SRAS – Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak 2026

Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak (SRAS) menyediakan bantuan kewangan untuk membantu rakyat Sarawak meringankan beban kos sara hidup dan sewaan rumah. Layari portal rasmi SRAS untuk mengetahui syarat dan cara permohonan di pautan berikut: https://hdc.sarawak.gov.my/

Melalui pengumuman rasmi daripada Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) Sarawak, had pendapatan isi rumah telah dinaikkan dan tempoh bantuan bulanan kini dilanjutkan bagi membuka membolehkan lebih ramai rakyat Sarawak menerima bantuan ini.

Rujuk info penuh Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak 2026 (SRAS) di bawah.

SRAS - Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak 2026

Apa Itu SRAS (Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak 2026)?

Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak (SRAS) 2026 ialah program bantuan kewangan khas sebanyak RM200 sebulan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) menangani kos sewaan rumah yang tinggi.

Skim yang diuruskan oleh Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) Sarawak ini telah ditambah baik bagi meluaskan akses bantuan kepada lebih ramai rakyat Sarawak.

3 Pindaan Utama pada SRAS 2026

  • Tempoh Bantuan Lebih Lama: Tempoh bayaran bulanan dipanjangkan daripada 36 bulan kepada 48 bulan (4 tahun).
  • Had Pendapatan Isi Rumah Dinaikkan: Had kelayakan pendapatan bagi kategori berkahwin dinaikkan daripada RM4,556 kepada RM5,504 sebulan.
  • Skop Penerima Lebih Luas: Diperluaskan ke beberapa daerah baharu iaitu Serian, Siburan, Sri Aman, Betong dan Mukah.
SRAS - Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak 2026

10 Daerah Terlibat

Berdasarkan kenyataan rasmi terkini daripada Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) Sarawak, Fathi Hambali, Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak (SRAS) kini secara rasminya telah diperluaskan untuk merangkumi 10 daerah utama di seluruh Sarawak.

Peluasan ini dilakukan bagi memastikan penduduk di kawasan bandar, pinggir bandar, serta kawasan luar bandar yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup mendapat akses kepada bantuan perumahan ini.

Berikut adalah senarai penuh 10 daerah yang terlibat di bawah program SRAS:

  • Daerah Sedia Ada (Fasa Awal):
    1. Kuching
    2. Sibu
    3. Bintulu
    4. Miri
    5. Samarahan
  • Daerah Baharu (Peluasan Skop):
    6. Serian
    7. Siburan
    8. Sri Aman
    9. Betong
    10. Mukah

Langkah peluasan ke daerah-daerah baharu ini membuktikan komitmen Kerajaan Sarawak dalam memperkukuh rangkaian keselamatan sosial secara inklusif agar tiada golongan yang tercicir daripada menerima bantuan sewa rumah mampu milik.

Kategori Permohonan

Terdapat 4 kategori permohonan iaitu:

  1. Penyewa awam
  2. Penyewa Program Perumahan Rakyat (PPR) HDC
  3. Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam & Swasta (IPTA/IPTS)
  4. Penjawat Awam Kerajaan Persekutuan/Kerajaan Sarawak yang mendiami kuaters Kerajaan atau Majikan
SRAS - Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak 2026

Syarat Kelayakan SRAS

Syarat Kelayakan Umum:

  • Kewarganegaraan: Warganegara Malaysia.
  • Status Penduduk: Pemastautin tetap di Sarawak dengan status “K” pada MyKad.
  • Status Rumah Sewa: Sedang menyewa rumah atau bilik yang bukan milik ahli keluarga terdekat (ibu, bapa, adik-beradik, anak).
  • Lokasi Kediaman: Menyewa di dalam salah satu daripada 10 daerah terlibat (Kuching, Samarahan, Serian, Siburan, Sri Aman, Sibu, Mukah, Betong, Miri, atau Bintulu).
SRAS - Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak 2026
Syarat Permohonan Mengikut Kategori Pemohon:

1. Penyewa Awam:

  • Warganegara Malaysia dan PERMASTAUTIN TETAP di Sarawak dan memiliki MyKad dengan status ‘K’.
  • Keutamaan diberi kepada golongan yang berusia 60 tahun ke atas dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
  • Berkahwin, berusia 18 tahun keatas dengan pendapatan isi rumah TIDAK MELEBIHI RM5,504
  • Bapa / Ibu tunggal, berusia 18 tahun ke atas berpendapatan TIDAK MELEBIHI RM 5,504 sebulan.
  • Sedang menyewa bilik / rumah yang BUKAN DIMILIKI oleh ahli keluarga terdekat
  • Bujang berusia 18 tahun ke atas berpendapatan TIDAK MELEBIHI RM 5,504 sebulan
SRAS - Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak 2026

2. Penyewa Program Perumahan Rakyat (PPR) HDC:

  • Warganegara Malaysia dan pemaustatin tetap di Sarawak dan memiliki MyKad dengan status ‘K’
  • Pendapatan sebulan isi rumah RM5,504 sebulan dan ke bawah
  • Berkahwin, Bapa / Ibu tunggal / Janda / Duda BERUSIA 18 TAHUN ke atas
  • Keutamaan diberi kepada golongan yang BERUSIA 60 TAHUN ke atas dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Sedang MENYEWA RUMAH PPR HDC di daerah Kuching, Sibu dan Bintulu
  • Penyewa TIDAK MEMPUNYAI TUNGGAKAN rumah dengan HDC UNTUK TEMPOH 3 BULAN
SRAS - Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak 2026

3. Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam & Swasta (IPTA/IPTS):

KATEGORI 1: MENYEWA RUMAH ATAU BILIK PERSENDIRIAN

  • Warganegara Malaysia dan pemastautin tetap di Sarawak dan memiliki MyKad dengan status ‘K’
  • Pendapatan ketua isi rumah (ibubapa) atau penjaga RM5,504 sebulan
  • Bagi pelajar yang berkahwin, pendapatan isi rumah RM5,504 sebulan
  • Berasal dari luar daerah tempat pengajian
  • Sedang menyewa bilik / rumah yang bukan dimiliki oleh ahli keluarga terdekat
  • Menuntut di IPTA atau IPTS di daerah Kuching, Samarahan, Siburan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri
  • Perlu memperbaharui permohonan setiap tahun

KATEGORI 2: MENYEWA BILIK DARI ANCHOR TENANT

  • Warganegara Malaysia dan pemastautin tetap di Sarawak dan memiliki MyKad dengan status ‘K’
  • Pendapatan ketua isi rumah (ibubapa) atau penjaga RM5,504 sebulan
  • Berasal dari luar daerah tempat pengajian
  • Sedang menyewa bilik / rumah yang bukan dimiliki oleh ahli keluarga terdekat
  • Menuntut di IPTA atau IPTS di daerah Kuching, Samarahan, Siburan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri
  • Perlu memperbaharui permohonan setiap tahun

KATEGORI 3: MENYEWA DORMITORI ATAU ASRAMA YANG DISEDIAKAN OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

  • Warganegara Malaysia dan pemastautin tetap di Sarawak dan memiliki MyKad dengan status ‘K’
  • Pendapatan ketua isi rumah (ibubapa) atau penjaga RM5,504 sebulan
  • Berasal dari luar daerah tempat pengajian
  • Sedang menyewa bilik / rumah yang bukan dimiliki oleh ahli keluarga terdekat
  • Menuntut di IPTA atau IPTS di daerah Kuching, Samarahan, Siburan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri
  • Perlu memperbaharui permohonan setiap semester

KATEGORI 4: PELAJAR YANG MENDUDUKI HOSTEL DISEDIAKAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DI DALAM KAMPUS

  • Warganegara Malaysia dan pemastautin tetap di Sarawak dan memiliki MyKad dengan status ‘K’
  • Pendapatan ketua isi rumah (ibubapa) atau penjaga RM5,504 sebulan
  • Berasal dari luar daerah tempat pengajian
  • Menduduki hostel yang disediakan oleh institusi pengajian tinggi di dalam kampus
  • Menuntut di IPTA atau IPTS di daerah Kuching, Samarahan, Siburan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri
  • Perlu memperbaharui permohonan setiap semester
SRAS - Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak 2026

4. Penjawat Awam Kerajaan Persekutuan/Kerajaan Sarawak yang mendiami kuaters Kerajaan atau Majikan:

  • Warganegara Malaysia dan pemaustatin tetap di Sarawak dan memiliki MyKad dengan status ‘K’
  • Berkahwin, berusia 18 tahun ke atas dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,504
  • Imbuhan Tetap Perumahan tidak dibayar atau dipotong seperti yang tertera dalam penyata pendapatan pemohon
  • Menduduki kuaters yang disediakan Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Sarawak atau majikan
  • Hanya seorang pemohon layak untuk memohon bantuan bagi pasangan yang berkhidmat dengan mana-mana Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Sarawak
  • Bapa / Ibu tunggal, berusia 18 tahun ke atas berpendapatan tidak melebihi RM 5,504 sebulan
  • Mengemas kini salinan penyata pendapatan setiap bulan kepada HDC
SRAS - Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak 2026

Cara Memohon SRAS 2026

Proses permohonan Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak (SRAS) 2026 dilakukan sepenuhnya secara dalam talian (online) melalui portal rasmi Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) Sarawak.

Langkah 1: Daftar / Log Masuk SarawakPass (Wajib)

Sebelum memohon SRAS, anda mesti mempunyai akaun SarawakPass (dahulunya dikenali sebagai Sarawak ID).

  • Pengguna Baharu: Jika belum ada, muat turun aplikasi SarawakPass di telefon pintar untuk membuat pendaftaran baharu melalui pengesahan muka (eKYC).
  • Pengguna Sedia Ada: Jika sudah ada akaun Sarawak ID, anda boleh terus log masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan lama yang sama.

Langkah 2: Akses ke Portal SRAS

  • Setelah akaun SarawakPass anda aktif, layari Portal Permohonan SRAS HDC.
  • Klik pada butang log masuk dan gunakan maklumat akaun SarawakPass anda untuk masuk ke dalam sistem.

Langkah 3: Pilih Kategori & Isi Maklumat

  • Pilih jenis kategori permohonan yang sesuai dengan situasi anda.
  • Isi semua maklumat peribadi, butiran sewaan premis, serta maklumat pemilik rumah dengan lengkap

Langkah 4: Muat Naik Dokumen Sokongan

Sediakan dan muat naik dokumen wajib dalam format PDF atau imej yang jelas.

  1. Salinan MyKad pemohon (wajib berstatus “K”).
  2. Slip gaji atau Penyata Pengesahan Pendapatan (had siling RM5,504 sebulan).
  3. Salinan Surat Perjanjian Sewaan (Rental Agreement) yang sah.
  4. Surat tawaran belajar dan Kad Pelajar (khusus untuk kategori Pelajar IPTA/IPTS).

Rujuk dokumen diperlukan mengikut kategori di bawah.

Langkah 5: Semak dan Hantar

  • Semak semula semua data yang telah diisi untuk memastikan tiada kesilapan.
  • Klik butang “Hantar” dan simpan nombor rujukan permohonan anda untuk semakan status kelulusan.

Dokumen Sokongan Mengikut Kategori

DOKUMEN SOKONGAN (PENYEWA AWAM):
  • Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan serta Kad Pengenalan / Sijil Lahir tanggungan
  • Salinan Surat kahwin / Surat cerai / Sijil Kematian
  • Salinan penyata pendapatan pemohon dan pasangan atau surat pengesahan pendapatan bagi pemohon yang tidak mempunyai penyata pendapatan
  • Salinan kad OKU bagi pemohon berstatus OKU
  • Salinan Surat Perjanjian Sewaan diantara Land Lord / Pemilik Rumah dengan penyewa dan dimatikan setem hasil
  • Jika tiada Surat Perjanjian Sewaan, penyewa boleh mengemukakan Lampiran B HDC.
  • Gambar premis yang disewa
SRAS - Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak 2026
DOKUMEN SOKONGAN (PENYEWA PROGRAM PPR HDC)
  • Salinan penyata pendapatan pemohon dan pasangan atau surat pengesahan pendapatan bagi pemohon yang tidak mempunyai penyata pendapatan
  • Salinan Surat Kahwin / Surat Cerai / Sijil Kematian
  • Salinan kad OKU bagi pemohon berstatus OKU
  • Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan serta Kad Pengenalan / Sijil Lahir tanggungan
SRAS - Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak 2026
DOKUMEN SOKONGAN (PELAJAR IPTA/IPTS):
  • KATEGORI 1: MENYEWA RUMAH ATAU BILIK PERSENDIRIAN
    • Salinan Kad Pengenalan Pelajar
    • Salinan Kad Pelajar
    • Salinan Kad Pengenalan Ibubapa atau penjaga
    • Penyata gaji atau pengesahan pendapatan menunjukkan pendapatan kasar bulanan ibubapa atau penjaga atau isteri / suami
    • Salinan surat tawaran dari IPTA atau IPTS
    • Salinan Surat Perjanjian Sewaan yang ditandatangani diantara Land Lord / pemilik dengan penyewa dan dimatikan setem hasil
    • Sekiranya tidak mempunyai Perjanjian Sewa pemohon perlu mengisi Lampiran B yang disediakan dan oleh HDC
    • Gambar premis yang disewa
  • KATEGORI 2: MENYEWA BILIK DARI ANCHOR TENANT
    • Salinan Kad Pengenalan Pelajar
    • Salinan Kad Pelajar
    • Salinan Kad Pengenalan Ibubapa atau penjaga
    • Penyata gaji atau pengesahan pendapatan menunjukkan pendapatan kasar bulanan ibubapa atau penjaga
    • Lampiran B atau Surat Akuan Bersumpah (Statutory Declaration) diantara anchor tenant dan pelajar yang disediakan dan disetemkan oleh HDC
    • Salinan penyata bank pelajar bagi tujuan bayaran balik tuntutan
    • Gambar premis yang disewa
  • KATEGORI 3: MENYEWA DORMITORI ATAU ASRAMA YANG DISEDIAKAN OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
    • Salinan Kad Pengenalan Pelajar
    • Salinan Kad Pelajar
    • Salinan Kad Pengenalan Ibubapa atau penjaga
    • Penyata gaji atau pengesahan pendapatan menunjukkan pendapatan kasar bulanan ibubapa atau penjaga
    • Salinan surat tawaran dari IPTA atau IPTS
    • Surat penempatan kediaman dari Institusi Pengajian Tinggi
    • Salinan akaun bank bagi tujuan bayaran balik (reimbursment)
    • Salinan resit rasmi bayaran yang dikeluarkan institusi pengajian tinggi
    • Surat Akuan Bersumpah (Statutory Declaration) yang disediakan dan disetemkan oleh HDC
  • KATEGORI 4: PELAJAR YANG MENDUDUKI HOSTEL DISEDIAKAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DI DALAM KAMPUS
    • Salinan Kad Pengenalan Pelajar
    • Salinan Kad Pelajar
    • Salinan Kad Pengenalan Ibubapa atau penjaga
    • Penyata gaji atau pengesahan pendapatan menunjukkan pendapatan kasar bulanan ibubapa atau penjaga
    • Salinan surat tawaran dari IPTA atau IPTS
    • Surat penempatan kediaman dari Institusi Pengajian Tinggi
    • Salinan akaun bank bagi tujuan bayaran balik (reimbursment)
    • Salinan resit rasmi bayaran yang dikeluarkan institusi pengajian tinggi
    • Surat Akuan Bersumpah (Statutory Declaration) yang disediakan dan disetemkan oleh HDC
SRAS - Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak 2026
DOKUMEN SOKONGAN (PENJAWAT AWAM KERAJAAN PERSEKUTUAN / KERAJAAN SARAWAK YANG MENDIAMI KUATERS KERAJAAN ATAU MAJIKAN)
  • Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan serta Kad Pengenalan / Sijil Lahir tanggungan
  • Salinan Surat Kahwin / Surat Cerai / Sijil Kematian
  • Salinan penyata pendapatan pemohon dan pasangan atau penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF)
  • Salinan buku bank atau nombor akaun bank bagi tujuan bayaran tuntutan balik (reimbursement)
  • Salinan Surat Tawaran menduduki kuaters kerajaan atau majikan
  • Surat Akuan Bersumpah (Statutory Declaration) yang disediakan dan disetemkan oleh HDC
  • Gambar premis yang diduduki
SRAS - Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak 2026

Tempoh Bantuan

Tempoh maksimum bagi Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak (SRAS) kini telah dilanjutkan daripada 36 bulan kepada 48 bulan (4 tahun).

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila rujuk:

  1. Portal SRAS
  2. Facebook Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak
SRAS - Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak 2026

Soalan Lazim SRAS

Bolehkah saya memohon jika pemilik rumah adalah ahli keluarga saya?Apa Itu SRAS?

Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak (SRAS) menyediakan bantuan kewangan untuk membantu rakyat Sarawak meringankan beban kos sara hidup dan sewaan rumah.

Siapa yang layak memohon?

Warganegara Malaysia bermastautin di Sarawak dengan status “K” pada MyKad, menyewa di 10 daerah terlibat, dan pendapatan isi rumah di bawah RM5,504 sebulan.

Berapa jumlah bantuan dan tempohnya?

Bantuan tunai sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh maksimum sehingga 48 bulan (4 tahun).

Ke mana duit bantuan ini akan dibayar?

Bagi penyewa awam biasa, bayaran dikreditkan terus ke akaun bank pemilik rumah (landlord). Bagi pelajar IPTA/IPTS atau penjawat awam di kuarters, bayaran dibayar terus ke akaun pemohon secara tuntutan balik (reimbursement).

Bolehkah saya memohon jika pemilik rumah adalah ahli keluarga saya?

Tidak boleh. Premis atau bilik yang disewa mestilah bukan milik ahli keluarga terdekat seperti ibu bapa, adik-beradik, atau anak kandung.

Saya bekerja sendiri (pemandu Grab, peniaga kecil) dan tiada slip gaji. Bagaimana nak mohon?

Anda tetap boleh memohon. Anda perlu mendapatkan Surat Pengesahan Pendapatan yang disahkan oleh Ketua Kampung, Tuai Rumah, atau Pegawai Daerah bagi membuktikan pendapatan bulanan anda tidak melebihi syarat yang ditetapkan.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut