Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Jika anda lahir dalam bulan September, ini masanya untuk meraikan hari lahir anda dari puncak KL Tower tanpa mengeluarkan belanja!

Menara Kuala Lumpur (KL Tower) kini membawakan Promosi Bulan Hari Lahir September 2026 dengan menawarkan kemasukan PERCUMA ke pelataran pemandangan popular mereka, Observation Deck.

Jom rujuk terma & syarat serta cara tebus tawaran ini di bawah.

Tawaran Masuk Percuma Observation Deck KL Tower

Melalui promosi istimewa ini, sesiapa yang lahir bulan September berpeluang melihat keindahan ibu kota dari ketinggian bangunan ikonik ini secara PERCUMA.

Maklumat Penuh Promosi

  • Lokasi: Menara Kuala Lumpur, No. 2, Jalan Punchak, Off Jalan P. Ramlee, 50250 Kuala Lumpur.
  • Tempoh Promosi: Sepanjang bulan September 2026 (untuk yang lahir pada bulan ini)
  • Pertanyaan Lanjut: Hubungi talian rasmi Menara KL di +603-2630 3088 atau ikuti akaun Instagram rasmi mereka.

Sambil menikmati pemandangan, anda juga boleh melawat pameran kebudayaan Jepun Yokai Tales anjuran TCGKL yang sedang berlangsung di sana (Sky Garden) tanpa sebarang bayaran tambahan sehingga akhir bulan ini.

Bukan itu sahaja, jika anda merancang untuk membawa keluarga atau rakan-rakan yang bukan lahir bulan September, Menara KL turut menawarkan promosi bersempena Hari Kebangsaan dengan diskaun sebanyak 31% untuk tiket individu Observation Deck dan Sky Terrace sehingga 16 September 2026.

Kemasukan KL Tower diskain 31%
Sumber: Kuala Lumpur Tower Malaysia

Terma & Syarat Tebus Tiket Percuma Menara KL

  1. ​Promo hanya sah untuk Observation Deck sahaja.
  2. ​Penebusan tiket hanya sah dalam bulan hari lahir pelanggan sahaja.
  3. ​Pengunjung mesti menunjukkan MyKad yang sah dan memaparkan tarikh lahir untuk pengesahan.
  4. ​Penebusan hanya sah sekali bagi setiap individu yang menyambut hari lahir dalam setahun.
  5. ​Promo hanya boleh ditebus di kaunter tiket (bukan secara dalam talian/online).
  6. ​Promo hanya sah untuk pengunjung warganegara Malaysia sahaja.
Kemasukan Percuma KL Tower

Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Kemasukan Percuma KL Tower

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pengumuman terkini, atau membuat pertanyaan terus mengenai promosi kemasukan percuma ini, anda boleh merujuk kepada saluran rasmi Menara KL berikut:

Siapa yang layak menerima kemasukan percuma ini?

Promosi ini terbuka eksklusif kepada semua Warganegara Malaysia (pemegang MyKad atau MyKid) yang menyambut hari lahir pada bulan September.

Bolehkah saya menebus tiket percuma ini secara dalam talian (online)?

Tidak boleh. Penebusan hanya boleh dibuat secara fizikal (walk-in) terus di kaunter tiket Menara KL.

Apakah dokumen yang wajib dibawa semasa menebus tiket?

Anda wajib menunjukkan MyKad atau MyKid fizikal yang asal di kaunter tiket untuk pengesahan tarikh lahir oleh petugas. Salinan digital atau gambar tangkapan skrin (screenshot) tidak diterima.

Berapa kalikah saya boleh menebus tiket percuma ini?

Penebusan hanya dibenarkan sekali (1 kali) sahaja bagi setiap individu yang layak sepanjang bulan September 2026.

Penulis