BSN SSP 2025: Senarai Pemenang Sijil Simpanan Premium BSN

bsn ssp
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

BSN SSP atau BSN Sijil Simpanan Premium merupakan adalah produk simpanan dari Bank Simpanan Nasional (BSN) yang memberi peluang kepada penyimpan untuk menyimpan wang dengan keuntungan dan berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah setiap bulan. Unruk memohon, layari portal BSN, www.bsn.com.my/.

BSN SSP 2025
Pemenang Cabutan Jutawan 2025

Setiap penyertaan melayakkan anda untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM30 juta, termasuk hadiah utama wang tunai RM1,000,000 dan pelbagai hadiah menarik lain.

Rujuk info lebih terperinci mengenai BSN SSP di bawah.

Apa itu BSN SSP?

BSN SSP atau BSN Sijil Simpanan Premium adalah produk simpanan patuh syariah yang ditawarkan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN).

Ia memberikan peluang kepada penyimpan untuk menabung sambil menikmati pulangan dividen tahunan berdasarkan kadar keuntungan yang ditetapkan serta berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah setiap bulan dan tahun.

Simpanan Sijil Premium BSN ini beroperasi berdasarkan konsep Mudharabah, di mana simpanan dikelola mengikut prinsip Syariah dan tertakluk kepada Akta Bank Simpanan Nasional 1974. Ia menggunakan kaedah Profit Equalisation Reserve (PER) untuk menguruskan pulangan kepada penyimpan.

Simpanan minimum untuk membuka akaun adalah RM10, terbuka kepada warganegara Malaysia dan penduduk tetap berumur 12 tahun ke atas.

Penyimpan juga berpeluang mendapat gandaan penyertaan untuk beberapa kategori cabutan hadiah jika memenuhi syarat tertentu, seperti membuat simpanan tambahan atau menjadi penyimpan jangka panjang.

Ringkasan Penting Mengenai Simpanan Sijil Premium BSN

1. Pembelian SSPP: Anda boleh membeli SPP (Sijil Simpanan Premium) BSN di mana-mana cawangan BSN dengan membawa dokumen pengenalan diri atau melalui portal MyBSN jika anda mempunyai akaun.

2. Penebusan Wang: Untuk mendapatkan semula wang daripada SSP, anda perlu hadir ke cawangan BSN terdekat dan memastikani SPP (Sijil Simpanan Premium) BSN anda telah melebihi 45 hari dari tarikh pembelian.

3. Pemenang Cabutan: Senarai pemenang cabutan SSP boleh disemak di laman sesawang rasmi BSN. Jika anda terpilih sebagai pemenang, hadiah akan diberikan dalam bentuk sijil SSP dalam masa 14 hari bekerja.

4. Cabutan Secara Rawak: Cabutan SPP (Sijil Simpanan Premium) BSN dilakukan secara berkomputer untuk menjana nombor-nombor pemenang secara rawak dan disahkan oleh panel juri yang dilantik

Kelebihan Sijil Simpanan Premium BSN

  • Merupakan produk simpanan Patuh Syariah yang menawarkan peluang kepada penyimpan untuk memenangi hadiah dalam Cabutan Bertuah.
  • Simpanan Sijil Premium oleh BSN ini dijamin oleh kerajaan.
  • Semua hadiah dikecualikan daripada cukai pendapatan.
  • Individu berumur 21 tahun dan ke atas yang memiliki SSP (minimum RM5,000) layak memohon Kad Kredit BSN Al-Aiman.
  • Individu berumur 21 tahun dan ke atas yang memiliki SSP (minimum RM5,300) layak untuk memohon Pembiayaan Peribadi sehingga 95% daripada jumlah BSN SSP.

Tempoh Kempen

Tempoh kempen BSN SSP 2025 berlangsung dari 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2025.

Selain kempen utama tahunan ini, terdapat juga kempen khas seperti Kempen BSN SSP Hari Tabungan Sedunia yang diadakan dari 1 Oktober 2025 hingga 31 Oktober 2025, serta kempen gabungan lain.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk membuka dan menyertai SPP (Sijil Simpanan Premium) BSN adalah seperti berikut:

  • Umur minimum 12 tahun dan ke atas.
  • Terbuka kepada semua pelanggan baharu dan sedia ada BSN.
  • Mulakan dengan hanya RM10, simpan RM3,000 untuk peluang menjadi Jutawan.
  • Perlu ada alamat tetap di Malaysia.

SYARAT ISTIMEWA

  • Penyimpan 10 tahun dan ke atas: Gandaan penyertaan bagi semua cabutan yang layak.
  • Bonus Tambahan: Tambah simpanan min. RM500 untuk gandaan penyertaan bagi cabutan seterusnya.

Untuk menyertai cabutan bertuah tertentu, terdapat syarat-syarat khusus yang perlu dipenuhi. Rujuk di bahagian kategori cabutan dan syarat kelayakan di bawah.

    Kategori Cabutan BSN SSP 2025 & Syarat Kelayakan

    Kategori cabutan BSN SSP 2025 terdiri daripada 11 kategori utama dengan pelbagai hadiah menarik yang boleh dimenangi. Antara kategori cabutan tersebut adalah:

    1. Cabutan Jutawan

      BSN SSP 2025

      2. Cabutan Bulanan

      BSN SSP 2025

      3. Cabutan Simpanan Konsisten (Gandaan Penyertaan)

      BSN SSP 2025

      4. Cabutan Negeri

      BSN SSP 2025

      5. Cabutan Penyimpan Muda

      BSN SSP 2025

      6. Cabutan Kesetiaan

      BSN SSP 2025

      7. Cabutan Penyimpan Baharu

      BSN SSP 2025

      8. Cabutan Profesion / Segmen

      BSN SSP 2025

      9. Cabutan Akaun Gaji (Gandaan Penyertaan)

      BSN SSP 2025

      10. Cabutan Perayaan

      11. Cabutan Kasih

        Tarikh Cabutan SSP BSN 2025

        Berikut adalah tarikh cabutan bagi sijil simpanan premium sepanjang tahun 2025:

        Bulan CabutanTarikh Cabutan
        Januari8/2/2025
        Februari1/3/2025
        Mac12/4/2025
        April3/5/2025
        Mei14/6/2025
        Jun5/7/2025
        Julai2/8/2025
        Ogos6/9/2025
        September4/10/2025
        Oktober1/11/2025
        November6/12/2025
        Disember3/1/2026

          Cara Menyertai BSN SSP

          Untuk menyertai BSN Sijil Simpanan Premium (SSP), anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

          1. Kunjungi Cawangan BSN Terdekat: Anda boleh membeli SSP di mana-mana cawangan BSN dengan membawa dokumen pengenalan diri.

          2. Melalui myBSN: Jika anda sudah mempunyai akaun MyBSN, anda boleh membeli SSP secara dalam talian melalui portal MyBSN. Sila ikut langkah-langkah berikut:

          • Log masuk MyBSN.
          • Tekan butang “Submit” dan ikuti arahan seterusnya.
          • Klik pada BSN eSSP Savings.
          • Klik pilih SSP atau SSP Platinum.
          • Pilih nombor akaun.
          • Masukkan jumlah unit.
          • Tekan butang “Submit” dan ikuti arahan seterusnya.

          Cara Semakan Pemenang

          Panduan Menyemak Keputusan SPP (Sijil Simpanan Premium) BSN adalah melalui empat (4) cara yang dinyatakan berikut:

          1. Melalui Laman Rasmi BSN

          • Kunjungi www.mybsn.com.my
          • Di bawah “Deposits-i”, klik “Keputusan Cabutan BSN SSP”
          • Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda atau Nombor Sijil BSN SSP dan kemudian klik ‘Hantar’.
          • Anda akan menerima mesej yang menyatakan sama ada anda menang atau tidak.

            2. Melalui Cawangan / Kaunter BSN

            3. Melalui Facebook BSN

              Senarai Pemenang BSN SSP Oktober 2025

              Berikut ialah senarai pemenang cabutan untuk bulan Oktober 2025. Senarai lengkap pemenang boleh didapati di https://www.bsn.com.my/page/bsn-ssp bermula 3 November 2025.

              Cara Membuat Tuntutan Dividen / Jualan Balik (Pengeluaran)

              Untuk membuat tuntutan dividen atau jualan balik (pengeluaran) untuk BSN SSP, anda perlu hadir ke cawangan Bank Simpanan Nasional terdekat.

              Pastikan SSP anda telah melebihi 45 hari dari tarikh pembelian dan bawa dokumen pengenalan diri untuk tujuan pengesahan.

              BACA JUGA: Pengeluaran SSP BSN – Semakan, Syarat & Permohonan

              Maklumat Lanjut

              Bagi mendapatkan maklumat tambahan berkenaan SSP BSN ini anda boleh terus ke Facebook atau Instagram BSN. Anda juga boleh menghubungi pegawai bertugas di talian 1300 88 1900.

              Pertanyaan juga boleh disalurkan melalui pos atau terus berurusan di cawangan BSN terdekat atau Unit BSN SSP di alamat berikut:

              Unit BSN SSP,
              Bahagian Deposit & Inisiatif Kerajaan,
              Jabatan Operasi Perbankan,
              Tingkat 8, Wisma BSN,
              117, Jalan Ampang,
              50450 Kuala Lumpur.

              Muat Turun FAQ BSN SSP 2025 di bawah:

              Soalan Lazim BSN SSP 2025

              Apa Itu BSN SSP?

              BSN SSP ialah produk Bank Simpanan Nasional (BSN) di mana Pelanggan boleh menyertai Cabutan BSN SSP dan berpeluang memenangi hadiah cabutan yang menarik.

              Macam mana nak sertai BSN SSP?

              Untuk menyertai BSN Sijil Simpanan Premium (SSP), anda bole kunjungi Cawangan BSN terdekat dengan membawa dokumen pengenalan diri. Atau, jika anda sudah mempunyai akaun MyBSN, anda boleh membeli SSP secara dalam talian melalui portal MyBSN.

              Berapa kategori cabutan BSN SSP 2025?

              Terdapat sebelas (11) kategori utama seperti Cabutan Jutawan, Bulanan, Negeri, Penyimpan Baharu, Penyimpan Muda, Kesetiaan, Kerjaya/Segmen, Akaun Gaji, Penyimpan Konsisten, Perayaan, dan Kasih.

              Apakah syarat Cabutan Jutawan?

              Simpanan minimum RM3,000 dengan tempoh simpanan sekurang-kurangnya 60 hari sebelum tarikh cabutan.

              Apa syarat Cabutan Penyimpan Baharu?

              Simpanan minimum RM500, pelanggan baharu (membuka akaun BSN SSP dalam 12 bulan sebelum tarikh cabutan), dan berumur sekurang-kurangnya 12 tahun.

              Apakah had umur Cabutan Penyimpan Muda?

              Untuk pelanggan berumur 12-21 tahun, dengan simpanan minimum RM100. Had umur maksimum ialah 21 tahun, 11 bulan, 30 hari.

              Bagaimana dapat ganjaran gandaan penyertaan?

              Melalui kategori Cabutan Akaun Gaji, pelanggan akan mendapat pengganda 2x peluang bagi semua penyertaan cabutan.

              Apakah kadar keuntungan/return 2025?

              Kadar pulangan bergantung kepada kumpulan baki:
              RM5,000–RM10,000: 1.80% setahun
              RM10,010–RM20,000: 2.20% setahun
              RM20,010–RM50,000: 2.30% setahun
              RM50,010 ke atas: 2.50% setahun (perlu simpan pada satu transaksi).

              Bagaimana cara semak keputusan cabutan?

              Semakan boleh dibuat di laman rasmi BSN menggunakan nombor kad pengenalan atau nombor sijil SSP. Keputusan pemenang bulanan turut diumumkan di media sosial BSN.

              Macam mana nak menang BSN SSP?

              Deposit minimum: RM500.
              Pelanggan mestilah pemegang akaun gaji BSN.
              Baki purata RM1,000 dalam akaun gaji sebelum cabutan.
              Tiga (3) bulan pengkreditan gaji yang konsisten dalam akaun sebelum cabutan.

              Follow eCentral di WhatsApp Channel
              Ikut