Semakan Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2025/2026 oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kini boleh disemak dengan mudah. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengumumkan tarikh keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) bagi tahun 2025 pada 25 Februari 2026 (Rabu) jam 10.00 pagi.
Ibu bapa boleh membuat semakan keputusan UPKK secara online atau melalui SMS.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang UPKK dan cara semakan keputusan secara online.

Tarikh Pengumuman Semakan Keputusan UPKK 2025 Mulai 25 Februari 2026
KENYATAAN MEDIA JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) BERKAITAN PENGUMUMAN KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (UPKK) TAHUN 2025
16 FEBRUARI 2026M / 28 SYAABAN 1447H
1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengumumkan tarikh keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) bagi tahun 2025 pada 25 Februari 2026 (Rabu) jam 10.00 pagi.
2. Majlis Pengumuman Keputusan UPKK 2025 akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli Bin Hasan, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
3. Calon/ Ibubapa/ Penjaga boleh menyemak rumusan keputusan calon bermula pada 25 Februari 2026 (Rabu), jam 12.00 tengah hari melalui:
3.1 Laman sesawang di pautan https://semakan.islam.gov.my/ dengan menggunakan No. MyKid/No. Kad Pengenalan Khas dan No. Angka Giliran.
4. Calon/ Ibubapa/ Penjaga boleh mendapatkan Slip Keputusan UPKK Tahun 2025 daripada pihak sekolah masing-masing bermula pada 26 Februari 2026 (Khamis) mengikut ketetapan masa yang akan ditentukan oleh pihak sekolah-masing-masing.
Sekian, terima kasih.
DATO’ DR. SIRAJUDDIN BIN SUHAIMEE
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Cara Semakan Keputusan UPKK 2025
Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA ini boleh disemak melalui kaedah berikut
KAEDAH 1 – SEMAKAN ONLINE
Laman Web khas JAKIM di capaian https://semakan.islam.gov.my/
*(Semakan keputusan akan dibuka hanya pada tarikh yang diumumkan nanti.)
Semakan online akan memaparkan keputusan seperti berikut:

Ibu bapa / Penjaga boleh menyemak rumusan keputusan calon melalui laman sesawang https://semakan.islam.gov.my/
Slip Keputusan UPKK Tahun 2024 penuh boleh didapati daripada pihak sekolah masing-masing.

Baca juga: Rumah IKRAM KPKT: Permohonan Rumah Sewa Serendah RM124
NOTA: Selain semakan online, ibu bapa / penjaga jangan lupa mendapatkan Slip UPKK Tahun 2024 daripada pihak Sekolah Agama masing-masing.
DAPATKAN KOLEKSI VIDEO SILIBUS KAFA KHUSUS UNTUK PELAJAR TAHUN 1-5 DI SINI: DOWNLOAD
Tentang Ujian Penilaian Kelas KAFA
Ujian Penilaian Kelas KAFA atau singkatannya UPKK diadakan untuk menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah) , Sirah, Adab ( Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran.
Terdapat 8 Subjek Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) iaitu
- Amali Solat
- Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI)
- Tilawah Al-Quran
- Pelajaran Jawi dan Khat
- Sirah
- Ulum Syariah (Ibadah & Aqidah)
- Adab (Akhlak Islamiah)
- Lughah Al-Quran
Kelebihan Mengambil Peperiksaan UPKK
UPKK masih relevan dan terbukti menerusi pertambahan calon setiap tahun yang menunjukkan kesedaran bagi menjadikan KAFA sebagai pengukuhan ilmu Islam.
Peperiksaan itu malah dijadikan sokongan untuk kemasukan ke 60 buah sekolah menengah kebangsaan agama di bawah Kementerian Pendidikan yang jadi pilihan ibu bapa ketika ini.
Tidak ketinggalan keputusan UPKK boleh dijadikan kelebihan untuk kemasukan ke 12 buah sekolah berasrama penuh integrasi dan tiga buah sekolah menengah agama persekutuan.
Maklumat Lanjut & FAQ Semakan Keputusan UPKK 2025/2026
Keputusan akan diumumkan pada 25 Februari jam 10.00 pagi, tetapi semakan online boleh dibuat mulai 25 Februari 2026 (Rabu), bermula jam 12.00 tengah hari.
Ia boleh disemak di pautan https://semakan.islam.gov.my/ dengan menggunakan No. MyKid/No. Kad Pengenalan Khas dan No. Angka Giliran.
Terdapat 8 Subjek Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) iaitu
Amali Solat
Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI)
Tilawah Al-Quran
Pelajaran Jawi dan Khat
Sirah
Ulum Syariah (Ibadah & Aqidah)
Adab (Akhlak Islamiah)
Lughah Al-Quran
Tidak semestinya. Tetapi ia boleh dijadikan sokongan untuk kemasukan ke SMKA (Sekolah Menengah Kebangsaan Agama) di bawah Kementerian Pendidikan yang jadi pilihan ibu bapa ketika ini.
Tidak ketinggalan keputusan UPKK boleh dijadikan kelebihan untuk kemasukan ke SBPI (Sekolah Berasrama Penuh Integrasi) dan SMAP (Sekolah Menengah Agama Persekutuan).
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang semakan keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA, sila rujuk saluran berikut:
- Media sosial JAKIM : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM
- Portal SIMPENI : https://simpeni.islam.gov.my/




