada bersama supaya proses pendaftaran berjalan lancar.

Soalan Lazim (FAQ) Aquaria KLCC

Siapa yang boleh masuk Aquaria secara percuma?

Individu yang menyambut hari lahir pada September atau Oktober 2026 dan memenuhi syarat kelayakan boleh mendapat kemasukan percuma dengan pembelian sekurang-kurangnya satu tiket dewasa penuh secara walk-in.

Boleh claim kalau birthday bulan September tetapi datang Oktober?

Tidak. Promosi hanya boleh ditebus dalam bulan kelahiran sebenar individu tersebut.

Boleh beli tiket online untuk dapat tiket birthday percuma?

Tidak. Tiket yang dibeli perlu merupakan tiket dewasa penuh secara walk-in di kaunter tiket.

Boleh datang seorang diri?

Tidak untuk promosi ini. Birthday person dan orang yang menemani perlu masuk bersama-sama.

Boleh claim banyak kali dalam bulan birthday?

Tidak. Setiap birthday person hanya boleh membuat satu tebusan sepanjang tempoh promosi.

Cuti umum termasuk dalam promosi?

Tidak. Walaupun cuti umum jatuh pada hari bekerja, ia tetap dikecualikan.

Perlu bawa IC asal?

Ya. Dokumen pengenalan asal perlu ditunjukkan di kaunter untuk pengesahan. Salinan, dokumen digital atau screenshot tidak diterima.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut mengenai Aquaria KLCC, anda boleh rujuk pada alamat dan butiran berikut:

Aquaria KLCC

Kuala Lumpur Convention Centre, Jalan Pinang,
Kuala Lumpur City Centre,
50088 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi

10:00 pagi – 8:00 malam
(Kemasukan terakhir pada 7:00 malam)

    Baca lanjut: MHgom – Diskaun Penerbangan untuk Penjawat Awam

    Penulis
    Seorang Digital Nomad yang sukakan muzik dan buku