Cuti sekolah kembali lagi! Inilah masanya untuk para remaja keluar daripada zon selesa digital dan menyahut cabaran fizikal yang menyeronokkan!
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kini membawakan semula Kem Rakan Muda 2026, sebuah program pembangunan jati diri dan kepimpinan intensif yang direka khas untuk membentuk belia yang berdaya tahan.
Menariknya, penyertaan dalam kem ini bukan sahaja memberikan pengalaman berharga secara percuma, malah diiktiraf sepenuhnya untuk pengisian markah bonus kokurikulum (PAJSK) bagi pelajar sekolah.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini, jom rujuk jadual lengkap tarikh dan lokasi rasmi pelaksanaan Kem Rakan Muda 2026 mengikut zon dan negeri yang dikongsikan di bawah.
Apa Itu Kem Rakan Muda?
Kem Rakan Muda ialah program perkhemahan pembangunan belia anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia.
Program ini direka khas untuk golongan remaja bagi membina jati diri, karakter, dan potensi diri melalui aktiviti luar dan pembelajaran berasaskan pengalaman.
Program perkhemahan Kem Rakan Muda 2026 kini digerakkan secara rasmi di seluruh negara oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN).
Program berskala besar ini dilancarkan sepenuhnya bermula September 2026 menggunakan modul baharu hasil kerjasama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Walau bagaimanapun, bermula Ogos 2026, siri pengambilan peserta bersempena cuti sekolah telah mula dibuka dan diumumkan secara berperingkat mengikut negeri masing-masing.

Ciri-Ciri Utama Kem Rakan Muda
Kumpulan Sasaran:
- Terbuka kepada remaja warganegara Malaysia berumur 12 hingga 17 tahun (pelajar sekolah menengah).
- Belia berumur 15 hingga 30 tahun pula boleh terlibat sebagai sukarelawan atau fasilitator.
Aktiviti yang Dijalankan:
- Cabaran Fizikal & Mental: Aktiviti berpasukan, kembara lasak (outdoor), dan ikhtiar hidup.
- Bengkel Interaktif: Slot motivasi, pembinaan sahsiah, komunikasi, dan asas kepimpinan.
- Khidmat Komuniti: Aktiviti kesukarelawanan, kelestarian alam sekitar, dan kesedaran sivik.
Berteraskan 10 Gaya Hidup Rakan Muda:
Setiap pengisian kem akan menyerapkan elemen daripada 10 acuan gaya hidup berikut:
- Rakan Aktif (Sukan & kecergasan)
- Rakan Bumi (Kelestarian alam)
- Rakan Demokrasi (Kesedaran sivik & kepimpinan)
- Rakan Digital (Teknologi & kreativiti digital)
- Rakan Ekspresi (Seni, sastera & bakat diri)
- Rakan Litar (Sukan bermotor & keselamatan)
- Rakan Mahir (Kemahiran TVET & reka cipta)
- Rakan Muzik (Kreativiti seni suara & muzik)
- Rakan Niaga (Keusahawanan & pengurusan kewangan)
- Rakan Prihatin (Kesukarelawanan & kemanusiaan)
Lokasi & Penganjuran:
- Diadakan di setiap negeri di seluruh Malaysia melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN).
- Biasanya dijalankan di Kompleks Rakan Muda, kem latihan khas, atau pusat kokurikulum negeri, terutamanya pada musim cuti persekolahan.
Syarat Sertai Kem Rakan Muda
Syarat utama untuk menyertai Kem Rakan Muda adalah “
- Warganegara Malaysia
- Berumur antara 12/13 hingga 17 tahun.
- Sihat tubuh badan dan tiada kekangan fizikal kronik untuk mengikuti aktiviti luar (lasak).
- Wajib mendapat borang kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga.
Jika sudah melepasi umur, anda boleh sertai sukarelawan dengan mendaftarkan diri di bawah platform sukarelawan Rakan Muda melalui portal KBS.
Kem Rakan Muda 2026 Mengikut Negeri – Tarikh & Lokasi
Pelaksanaan Kem Rakan Muda 2026 diuruskan sepenuhnya secara berperingkat oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) masing-masing.
Berikut ialah hebahan dan jadual Kem Rakan Muda 2026 mengikut negeri:
| Negeri | Tarikh (Tanggal) | Lokasi |
|---|---|---|
| Perlis | 27 – 30 Ogos 2026 | Eco-Adventure Hub by Clubrock, Kaki Bukit |
| Kedah | 27 – 30 Ogos 2026 | Dima Garden Sungai Petani |
| Perak | 29 Ogos – 1 September 2026 | D’Risa Impiana Resort, Gerik |
| Perak | 28 – 31 Ogos 2026 | Kompleks Rakan Muda Larut Matang, Taiping |
| Selangor | 1 – 4 September 2026 | The Nyaman Place, Hulu Langat |
| Selangor | 4 – 7 September 2026 | The Nyaman Place, Hulu Langat |
| Johor | 28 – 31 Ogos 2026 | Pusat Latihan KEMAS, Tangkak |
| Selangor | 1 – 4 September 2026 | Pusat Latihan Awam Selangor, Morib |
| Johor | 1 – 4 September 2026 | Telok Gorek Campsite & Chalet, Mersing |
| Kelantan | 27 – 30 Ogos 2026 | D’Heritage Resort & Training Centre, Kemasin, Bachok |
| Terengganu | 29 Ogos – 1 September 2026 | Kem Damai Beach Resort, Besut |
| Pahang | 1 – 4 September 2026 | Pusat Latihan Kenegaraan Lipis |
| Sarawak | 28 – 31 Ogos 2026 | Kem Belia Kemuyang, Sibu |
| Sabah | 3 – 6 September 2026 | Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sabah, Putatan |
| W.P. Labuan | 3 – 6 September 2026 | Dewan Homestay, Kg Sungai Labu |





Berikut ialah antara hebahan Kem Rakan Muda 2026:
1. Kedah
Manfaatkan cuti sekolah anda dengan menyertai Kem Rakan Muda Peringkat Negeri Kedah 2026, sebuah program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah yang padat dengan aktiviti mencabar, menyeronokkan dan membina sahsiah diri.
📍 Dima Garden, Sungai Petani
📅 27 – 30 Ogos 2026
Antara pengisian menarik:
🏕️ Aktiviti rekreasi luar
🤝 Kerja berpasukan
💪 Pembentukan jati diri
🌟 Pembangunan kepimpinan, disiplin dan keyakinan diri
👧🧑 Terbuka kepada 40 orang peserta berumur 13 hingga 18 tahun.
📲 Daftar segera dengan mengimbas kod QR pada poster kerana tempat adalah terhad!
☎️ Sebarang pertanyaan: 04-7324 500
Jangan biarkan cuti sekolah berlalu begitu sahaja. Sertai Kem Rakan Muda dan cipta pengalaman baharu, bina persahabatan serta kembangkan potensi diri bersama rakan-rakan dari seluruh Negeri Kedah.

2. Pahang
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang mempelawa pelajar sekolah berumur 13 hingga 17 tahun untuk menyertai Kem Rakan Muda Peringkat Negeri Pahang 2026 pada ketetapan berikut:
- LOKASI: Pusat Latihan Kenegaraan Lipis, Pahang
- TARIKH: 1 hingga 4 September 2026
- PESERTA: Pelajar sekolah berumur 13 hingga 17 tahun
APA YANG ANDA AKAN DAPAT?
- Tingkatkan ketahanan fizikal & mental
- Bina semangat kerjasama dan kepimpinan
- Perkukuh kemahiran komunikasi
- Bentuk keyakinan diri dan jati diri positif
- Kenali rakan baharu dari seluruh Negeri Pahang
AKTIVITI MENARIK:
- Rekreasi & Cabaran Luar
- Ikhtiar Hidup (Survival Skills)
- Team Building
- Eksplorasi & Navigasi
- Kepimpinan & Komunikasi
- Pembangunan Sahsiah
- Kecergasan & Riadah
- Malam Kebudayaan
KEMUDAHAN DISEDIAKAN:
- Penyertaan PERCUMA
- Makan & minum disediakan
- Penginapan peserta disediakan
- Sijil penyertaan disediakan
DAFTAR SEKARANG!
Imbas Kod QR pada poster atau isi terus: https://forms.gle/J1iyi5mDxAMzZaER8
>> TEMPAT TERHAD: Hanya 40 orang peserta terawal sahaja.
PERTANYAAN:
- Encik Sanusi: 018-945 616
3. Kelantan
Adik-adik berumur 13 hingga 17 Tahun? Jom sertai Kem Rakan Muda Peringkat Negeri Kelantan 2026!
27 – 30 Ogos 2026
D’ Heritage Resort & Training Centre, Kemasin, Bachok
Manfaatkan cuti sekolah dengan menyertai program yang padat dengan aktiviti menyeronokkan dan bermanfaat. Tingkatkan keyakinan diri, bina semangat kepimpinan, eratkan ukhuwah serta cipta kenangan indah bersama rakan-rakan dari seluruh negeri Kelantan.
Antara pengisian menarik:
Aktiviti luar dan rekreasi
Kerja berpasukan dan kepimpinan
Pengukuhan jati diri dan patriotisme
Pembangunan sahsiah serta kemahiran insaniah
Jangan lepaskan peluang untuk mengisi cuti sekolah dengan pengalaman yang penuh ilmu, cabaran dan keseronokan.
Rakan Muda, Yakin Boleh!
Daftar di sini: https://forms.gle/PxYK4VcVme3dKG5MA atau Scan QR di Poster
PROGRAM INI ADALAH PERCUMA TANPA ADA APA- APA BAYARAN.
Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Kem Rakan Muda 2026
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Kem Rakan Muda 2026, sila rujuk portal Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) atau rujuk terus di portal rasmi/media sosial Jabatan Belia dan Sukan negeri masing-masing.
Soalan Lazim
Kem ini dikhususkan untuk golongan remaja dan pelajar sekolah yang berumur di antara 12 hingga 17 tahun (pelajar sekolah menengah).
Penyertaan adalah 100% PERCUMA. Makan minum, penginapan di lokasi kem, serta bahan latihan disediakan sepenuhnya oleh pihak urus setia JBSN negeri masing-masing.
Kuota adalah sangat terhad, iaitu hanya 40 orang peserta sahaja bagi setiap tapak pelaksanaan kem. Pemilihan peserta adalah berdasarkan kaedah “siapa cepat, dia dapat” melalui borang pendaftaran digital.
Pendaftaran dilakukan dengan mengimbas kod QR pada poster promosi rasmi JBSN atau mengisi borang Google Form pendaftaran yang dikeluarkan di media sosial rasmi negeri masing-masing.
Siri jelajah Kem Rakan Muda seluruh negara dijalankan secara berperingkat sepanjang musim cuti sekolah, khususnya pada hujung bulan Ogos hingga awal September 2026.




