Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah membuka permohonan Tahun 1 bagi kemasukan ke Sekolah Rendah Agama (SRA) dan KAFA Integrasi bagi tahun 2027 yang boleh dipohon menerusi pautan https://mylink.la/upsbpi.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai kemasukan ke sekolah ini.

Apakah SRA & KAFAI Negeri Selangor?
SRA ialah institusi pendidikan peringkat rendah yang memberikan tumpuan tinggi kepada pembelajaran Agama Islam yang berada di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Kurikulum sekolah ini menawarkan sukatan pelajaran agama yang komprehensif seperti Fiqh, Tauhid, Akhlak, Tarikh, Al-Quran, dan Bahasa Arab.
KAFAI pula adalah dikelolakan oleh Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa pelajar sekolah berkenaan dan pihak JAIS hanya menyediakan tenaga pengajar dimana sebahagian elaun dibayar oleh JAKIM dan sebahagian lagi oleh Kerajaan negeri.
Bezanya KAFA dan KAFAI adalah KAFA dijalankan engikut kurikulum kebangsaan yang ditetapkan oleh JAKIM manakala KAFAI mengintegrasikan silibus kebangsaan iaitu dari JAKIM dan silibus agama negeri.
Kurikulum SRA & KAFAI
Kurikulum bagi SRA boleh dirujuk mengikut tahun menerusi:
Untuk KAFAI pula, terdapat beberapa subjek yang menjadi penumpuan seperti:
| TAHAP 1 (DARJAH 1-3) | TAHAP 2 (DARJAH 4-6) |
| – Feqah – Akhlak – Tauhid – Hafazan – Tilawah Al-Quran -Asas Jawi | – Semua subjek tahap 1 – Tajwid – Khat – Sirah -Imlak |
Kedua-dua pelajar darjah 5 sekolah ini akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) yang dikelolakan oleh JAKIM dan pelajar Darjah 6 akan menduduki Peperiksaan Sijil Rendah Agama (PSRA) yang dikelolakan oleh JAIS.
Tarikh Permohonan
Untuk permohonan tahun 2027, permohonan dibuka mulai 09 MAC HINGGA 30 APRIL 2026.
Syarat Permohonan SRA & KAFAI Selangor
Syarat permohona untuk memohon kemasukan ke sekolah ini adalah seperti berikut:
- Calon, Ibu dan Bapa adalah Warganegara Malaysia
- KOHORT Enam Tahun (5+) Lahir 2 Januari 2021 – 1 Januari 2022
- KOHORT Tujuh Tahun (6+) Lahir 2 Januari 2020 – 1 Januari 2021
- Telah membuat permohonan di Sekolah Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia
Cara Memohon SRA & KAFAI Selangor
Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari pautan https://mylink.la/upsbpi.
- Pilih daerah yang ingin dipohon.
- Isi maklumat dalam Google Form tersebut.
- Klik butang “Submit / Hantar.”
- Cetak dan lengkapkan dokumen -dokumen berikut:
– Salinan Borang Permohonan
– Salinan Sijil Kelahiran Murid
– Salinan Permohonan Tahun 1 Sekolah Kebangsaan (KPM)
– Salinan Bil Utiliti - Dokumen berikut mestilah disahkan oleh Pegawai Kumpulan A (Pengurusan & Profesional) atau Ketua Kampung.
- Kemudian, hantar semua dokumen ke sekolah pilihan pertama pemohon.

Soalan Lazim SRA Selangor & KAFAI
SRA merupakan sekolah yang menumpukan kepada pembelajaran Agama Islam yang berada di bawah seliaan jabatan agama Islam manakala KAFAI pula ialah sekolah yang silibus kebangsaan iaitu dari JAKIM dan silibus agama negeri.
Permohonan tahun 2027 dibuka mulai 09 Mac hingga 30 April 2026.
a) Calon, Ibu dan Bapa adalah Warganegara Malaysia
b) Kohort Enam Tahun (5+) Lahir 2 Januari 2021 – 1 Januari 2022
c) Kohort Tujuh Tahun (6+) Lahir 2 Januari 2020 – 1 Januari 2021
d) Telah membuat permohonan di Sekolah Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia
Ya. Semua dokumen perlu disahkan oleh Pegawai Kumpulan A (Pengurusan & Profesional) atau Ketua Kampung.
Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://mylink.la/upsbpi dan semua dokumen hendaklah dihantar di sekolah yang menjadi pilihan pertama.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, layari Facebook Bahagian Pendidikan Islam JAIS di pautan https://www.facebook.com/BPIJAIS.
Baca juga: Slip Keputusan UPKK 2025/2026 (semakan.islam.gov.my) JAKIM




