SPA9 merupakan sebuah laman web atau portal milik Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang antara fungsinya adalah untuk membuat semakan keputusan temuduga dan permohonan kerja dengan pihak SPA.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) adalah badan bertugas untuk membuat pengambilan pekerja dalam sektor awam di Malaysia.
Sekiranya anda berminat untuk memohon kerja sebagai pegawai kerajaan melalui SPA, maka SPA9 adalah tempatnya untuk memohon dan menyemak semakan permohonan kerja anda.
Cara Daftar Akaun SPA9
Sekiranya anda baru pertama kali menggunakan portal ini, anda perlulah mendaftarkan akaun anda terlebih dahulu sebelum boleh memohon sebarang pekerjaan yang ditawarkan.
Nota: Sekiranya anda pernah mendaftar akaun di portal SPA8i, anda perlu mendaftarkan akau baru di SPA9.
Ikuti langkah-langkah berikut untuk proses pendaftaran akaun baru di portal SPA9:
- Layari portal SPA9 di alamat https://spa9.spa.gov.my/login
- Klik pada pautan “Pendaftaran Pengguna” (Rujuk gambar di atas)
- Lengkapkan borang pendaftaran dengan melengkapkan maklumat yang diminta seperti:
- No kad pengenalan
- Nama penuh
- Nombor telefon
- Emel
- Soalan Keselamatan
- Nama Ibu
- Tempat Lahir (Negeri)
- Kata Laluan PIlihan
- Klik pada butang ” Daftar”
Selepas lengkap mendaftar, anda boleh membuat permohonan kerja dan semakan dengan permohonan dengan pihak SPA.
Login SPA9
Setelah melengkapkan proses pendaftaran, anda boleh mula log masuk dengan mengikuti lanngkah-langkah berikut:
- Layari portal SPA9 di alamat https://spa9.spa.gov.my/login
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan
- Klik butang “Log Maasuk”
Setelah log masuk ke akaun anda, anda boleh menggunakan segala fungsi yang dimuatkan dalam portal SPA9 seperti memohon kerja dengan SPA dan membuat semakan permohonan kerja yang telah dipohon.
Semakan Iklan Jawatan SPA Terkini
Pada Januari 1997, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah mengadaptasi pengurusan elektronik dalam perkhidmatannya apabila sistem pengambilan berkomputer iaitu Sistem Mengambil Sepanjang Masa (SMSM) diperkenalkan. Sistem ini direkabentuk dan dibangunkan oleh Urus Setia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dalam tahun 1995/96, dan dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Negara pada 21 Disember 1996.
Dengan adanya SMSM, ia akan memastikan urusan pengambilan dapat dilaksanakan secara berterusan.
Sila lihat jawatan terkini SPA melalui pautan berikut: https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/pengumuman-terkini atau follow media sosial rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Proses Tapisan & Temuduga SPA
Berdasarkan peraturan sekarang, Kementerian/Jabatan dan Pentadbiran Negeri akan melaporkan kekosongan jawatan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia untuk membuat pengisian. Kementerian/Jabatan akan mengemukakan maklumat-maklumat mengenai kekosongan jawatan tersebut dan kriteria pemohon yang diperlukan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia akan memulakan urusan pengambilan dengan menyemak calon-calon yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Sebagai contoh sekiranya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia menerima permohonan daripada Kementerian/Jabatan pada 1 Oktober 2004, hanya calon-calon yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia sehingga tarikh tersebut sahaja akan dipertimbangkan.
Satu proses tapisan akan dijalankan oleh Suruhanjaya untuk memanggil calon temu duga berdasarkan keperluan Kementerian/Jabatan. Peringkat tapisan untuk memanggil calon temu duga adalah peringkat yang kritikal dan rumit.
Apabila jumlah kekosongan adalah sedikit berbanding permohonan biasanya asas tapisan yang digunakan adalah CGPA atau bidang pengajian/pengkhususan seseorang calon berdasarkan keperluan Kementerian/Jabatan.
Bagi beberapa jawatan di mana jumlah permintaan adalah sentiasa tinggi biasanya tiada dikenakan tapisan ke atas calon. Bagi calon-calon yang mempunyai kelayakan dalam bidang berkaitan, peluang mereka adalah cerah untuk dipanggil temu duga.
Rujuk panduan:
- Peperiksaan Online
- Peperiksaan Psikometrik
- Pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera
- Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK)
Semakan Permohonan SPA
Untuk membuat semakan status permohonan, log masuk ke dalam sistem SPA9 kemudian klik bahagian atas tertulis “Semakan Permohonan” untuk menyemak permohonan kerja anda dengan SPA.
Senarai jawatan yang anda pohon berserta tarikh luput permohonannya akan terpapar.
Artikel menarik: MyFutureJobs : Daftar Portal Carian Kerja, MyStep, Guru Ganti
Panduan Penggunaan SPA9
Sila rujuk pada panduan pengguna SPA9 di bawah untuk melihat cara-cara menggunakan portal ini dengan lengkap.