Cara Pendaftaran SSM BizTrust, Percuma Hingga 31 Disember 2021

Mungkin masih ramai antara kita yang masih belum pernah dengar tentang SSM BizTrust yang diperkenalkan oleh KPDNHEP sejak tahun 2017 ini.

Buat masa ini, pendaftaran masih dibuka sehingga 31 Disember 2021 dan ia adalah PERCUMA.

Tahukah anda apakah itu SSM BizTrust dan mengapa anda amat digalakkan untuk mendaftarnya?

Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentangnya dan bagaimana ia boleh membantu meningkatkan keyakinan pelanggan anda.

Apakah SSM BizTrust?

BizTrust adalah piawaian yang boleh diperolehi oleh entiti perniagaan dalam talian melalui SSM, yang mengesahkan bahawa entiti itu telah mematuhi ciri-ciri Prinsip dan Kriteria yang ditetapkan termasuk pendaftaran perniagaan, keselamatan dalam talian dan perlindungan maklumat.

Siapa yang boleh mendaftar?

Entiti dalam talian yang didaftarkan dan berada dalam kredibiliti yang baik dengan SSM dan mengikuti amalan perniagaan yang baik boleh mendaftar untuk mendapatkan logo ini.

Baca juga: MyData SSM: Cara Daftar, Login & Beli Dokumen Maklumat Syarikat

Tujuan Mendaftar SSM BizTrust

Inisiatif pendaftaran adalah seiring dengan perubahan trend urus niaga peruncitan yang kini banyak beralih kepada perniagaan dalam talian.

Justeru, KPDNHEP melalui SSM memperkenalkan perkhidmatan ini sebagai simbol pengiktirafan dan piawaian kualiti entiti perniagaan yang dikawal selia oleh SSM, dengan syarat entiti terbabit mematuhi kriteria ditetapkan.

Apabila permohonan diluluskan, peniaga dalam talian akan memperoleh pensijilan SSM BizTrust dan dapat memaparkan logo tersebut pada laman sesawang, media sosial dan blog perniagaan mereka.

Baca juga: Cara Renew SSM Online (ezBiz) Atau Di BSN & Bank Rakyat

Tarikh Pendaftaran Percuma

Buat masa ini, pendaftaran SSM BizTrust adalah PERCUMA untuk semua peniaga.

Tawaran ini adalah dibuka sehingga 31 Disember 2021.

Faedah Mendaftar SSM BizTrust

Simbol pengiktirafan dan piawaian kualiti ini tentunya akan meyakinkan pengguna untuk melakukan urus niaga bersama entiti perniagaan terbabit, sekali gus membantu melindungi pengguna daripada penipuan urus niaga dalam talian mahupun secara fizikal.

Justeru, KPDNHEP menyeru agar lebih ramai peniaga dalam talian memanfaatkan kemudahan ini dan bersama kerajaan membina semula ekonomi domestik negara demi masa depan lebih baik bersama.

Ia juga supaya pengguna hanya berurusniaga dengan entiti perniagaan diiktiraf dan memiliki logo BizTrust untuk melindungi mereka daripada dimanipulasi peniaga tidak bertanggungjawab.

Bagaimana Ia Berfungsi?

Pemohon yang berjaya akan mempunyai keistimewaan untuk meletakkan BizTrust Seal di laman web mereka dengan tandatangan digital yang unik yang hanya boleh digunakan oleh mereka.

Ini dapat membantu meningkatkan keyakinan pembeli terhadap penjual.

Apabila pengguna klik pada BizTrust Seal, pengguna akan dibawa ke laman pengesahan untuk mengesahkan kesahihannya.

Namun jika ia telah tamat tempoh atau melakukan perkara yang membatalkannya, semakan apabila mengklik pada Seal itu akan menunjukkan bahawa BizTrust seal telah tamat tempoh atau telah dibatalkan.

Cara Pendaftaran

Pendaftaran boleh dibuat melalui portal  https://biztrust.ssm.com.my  yang beroperasi 24 jam sehari sepanjang tujuh hari seminggu.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut, layari https://biztrust.ssm.com.my/

Jika anda menghadapi sebarang masalah atau mempunyai pertanyaan mengenai SSM BizTrust , sila hubungi:

  • Pusat Perhubungan SSM di 03-7721 4000;
  • Faks kepada 03-7721 4001; atau
  • Emel kepada [email protected]
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!